Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 3.378
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1433 Record
‹ First  < 40 41 42 43 44 >  Last ›
cerabih; mencerabih
 berceloteh
ceracah → cacah I
ceracak; berceracakan, menceracak
mencuar ke atas (tajam-tajam), bercerancangan: riak-riak air lembut melanggar tiang-tiang jejambat yg ~ di sekitar kapal itu; tunggul-tunggul yg hitam tampak ~. 
ceracam; menceracam
membabi buta
ceracap I
sl alat bunyi-bunyian spt canang kecil atau buluh yg dihantuk-hantukkan
ceracap II

mata kail yg ada kait di hujungnya

ceracat
Kl sj alat utk menangkap ikan
ceracau; menceracau

mencacau, mengigau, merepek; 

      penceracau orang yg suka cerewet (membebel)

ceraco
Mn cerca
ceragah
Kl ceranggah
cerah II
~ muntah Kl penyakit taun
cerah l

1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit;  

      ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); 

      mencerahkan 1. menjadikan cerah (tidak gelap, terang), menerangkan: cahaya lilin ~ ruang yg kecil itu; 2. menjadikan cerah (jernih), menjernihkan: ~ kaca; 3. menjadikan cerah (tidak hitam): ~ kulit; 4. menjadikan cerah (berseri, tidak muram), menyerikan: berita itu ~ wajahnya yg tadinya agak muram; 5. menjadikan cerah (baik, elok, dsb), membahagiakan (kehidupan dsb): ~ kehidupannya sekeluarga; pelaburan ini akan ~ pertumbuhan ekonomi; 

      kecerahan perihal cerah; 

      pencerahan perihal (perbuatan) mencerahkan sesuatu

cerai

1. pisah, sarak; 2. tidak sbg suami isteri lagi, sudah putus perhubungan sbg suami isteri, talak: ia tidak dapat berbuat apa-apa selain meminta ~ dan menyuruh suaminya mengahwini gadis itu;  

      ~ susu sudah berhenti menetek; ~ taklik cerai antara suami isteri dgn janji (spt gugurnya talak dgn sendiri kalau di darat enam bulan, ke laut setahun, berita tidak kedengaran); ~ tembilang cerai antara suami isteri kerana salah seorang meninggal;  

      bercerai 1. tidak bersatu (bercampur, berkumpul, bersama) lagi, berpisah, berpecah: malam ini kita berkampung, malam esok kita ~; 2. terputus hubungan atau pertalian sbg suami isteri: mereka yg menjalani perkahwinan yg dipaksa-paksa spt itu, ~ juga akhirnya; ~ susu berhenti menetek;~ tidak bertalak, bernikah tidak berkadi = ~ tidak bertalak, kembali tidak berkadi prb perhubungan jenis lelaki perempuan yg tidak sah (spt pelacuran dll);  

      bercerai-cerai, bercerai-ceraian berpecah-pecah, berpisah-pisah;  

      menceraikan 1. = memperceraikan a) menjadikan tidak bercantum (bersatu, berhubungan) lagi: jiwa paman akan beta ceraikan dgn badan paman; baiklah kepalaku perceraikan dgn badanku; b) meleraikan (orang bergaduh, bertumbuk, dll); 2. memutuskan perhubungan sbg suami isteri, menggugurkan (menjatuhkan) talak: Dollah kena acum, sebab itulah dia ~ isterinya; 3. memberhentikan (anak drpd menetek), menyapih, menyarak;  

      tercerai terpisah, tidak terkumpul, terasing: bahan-bahan utk penyelidikan itu ~-cerai di sana sini; 

      ceraian 1. bahagian atau fasal kecil (dlm undang-undang, penyata, surat perjanjian, dll); 2. bahagian drpd tulisan (cetakan dll) yg nampak tercerai drpd bahagian lain, perenggan;  

      perceraian 1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri);  

      penceraian perihal (perbuatan) menceraikan

cerai-berai

1. berpisah-pisah (berselerak, berpecah-pecah) ke sana sini (dgn tidak tentu arah), porak-peranda; 2. berpisah drpd bersatu sbg suami isteri, putus pertalian sbg suami isteri; 

bercerai-berai berpisah-pisah;  

      mencerai-beraikan menyebabkan cerai-berai (porak-peranda dll), memecah-belahkan: janganlah kamu mengikut jalan-jalan lain drpd Islam kerana jalan-jalan itu ~ kamu drpd jalan Allah

cerak
Kl tentu, pasti
ceraka I
alat pengukup pakaian dll (dibuat drpd rotan dll)
ceraka II
sj tumbuhan (herba), jarak, Plumbago zeylanica; ~ merah sj tumbuhan, Plumbago rosea
cerakin I
sj peti yg berpetak-petak tempat menyimpan ubat, pendadah
cerakin II
sj tumbuhan (pokok), Croton tiglium
cerakin III; mencerakin, mencerakinkan

1. menyelidik atau menyiasat sesuatu keadaan (perbuatan, gejala, ciptaan, dll) utk mengetahui sebab-sebab (kedudukannya dll): ia diakui sbg tokoh yg pertama ~ dasar-dasar ini; 2. menghuraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya (spt unsur dll); 3. menghuraikan (memisahkan, menceraikan, dll) sesuatu kpd bahagian-bahagiannya: prisma yg pertama ~ cahaya putih dan prisma yg kedua menghasilkannya; 

      cerakinan 1. penyelidikan (utk mengetahui hal-hal, peristiwa, dll), penyiasatan; 2. uraian (penyelidikan) kimia (utk menentukan kandungan sesuatu dll); ~ fizik (kimia) uraian (penyelidikan) yg menggunakan kaedah fizik (kimia); 

      pencerakinan perihal (usaha, proses, dsb) mencerakin(kan); analisis

‹ First  < 40 41 42 43 44 >  Last ›