Ditemukan : 1622 Record
gurin
Sr baring
gurindam
sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran);
bergurindam melafazkan gurindam
gurih
Id sedap (spt ikan goreng dll); nasi ~ nasi yg dimasak dgn santan dan kayu manis
guring
sj tumbuhan (pokok yg bijinya digunakan sbg kapur barus), bunga lerak, kekapur, pelir musang, sekobang kecil, sesundo bukit, Anaxagorea scortechinii (javanica)
gurit
Jw sj syair atau sajak;
menggurit mensyair, menyajak
gurita
1. sj sotong, sotong kurita, Octopus spp., Eledone spp.; 2. sj kain pembalut dada dan perut anak-anak, barut
gurnador
sl gabenor
guru
orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh;
~ bantu Id pembantu guru; ~ besar, = ~ kepala = ~ ketua guru yg mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah; ~ latihan normal guru yg bukan lepasan maktab atau universiti; ~ lepasan maktab guru yg terlatih di maktab; ~ pelatih pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; ~ pelawat pegawai pendidikan yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan, pelajar, guru, dll), nazir sekolah; ~ penolong guru yg kanan selepas guru besar;
~ kencing berdiri, murid kencing berlari prb kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dlm hal yg tidak baik);
berguru 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2. berlaku (bertindak) spt guru;
~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya;
bergurukan menjadikan seseorang sbg guru: dia ~ al-Guwayni yg dikenal dgn gelaran Imam al-Haramayn;
keguruan yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas, kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur;
perguruan 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa.
guruh
bunyi bising di langit (yg biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar;
~-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar;
harapkan ~ di langit, air tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan; tak ada ~ pd orang pekak, tak ada kilat pd orang buta prb orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran.
gurun
Kawasan yg luas dan kering (biasanya diliputi pasir), padang pasir; ~ tandus gurun yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan
gurur
Ar harapan hampa, fikiran yg bukan-bukan
gus
semuanya pd waktu yg sama;
sekali ~ (mengerjakan) semuanya pd waktu yg sama: bayaran sekolah di Tokyo dibayar setahun sekali ~.
gusar
berang, marah: ia menunjukkan ~nya kpd saya;
menggusari memarahi: jangan digusari orang tua itu;
menggusarkan menimbulkan rasa gusar, menyebabkan marah: jawapan anaknya itu semakin ~nya; mati di medan jihad bagi orang mukmin bukanlah sesuatu yg ~;
kegusaran perihal gusar, kemarahan: sepanjang minggu orientasi itu berjalan, penuntut-penuntut baru sering berada dlm keadaan ketakutan, ~ dan tidak tenteram.
gusi I
daging tempat tumbuh gigi; gatal ~ ki terbit air liur, mengingini makanan dll.
gusi II
layar ~ layar yg dipasang pd tiang belakang
gusti I
Jw gelaran atau panggilan bagi orang bangsawan
gusti II
perlawanan menjatuhkan lawan dgn bergelut;
bergusti bergelut dgn lawan utk menjatuhkannya
gusuk
Kl terakhir (perlawanan, peperiksaan, dll).
gusur
Jk; menggusur menarik, mengheret
gusut
Kl berpilin-pilin, berbelit-belit, bersimpul-simpul, berputar-putar (tali dll).
|