Ditemukan : 504 Record
erong I; erong-erong (érong)
= lubang ~ lubang tempat mengalirkan air (dlm kapal, empang, dll)
erong II (érong)
Kd, Kl; mengerong menggunting serong
erot (érot)
Jk; bererot, bererotan berduyun-duyun, berderet-deret, berjejal-jejal
erotik (érotik)
membangkitkan nafsu syahwat, mengghairahkan, memberahikan: penjualan majalah lucah yg penuh dgn gambar yg ~ hendaklah dicegah segera
erpah (érpah);
tanah ~ bp tanah sewa yg disewakan turun-temurun (dgn had waktu yg tertentu)
erti
1. maksud yg terkandung dlm sesuatu perkataan (ayat, peribahasa, ungkapan, lambang, kiasan, dll), makna: kata “pekerja” telah digunakan sbg pengganti kata “kuli” pd zaman kolonial, dan mempunyai ~ tertentu dlm masyarakat bahasa Indonesia; 2. ki guna, faedah, kepentingan: lebih baik diam sahaja, jika itu memberi ~ kpd penghidupan kita sekarang;
~ kata makna (konsep) kata, maksud, takrif; ~ kiasan erti yg dilambangkan (bukan erti yg biasanya atau sebenarnya); ~ (yg) mendatang erti lain yg terbit drpd sesuatu makna asal;
seerti serupa atau sama ertinya; kata ~ kata yg ertinya sama atau hampir-hampir sama dgn kata (kata-kata) yg lain;
bererti 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: seringkali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat;
keberertian keadaan bererti: ~ sosial drpd iltizam mereka yg sentiasa berubah;
mengerti mengetahui atau memahami erti (kepentingan dll) yg terkandung (dlm perkataan, ucapan, perbuatan, dll): ia menganggukkan kepalanya tanda ~ akan isyarat yg dilihatnya;
dimengerti difahami (diketahui) ertinya (tujuannya, maksudnya, kepentingannya): buku itu bukanlah sekadar dibaca sahaja tetapi utk ~ akan isinya;
mengertikan 1. menjelaskan erti (makna) sesuatu, memberi erti, mentafsirkan: batu nisan itu mempunyai tulisan yg tidak dapat diertikan; maka oleh Sultan masalah itu disuruh ertikan ke Pasai; kalau dia berdiam diri, janganlah diertikan dia bersetuju; 2. membuat atau menjadikan (orang dll) mengerti;
ertian tafsiran;
pengertian 1. fahaman, tanggapan (gambaran) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, gagasan, idea, konsep: mengikut ~ sains, istilah “pernafasan” itu meliputi segala proses mengubah tenaga; 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): tidak ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, tidak akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau ~ atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan.
eru
sj tumbuhan (pokok), cemara, Casuarina equisetifolia; ru
es (és)
Id ais, air batu;
~ lilin (loli) ais krim batang;
dies dimasukkan (disejukkan) dlm ais
esa (ésa)
satu, tidak lebih dan tidak kurang drpd satu, tunggal; kurang ~ empat puluh tiga puluh sembilan; Tuhan yg ~ Tuhan yg hanya satu;
~ hilang, dua terbilang prb terus berusaha dgn keazaman hingga tercapai cita-cita; berbilang dr ~, mengaji dr alif prb membuat sesuatu itu hendaklah dimulai dr permulaannya;
mengesakan membuat (menjadikan, menganggap, dll) satu: aku tetap ~ Allah dan tidak menyekutukan-Nya;
esa-esaan keseorangan, berasa sunyi;
keesaan perihal tunggal, kesatuan, sifat tunggal: ~ Tuhan
esak (ésak);
sakit ~ sj penyakit susah bernafas;
mengesak, teresak, teresak-esak tersedu-sedu (menangis): tiba-tiba dia ~, dia menangis; Jaliah menangis teresak-esak seorang diri;
esakan sedu-sedan: Minah makin kuat menangis, ~nya makin kencang
ESCAP
akronim bagi Economic and Social Commision for Asia and the Pacific (Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial bagi Asia dan Asia Pasifik)
esei (éséi)
karangan prosa (yg biasanya lebih pendek drpd tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk: menurut definisi `Encyclopedia Britannica`, ~ ialah satu karangan yg berpatutan panjangnya
eseis
penulis esei
esek I (ésék)
demam ~ sj penyakit demam yg menyebabkan kulit kering dan bersisik
esek II (ésék)
daun ~ nanah sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pisang-pisang jantan, Uvaria purpurea
esen (ésén)
bahagian yg paling penting drpd sesuatu perkara (benda dll), sari: putar mentega dan masukkan ~ vanila
esensi (ésénsi)
hal (unsur) yg pokok, inti: kita dapat menerima hal ini sbg ~ drpd apa yg mungkin disebut kepercayaan `statis`
eskalator (éskalator)
tangga bergerak utk membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan
eskapisme (éskapisme)
tindakan atau kecenderungan melarikan diri drpd kenyataan dgn menumpukan fikiran kpd sesuatu perkara lain (biasanya yg kurang baik) drpd masalah yg dihadapi sbg langkah untuk mencari ketenangan: ada juga yg berkarya kerana tekanan jiwa, lalu dicurahkan pd kertas sbg suatu ~
eskatologi (éskatologi)
cabang teologi atau kepercayaan agama yg berkaitan dgn berakhirnya dunia
|