Ditemukan : 1622 Record
gigi II
~ buntal a) sj tumbuhan (pokok), gerisik hitam, Xerospermum intermedium; b) sj tumbuhan (pokok), campa biru, Canarium kadondon
gigih I
Mn keras hati, tegar hati, patuh kpd pendirian (pendapat dsb) sendiri: dgn ~nya, ia menghapuskan rasuah dlm jabatannya; menyingkirkan lawannya yg paling ~;
kegigihan perihal gigih, keteguhan mempertahankan pendapat (fikiran dsb): setelah berjuang dgn segala ~nya, dia berjaya juga.
gigih II †; menggigih
menggigil, menggeletar
gigil; menggigil
1. menggeletar (kerana demam, ketakutan, dsb), gementar (menggentar) kuat: dgn tidak semena-mena, badannya ~ dan seram sejuk; 2. turun naik atau tinggi rendah seakan-akan menggeletar (bunyi muzik dll): gelak ketawa yg ~-gigil;
menggigilkan menjadikan menggigil, menggentarkan: angin yg bertiup ~ badannya;
tergigil tergeletar
gigir I
Mn; menggigirmenggigil
gigir II
Jw; ~ gunung punggung (belakang) gunung, bahagian gunung yg memanjang dr puncak ke puncak.
gigis; bergigis
bergerigi
gigit; bergigit, bergigitan
mencengkam (mencengkeram dll) dgn gigi antara satu sama lain, saling menyepit dgn gigi;
menggigit 1. mengapit (mengacip, menyepit, dsb) dgn gigi: kaki pencuri itu digigit anjing; ~ bibir ki berasa marah (geram); ~ jari (telunjuk) ki berasa kecewa (hampa); 2. mengapit atau mencengkam (bkn kasut); akan dicengkam-cengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kesejukan dll): dinginnya terasa ~-gigit ke tulang sumsum;
tergigt 1. telah digigit; 2. boleh digigit; 3. tidak sengaja digigit; ~ lidah a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang; b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dll);
gigitan 1. cengkaman dgn gigi utk menggigit; 2. bekas digigit
gigolo
laki-laki upahan yg dipelihara oleh seseorang wanita sbg teman atau kekasihnya
gila
1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): kelakuannya spt orang ~; rumah (sakit) ~ rumah sakit tempat mengubat orang gila; anjing ~ anjing yg kena penyakit, anjing yg berbahaya; 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa; anyam ~ anyam yg tidak tentu coraknya; harga ~ harga yg bukan biasa, terlalu mahal (murah); main ~ melakukan sesuatu sekehendak hati sahaja (spt meninggalkan tugas atau kerja sesuka hati, berzina, dll); 4. bp terlalu gemar (asyik, sayang, cinta, dll) akan sesuatu: dia tu ~ menengok wayang;
~ angau sangat ingin akan perempuan (lelaki); ~ anjing = penyakit anjing ~ sj penyakit virus yg berbahaya pd anjing; ~ asyik (berahi, hati) terlalu cinta (asyik); ~ babi = ~ sawan sj penyakit ayan, pitam (sawan) babi, epilepsi; ~ bahasa = ~-~ bahasa rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani, tidak malu, dll perangainya); ~ bayang cinta akan seseorang yg tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas); ~ bayang-bayang perasaan ingin akan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; ~ gadis (perempuan) terlalu gemar akan perempuan; ~ hormat sangat suka dihormati (dimuliakan) orang; ~ isim gila kerana tersalah mengamalkan (menuntut) ilmu batin; ~ judi terlalu suka bermain judi; ~ kebangsaan selalu bersemangat (berusaha) utk memperjuangkan (memajukan) bangsanya; ~ kuasa sangat ingin mendapat kuasa; ~ pangkat a) sentiasa ingin mendapat (mengejar) pangkat; b) berubah kelakuannya (sikapnya) setelah mendapat pangkat tinggi; ~ politik selalu asyik dgn cita-cita (kegiatan-kegiatan) politik; ~ renang = ~-~ air agak kurang sihat ingatannya (fikirannya); ~ talak tidak sihat fikirannya kerana bercerai (selalu teringat-ingat akan bekas isteri atau suaminya); ~ urat sangat ingin akan perempuan (lelaki);
tiap ~ tiap berkongkong, tiap mandi tiap bergosok prb spt orang yg berbicara, setiap kali berbicara, setiap kali membayar belanja perbicaraan;
bergila-gila 1. = gila-gilaan, menggila berkelakuan (berperangai dll) spt orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja); 2. = tergila-gila terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu: anak-anak muda sekarang banyak yg mahu hidup di bandar; kulihat banyak gadis yg ~ kepadanya; 3. = menggila semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan;
menggila 1. menjadi-jadi, bergila-gila: batuknya ~; peperangan sudah ~; 2. berkelakuan spt orang gila, bergila-gila: di dlm hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya; 3. berasa sangat asyik (suka, gemar, dll): pemuda yg ~ kepadanya; 4. menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dll); 5. berjalan (belayar dll) dgn laju sekali, tiada teratur dll (bkn kereta, kapal, dll): di jalan raya, motokar makin ~; korvet-korvet ini kian ~ di atas air spt ular kena palu;
menggilai 1. terlalu mengasihi (mencintai, mengingini, dll): ~ siapa nama perempuan yg digilainya?; memperoleh sotong-sotong yg ~ cahaya api; ~ 2. = menggilakan Mn menjaga (memelihara, melayani, dll) baik-baik;
menggilakan 1. menjadikan (menyebabkan) gila, membuat supaya gila; 2. = mempergilakan menganggap (melayani dll) spt orang gila, mempermainkan (memperolokkan);
3. Mn menjaga (memelihara);
tergila-gila terlalu suka (ingin, asyik, dll) sangat: ~ jangan ~ sangat hendak kahwin;
tergila-gilakan terlalu sangat suka (ingin, asyik, cinta, dll) akan (seseorang atau sesuatu): abang sudah ~ gadis lain; ~ kuasa;
kegilaan 1. perihal gila; 2. terlampau sangat suka (asyik): pemuda-pemuda yg ~ dan kedahagaan wanita mengajak pelayan-pelayan itu berbual; penulis-penulis muda di Singapura ~ mengadakan perjumpaan; 3. keadaan (peristiwa dll) yg tidak biasa atau berlebih-lebihan: memandang ~ alam dgn warna-warna senjanya yg keras, terang, pekat, kacau dan menakutkan; peristiwa seumpama itu ialah peristiwa yg boleh dikatakan ~; 4. ketololan, kebodohan;
kegila-gilaan 1. sedikit gila, agak gila; 2. seakan-akan gila tampaknya: kalau diteruskan, hasilnya adalah bercorak ~ sahaja; gelak ketawa yg terlalu ~; 3. terlalu suka (asyik, gemar, dll) sangat, tergila-gila.
gilan
sj tumbuhan (pokok menumpang), Elytranthe platyphylla
gilang
~-gemilang (cemerlang) a) bercahaya sangat terang: disuluh oleh bulan purnama yg ~ -gemilang ; b) sl teramat elok atau cantik (bkn rupa): ~ -gemilang cahaya muka Awang Sulung Merah Muda; c) paling baik: harapan yg ~-gemilang; hasil yg ~-gemilang.
gilap
licin dan berkilat (spt barang-barang perak yg baru digosok);
bergilap digilap: kenapa awak memakai kasut yg tidak ~ ;
gilap-gemilap bercahaya gemerlap, berkilauan;
menggilap menggosok supaya gilap: cara mencanai dan ~ kanta;
gilapan hasil mengilap: dgn ~ terakhir, dia memandang kasut itu dgn kepuasan;
penggilapan perihal (proses, perbuatan) menggilap;
penggilap 1. bahan (alat) yg digunakan utk menggilap sesuatu: ~ kasut; 2. orang yg menggilap sesuatu
gilas; menggilas
1. menindih atau menggiling hingga halus (hancur dsb): wanita umumnya pandai ~ cabai; 2. menggelek, melindas: lori ~ seekor anjing;
tergilas tergelek (oleh motokar dll);
penggilas alat utk menggilas
gilau † kilau.
gili I; gili-gili
1. tambak, permatang; 2. tempat tinggi di tepi jalan, tempat orang berjalan.
gili II; menggili, menggili-gili
1. menggeletek: meskipun saya marah, ia masih berani ~ saya; 2. ki menghasut
gilik I; menggilik
menggelek, menggiling
gilik II
sj tumbuhan (pokok memanjat), Psychotria sarmenfosa
gilik III; menggilik, menggilik-gilik
menggili-gili, menggelikan, menggeletek
|