Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.763
Hari ini : 23.762
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 254 Record
‹ First  < 10 11 12 13 > 
francais
hak atau kebenaran istimewa yg diberikan oleh pengeluar kpd pengusaha utk memasarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan
frasa
kumpulan kata yg membentuk unit sintaksis sesuatu klausa
fraude
IB penipuan, terutamanya dgn memalsukan sesuatu urusan supaya dapat menggelapkan wang dsb.
freemason
ahli pertubuhan rahsia (disebut Free and Accepted Masons) yg berikrar utk menjalinkan persaudaraan dan sikap saling membantu antara sesama ahli dan menggunakan lambang tertentu utk mengenali satu sama lain
frekuensi (frékuénsi)

perihal berulang-ulang (sesuatu gejala dll), kekerapan.; ~ ambang frekuensi cahaya yg paling rendah, yg dapat mencetuskan kesan fotoelektrik pd permukaan logam tertentu

freon (fréon)

kumpulan (jenama) sebatian yg digunakan sbg bahan penyejuk dlm peti sejuk dsb.

fresko (frésko)

lukisan cat(an) yg dibuat dgn menggunakan cat air pd lepa yg lembap

frigat
kapal perang peronda laju yg sederhana besarnya (biasanya digunakan utk melindungi kapal-kapal lain)
FRIM

akronim bagi Forest Research Institute Malaysia (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia)

fros
1. keadaan cuaca yg suhunya jatuh ke bawah takat sejuk beku; 2. litupan atau enapan hablur ais halus yg terbentuk drpd wap air yg sejuk beku
frugivor

(Bio) haiwan yg makanan utamanya terdiri drpd buah-buahan

fuad

Ar (perasaan) hati; ~ al-zakiah hati yg jernih (dipakai dlm surat dll)

fucuk
tahu kering yg nipis
fukaha
Ar (jamak bagi fakih) mereka yg ahli dlm ilmu fikah: kebanyakan ~ Islam mengatakan bahawa tidak gugur cerai orang yg mabuk
fulus
Ar wang
fundamental (fundaméntal)
bersifat dasar, sangat penting, asas, pokok: menaruh perhatian pd hubungan yg lebih ~ drpd hubungan yg banyak nampak pd kulitnya
fundamentalis (fundaméntalis)
individu atau kumpulan, biasanya pergerakan keagamaan yg berjuang mengembalikan cara hidup yg asal menurut tuntutan agama
fundamentalisme (fundaméntalisme)
keakuran yg kuat terhadap sesuatu ajaran (tuntutan (ber)agama): ~ Islam
fungivor

(Bio) haiwan yg makanan utamanya terdiri drpd kulat

fungsi

1. tugas, jawatan: kalau Pengarah sakit, Timbalan Pengarah menjalankan ~ Pengarah; 2. kerja (bahagian tubuh dll), tugas, peranan: apakah ~ paru-paru dlm tubuh manusia?;  

      berfungsi mempunyai fungsi, melaksanakan fungsi, bertugas: JPM mesti selalu meninjau semula bidang ilmunya utk terus maju dan ~ kpd masyarakat; 

      fungsian yg dilihat dr segi fungsi: rangka rujukan teorinya yg bkn analisis ~ itu amat berkesan

‹ First  < 10 11 12 13 >