Ditemukan : 1622 Record
golok III
sj ikan laut, belitung, Coryphaena hippurus
golok IV; golok-golok
Pr penolong orang besar
golong; menggolongkan
1. membahagi-bahagikan (mengasingkan) ke dlm beberapa kumpulan (kaum dll): penganggur-penganggur yg mencari pekerjaan digolongkan menurut umur dan pelajaran mereka; 2. memasukkan ke dlm kumpulan (puak dll): mereka ~ tuan sbg bumiputera;
tergolong termasuk (dlm kumpulan dll): Tongkat Warrant ~ sbg penyajak beraliran realisme;
golongan kumpulan, kelompok: orang Melayu merupakan ~ penduduk yg terbesar di negara ini;
~ bangsa kumpulan bangsa; ~ terbesar kelompok manusia (rakyat) yg besar bilangannya; ~ terkecil kelompok manusia (rakyat) yg kecil bilangannya;
penggolongan perihal menggolongkan
gomba
jendul (benjol) pd dahi gajah, kumba
gomak
tepung ~ sj kuih, tepung komak; → komak
gombak
jambul (pd burung, ayam, dll), rambut pd dahi orang atau kuda, jambak: janganlah tuan-tuan bersorak dahulu, anak raja berpangkas ~; ~ gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor prb hal orang yg baik rupanya tetapi busuk hatinya; → gembak I
gombang I
sj burung (tempayan) besar, situn
gombang II
Mn cantik, elok, tampan;
gombang II segombang
secantik, semolek: semolek secantik ini, ~ semuda ini engkau; ~ lebuh a) congkak (sombong); b) molek di luarnya sahaja (tidak di dalamnya)
gombang III
sj jaring yg dipasang pd belat, ambai
gombang IV
baju ~ baju kurung
gombeng I (gombéng) †; menggombeng
memperbesar lubang, menjadikan renggang
gombeng II (gombéng)
Kl 1. menggigit sesuatu utk dibawa lari (spt anjing menggigit tulang); 2. menghisap susu (bkn kanak-kanak)
gombing
1. sj ikan laut, Pomacentridae; 2. sj ikan laut, Dascyllus marginatus; 3. sj ikan laut, Daya jerdoni.
gomok I
Kl; katak ~ sj katak yg buncit
gomok II
Kl sj kuih yg dibuat drpd jagung (kacang, beras)
gomol; bergomol
berpeluk-peluk kerana hendak menggulingkan lawan (spt orang bergusti), bergelut, bergumpal, bergulat;
menggomol memeluk seseorang erat-erat (kerana hendak menggulingkannya dll);
pergomolan perihal bergomol, pergelutan;
penggomolan perbuatan menggomol, penggulatan
gompiok
Jk lebat atau tebal (rambut, daun, dll)
gon
Kd, Kl tanah (jalan dll) yg makin meninggi
goncang = bergoncang
1. bergoyang dgn keras atau kencang, bergegar: pondok kecil itu ~ kerana ditiup angin kencang; dgn ~ kaki a) dgn berayun kaki; b) ki dgn mudah sahaja; 2. ki mudah berubah-ubah (pendirian dll), menjadi tidak aman (tetap)
menggoncang, menggoncangkan 1. menggoyang(kan) dgn keras, menggerak-gerakkan hingga bergoncang; ~ botol mengocok botol; ~ loceng membunyikan (menggoyangkan) loceng; 2. ki menyebabkan tidak tenang (tetap dll): kenaikan cukai itu tidak ~ pasaran saham; 3. ki memeranjatkan, mengejutkan: pembunuhan Presiden Kennedy telah ~ dunia; ~ kepala menggelengkan kepala; ~ tangan menggerak-gerakkan tangan ketika berjabat tangan;
tergoncang tergoyang (tergerak) keras atau cepat-cepat, tergegar;
goncangan gerakan (goyangan) yg keras, gegaran;
kegoncangan keadaan tidak tenteram (tidak aman dll)
|