Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.849
Hari ini : 24.887
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 254 Record
‹ First  < 8 9 10 11 12 >  Last ›
formaliti
tindakan (langkah dsb) yg perlu dipatuhi mengikut peraturan (kelaziman) yg telah ditetapkan: borang permohonan itu hendaklah diserahkan kpd majikan sbg suatu ~ bagi setiap pemohon pekerjaan baru
formasi
susunan (pegawai, pasukan, dll)
format

1. bentuk dan rupa serta ukuran (saiz) tertentu sesebuah naskhah yg dicetak; 2. gaya atau susunan sesuatu rancangan penerbitan (mis siri TV) yg dipersembahkan; 

memformatkan menyediakan (mengatur dsb) mengikut sesuatu format: teks juga boleh diformatkan supaya lebih tersusun

formatif
yg berpengaruh utk membentuk sesuatu (tabiat, budi pekerti, dll): pertuturan orang dewasa mempunyai fungsi ~ yg penting dlm memperkembang proses mental kanak-kanak 
formatir
IB pembentuk (kabinet dll)
formika
lapisan penggilap perabot kayu, spt bahagian atas meja tulis, yg dibuat drpd bahan plastik (dgn corak yg berwarna-warni)
formula

rumusan; 

      ~ am (Kim) formula yg melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dgn menggunakan lambang sbg ganti bilangan atom (mis alkana dilambangkan sbg CnH2n+2); ~ empirik = ~ empiris (Kim) formula paling ringkas utk menyatakan bilangan relatif atom yg bergabung dlm satu molekul sebatian berdasarkan berat komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena); ~ kimia (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; ~ molekul (Kim) formula yg menunjukkan bilangan sebenar atom dan jenis-jenis atom yg terdapat dlm sesuatu molekul (mis C6H6 bagi benzena dan C2H5OH bagi etanol); ~ struktur (Kim) formula yg menyatakan bilangan sebenar, jenis, dan susunan atom-atom dlm sesuatu molekul sebatian

formulasi

huraian atau penjelasan yg ringkas dan tepat, rumusan; 

    memformulasikan menyatakan sesuatu dgn ringkas dan tepat, merumuskan: Manheim ~ suatu epistemologi yg bersesuaian dgn pengetahuan

formulir
IB borang
forsep (forsép)
penyepit (spt yg digunakan oleh doktor dll)
fortepiano (fortépiano)
piano jenis lama yg popular pd abad yg ke-18
FORTRAN
akronim bagi formula translator (penterjemah formula, iaitu sj bahasa komputer yg kerap digunakan dlm bidang saintifik, matematik, dan kejuruteraan yang dapat ditukarkan ke dalam bentuk formula)
forum
1. perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka
fosfat
(Kim) garam asid yg banyak mengandungi fosforus (digunakan sbg baja)
fosfin

(Kim) gas mudah terbakar, tidak berwarna, larut sedikit dlm air, dan berbau busuk, digunakan sbg racun perosak

fosfor
(Fiz) cecair atau bahan hablur yg berpendar cahaya, dan digunakan dlm pembuatan lampu pendar fluor, televisyen, radar, tiub sinar katod, dll
fosforus
(Kim) unsur bukan logam yg berwarna kuning dan mudah terbakar (kelihatan berkilat-kilat dlm gelap) yg digunakan utk membuat racun tikus, baja, mancis, dll
fosil
tinggalan haiwan atau tumbuhan yg wujud pd zaman geologi lalu, yg terdapat dlm kerak bumi: mengenal dan menghuraikan hal purba drpd keterangan ~ dan bukti lain
fotalgia

(Ubat) rasa sakit yg kuat pd mata akibat pancaran cahaya

foto

1. gambar yg diambil dgn kamera: ~ orang tuanya masih ada dlm simpanannya; 2. Id kamera;  

      memfoto mengambil gambar dgn kamera

‹ First  < 8 9 10 11 12 >  Last ›