Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 1.002
Hari ini : 17.202
Kemarin : 30.727
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 66 67 68 69 70 >  Last ›
gohok
Jk sj tumbuhan (pokok yg buahnya berwarna ungu dan masam rasanya)
gohong
Mn 1. lubang, liang; 2. gua
goiter (Ubat)
bengkak di bahagian hadapan leher yg disebabkan oleh pembesaran kelenjar tiroid (kelenjar yg menghasilkan hormon pertumbuhan dan perkembangan tubuh)
gok I
Kl sj dapur (relau) tempat membakar batu bata
gok II
Kl, Tr reban ayam atau itik
gok III

~-gat Kl jentik-jentik (yg akan menjadi nyamuk)

gokgek (gokgék)
Kl, Tr goyah kerana hendak tercabut (tiang dll)
gol

1. dua tiang berpalang yg menandakan sasaran tendangan atau pukulan bola (dlm permainan bola sepak, hoki, dsb), gawang (bola sepak, hoki, dsb): bola yg ditendangnya masuk ke dlm ~; penjaga ~ pemain (bola sepak dsb) yg menghalang bola masuk ke dlm gol; 2. mata (yg dikira setiap kali bola masuk ke dlm gawang): dia telah menjaringkan dua ~; 3. tercapai tujuannya (kehendaknya), lulus (usul, cadangan, dll);  

mengegolkan menjaringkan gol, memasukkan (bola) ke dlm gol

golak I

~ -galik berbalik-balik (yg atas ke bawah dan yg bawah ke atas, berguling-guling, tunggang balik, berputar balik;  

menggolak; ~-galik menunggangbalikkan, memutarbalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas)

golak II; bergolak

1. menggelegak, mendidih (air yg masak dll); 2. timbul huru-hara, tidak tenang (keadaan politik dll); 3. tidak tenteram (fikiran, perasaan), bergelora, sangat gelisah: hatinya ~ kerana mendapat berita buruk;  

pergolakan kekacauan (kekalutan, kekeruhan) dlm lapangan politik dll, huru-hara, keadaan tidak tenteram: ~ politik akibat percubaan rampasan kuasa itu makin meruncing; ~ perjuangan merasmikan bahasa Melayu

golang
~-golek berbuai-buai, berayun (spt perahu, buah jam, dll)
golbi
lipatan pd jahitan seluar di bahagian depan perut
golek I (golék)

1. guling; ~ para Kl sj permainan kanak-kanak (buah pinang dll diletakkan di atas para dan dilempar supaya jatuh berguling); ayam ~ ayam yg dimasak atau dipanggang bulat-bulat (tidak dikerat-kerat); bantal ~ bantal guling (berbentuk bulat panjang); bola ~ judi dgn menggunakan bola yg digulingkan ke petak-petak yg bernombor; hantu ~ hantu yg berguling-guling di tanah; 2. Kd geleng (kepala);  

bergolek 1. berguling, bergerak berpusing (bola, guli, dll); 2. berbaring; ~ gelantang berbaring-baring;

yg bulat datang ~, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca;  

bergolek-golek 1. berbaring-baring; 2. = bergolekan berguling-guling;  

menggolek bergolek;  

menggolekkan 1. menggulingkan (bola dll): dah bulat baru digolekkan, dah pipih baru dilayangkan; 2. membaringkan (badan): aku pun ~ badan di atas tilam dan terus terlena;  

tergolek 1. jatuh berguling; 2. terbaring, tergelimpang; ~ di nan datar prb Mn mendapat bahaya oleh perkara kecil.; 

golekan hasil menggolek

golek II (golék)
Jw patung (drpd kayu dll); wayang ~ wayang yg dimainkan dgn golek; ~ jonggol (jenggel) patung yg boleh duduk (tetapi tidak boleh berbaring)
golek III (golék)
mangga ~ sj mangga yg besar dan manis.
goleng (goléng)
Jk; menggoleng menyentuh, mengenai, menyinggung
golf
sj permainan dgn memukul bola kecil yg keras utk memasukkannya ke dlm beberapa lubang kecil di lapangan luas; padang ~ lapangan tempat bermain golf
golkar
akronim bagi Golongan Karya (sebuah organisasi sosial politik yg terbesar dan paling berpengaruh di Indonesia)
golok I

1. sj parang yg matanya diasah melengkung; ~ Rembau sj senjata yg matanya diasah melengkung (penumbuk lada); 2. Jk sj pedang pendek: ~ Sunda pedang Jawa;  

hendak (suruh) kerja ~ keling hendak (suruh) makan parang putting prb malas bekerja tetapi banyak (kuat) makan; laksana ~ kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku prb pengetahuan yg tidak mencukupi tidak ada gunanya;  

menggolok menetak atau memotong dgn golok

golok II; bergolok
~-bergadai = bergadai-~ berikhtiar mendapatkan wang dgn bergadai; gadai
‹ First  < 66 67 68 69 70 >  Last ›