Ditemukan : 1622 Record
ghaut
Ar; ~ serang pengusaha yg mencari pekerja utk bekerja di kapal
ghaza
ghazal
sj muzik yg dimainkan dgn menggunakan alat muzik spt gambus (akordion, marakas, marwas, dsb) dan biasanya diiringi oleh nyanyian
ghobar
sedih, pilu.
ghoyat
Kl bercerita, memberitahu
ghulam
Ar hamba, budak
ghurab
Ar sl perahu
ghurub
Ar terbenam (matahari)
gi
minyak sapi
giam
sj tumbuhan (pokok yg keras kayunya), cengal tenggelam, merepak, Hopea nutans
gian
1. cepat habis, banyak terpakai (minyak dll): orang boros lekas ~, merapu dana hari kemudian; 2. bp sangat ketagih akan sesuatu (dadah dsb).
giang
gatal, miang
giat I
sentiasa atau sering kali membuat sesuatu, aktif, cergas, cekatan, tangkas: kita mesti ~ bekerja; sejak awal tahun enam puluhan, Mohd Nor Azam ~ menulis ulasan tentang cerpen;
bergiat berusaha dgn giat, bersungguh-sungguh, aktif: dia ~ dlm lapangan seni nyanyi; kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru;
menggiatkan, mempergiat, mempergiatkan menyebabkan bergiat, membangkitkan semangat utk berusaha: perkataan itu ~ usaha mereka;
kegiatan 1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti;
penggiat pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air.
giat II
ejekan, cemuh: ~ dan cemuh kawan-kawannya tidak pernah dijawab;
menggiat mengejek, mencemuh
giau; menggiau
memotong padi dgn sabit, menyabit;
penggiau pisau utk menyabit padi
gibas
kambing biri-biri yg mempunyai ekor besar, domba
gidik
Id; bergidik geli;
menggidik, menggidik-gidik menggelikan, menggeletek
giga
unit bagi kuantiti yang berjumlah seribu juta: ~bait.
gigau †; menggigau
berkata-kata dlm tidur; → igau I.
gigi I
1. struktur keras yg menyerupai tulang, yg tumbuh pd gusi (gunanya utk menggigit, mengunyah, dll); 2. ki benda yg bentuknya spt gigi: ~ sikat (gergaji dll); ~ kikir; 3. ki tepi, pinggir;
~ anjing (asu) siung, taring; ~ asmaradanta gigi yg putih spt gading; ~ air tepi air laut dll; ~ batu = ~ buatan gigi palsu; ~ belalang = ~ susu gigi kanak-kanak yg akan berganti; ~ berdukung = ~ tersengkil gigi berlapis; ~ bongsu = ~ muda gigi geraham yg akhir sekali tumbuhnya; ~ geligi Id selengkap gigi; ~ gongak = ~ rongak tidak ada gigi (kerana tanggal atau tidak tumbuh); ~ hutan tepi hutan; ~ jawa balak panjang tempat tumpuan kasau (rumah Melayu); ~ kacip = ~ manis = ~ seri gigi utk memotong (mengacip) makanan dsb; ~ kapak gigi hadapan yg besar sekali; ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi; ~ parang-parang gigi yg berbentuk kecil-kecil dan runcing; ~ penolak perkakas mesin jahit yg menyorong kain jahitan; ~ rambut tepi rambut di kepala; ~ sambut (disebut kalau) gigi pd rahang bawah di luar gigi rahang atas; ~ sayap kumbang gigi yg berbaja hitam (seakan-akan hijau berkilat); ~ sulung gigi yg mula-mula tumbuh; lunak ~ drpd lidah ki sangat lemah lembut;
~ dgn lidah ada kala tergigit juga prb suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah); ~ tanggal rawan murah (awak tua gadis bermusim) prb keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi; tinggal ~ dgn lidah sahaja prb habis segala harta;
bergigi mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa;
belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu;
pergigian perihal gigi: formula ~ binatang kerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian ~; Fakulti ~.
|