Ditemukan : 504 Record
etiket (étikét)
1. kertas yg bertulis dgn nama (alamat dll) yg ditampalkan pd botol dll; 2. adat dan peraturan bkn kesopanan (terutamanya dlm kehidupan sosial atau dlm profesion tertentu): wanita bangsa kita belum mahir tentang ~ yg lazim di rumah-rumah orang besar
etil (étil)
(Kim) radikal hidrokarbon monovalen yg terbit drpd etana
etimologi (étimologi)
cabang ilmu linguistik yg mengkaji asal usul dan perkembangan sesuatu kata
etiologi (étiologi)
kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit
etnik (étnik)
bkn bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur ~ sesuatu kaum; masyarakat majmuk mempunyai kelompok ~ yg hidup berlainan, tetapi di bawah sistem politik yg sama
etnografi (étnografi)
cabang antropologi yg berkaitan dgn pemerian saintifik tentang masyarakat manusia
etnologi (étnologi)
cabang antropologi yg mengkaji rumpun (suku, kumpulan) bangsa manusia dan pelbagai aspek kebudayaannya serta perhubungan antara satu bangsa dgn yang lain
etnosentrisme (étnoséntrisme)
(Ant) pandangan atau sikap yg mempercayai bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul drpd golongan atau kebudayaan etnik lain
etok
Kl, Tr sejenis kerang sungai, gayam, Asaphis spp.: kalau kamu rebus ~ itu, jangan lupa bubuh serai
etologi (étologi)
kajian saintifik tentang kelakuan binatang
etos (étos)
sifat ciri sesuatu bangsa, budaya, era, dll: pelukis Malaysia boleh menghasilkan karya yg benar-benar mencerminkan aspirasi, falsafah dan ~ masyarakat dan negara kita
eufemisme (éufemisme)
ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb) utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air kecil utk kencing
eufoni (éufoni)
bunyi yg menyenangkan, terutamanya dlm ucapan
euforia (éuforia)
1. (Ubat) keriangan yg berlebihan yg boleh dicetuskan oleh dadah atau penyakit mania; 2. rasa gembira yg amat sangat: kita boleh menjadi ghairah dan tenggelam dlm ~ wawasan 2020
eugenik (éugénik)
kajian kaedah utk menghasilkan ras manusia yg lebih baik melalui pembiakan berpilih
euglena (éugléna)
sj protozoa air tawar yg ada ciri tumbuhan juga, Euglena spp
eulogi (éulogi)
ucapan (secara lisan atau tulisan) yg memuji atau menyanjung pencapaian seseorang atau sifat peribadinya yg luhur
europium (éuropium)
(Kim) sj unsur logam yg lembut, mulur, mudah bertindak balas, berwarna putih perak, dan digunakan dlm televisyen warna dan laser
eutanasia (éutanasia)
(Ubat) perbuatan mematikan seseorang yg menanggung azab penyakit yg tidak dapat disembuhkan lagi atas dasar perikemanusiaan supaya pesakit tersebut tidak berpanjangan mengalami azab
evasif (évasif)
sikap mengelak diri drpd sesuatu tanggungjawab, tindakan, dsb: sikap ~ setengah-setengah ahli kumpulan boleh menjejaskan kemajuan kerja yg telah dirancangkan
|