Ditemukan : 1622 Record
guntung I
tidak lancip, kotong, pendek (tiang, lengan baju, dll); baju ~ baju lengan pendek; tiang ~ tiang yg tidak lancip pd hujungnya;
mengguntung memotong bahagian hujung atau depan
guntung II
sj kail yg diikat pd pelampung dan pelampung ini pula berhubung satu sama lain
guntur
guruh;
harapkan ~ di langit, air di tempayan dicurahkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan besar yg belum pasti, keuntungan kecil dilepaskan; spt itik mendengar ~prb mengharapkan keuntungan yg belum tentu diperoleh;
mengguntur (berbunyi dll) spt guntur, gemuruh
gunung
bukit yg besar dan tinggi (lebih drpd 1500 kaki atau 457.2 meter);
~ berangkat sj susunan bantal di atas pelamin; ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, api, dll dr kawahnya; ~ berapit gunung yg letaknya di antara dua gunung; ~-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung; ~ lipat gunung yg terjadi kerana muka bumi berlipat; ~ payung ki buah hati, kesayangan (utk anak dll);
~ juga yg dilejang panas prb a) orang kaya juga yg bertambah kekayaannya; b) orang yg pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan; ~ yg tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali prb harta yg banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan; ke ~ tak dapat angin prb hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal; niat hati hendak memeluk ~ apakan daya tangan tak sampai prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dihajati (dicita-cita); niat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka (sial) prb lain yg dihajati lain yg diperoleh (kemuliaan yg dihajati, kehinaan yg diperoleh); rendah ~ tinggi harap(an) prb dipakai utk menyatakan besarnya harapan; tak ada ~ yg tinggi yg tak dapat didaki, tak ada lurah yg dalam yg tak dapat dituruni prb tidak ada usaha yg tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan); tak akan lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) prb tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yg sudah tentu;
gunung-gemunung banjaran gunung;
gunung-gunungan, gegunungan gunung buatan, bukit kecil;
bergunung-gunung = bergunung-ganang mempunyai banyak gunung: kawasan yg ~;
menggunung 1. meninggi (spt gunung): gelombang pun ~ tingginya; 2. mencapai paras (peringkat dsb) yg amat tinggi, memuncak tinggi: kelayakan yg paling penting bagi seseorang pemimpin dlm masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dgn fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yg ~;
menggunungkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil;
pergunungan tanah yg penuh dgn gunung, daerah yg bergunung-gunung.
gunu
Kd sesuatu yg digunakan utk menandakan petak-petak bagi permainan teng-teng
gup
bunyi spt bunyi papan dipukul (debaran jantung dll), bunyi degap, degup
gurah I; bergurah
berkumur (dgn air dll), mencuci mulut;
menggurah mencuci mulut dgn air
gurah II
sj tumbuhan (pokok yg buahnya dipakai utk menuba ikan), gayan, guring, Sapium indicum; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), kayu seluang mudik, pokok tempang puteri, Pseuderanthemum graciliflorum; ~ peria(t) sj tumbuhan (pokok renek), ara lumut, Croton caudatum.
gurah III
Kl guli
guram
Jk muram, suram, tidak berkilau
gurami
Jw sj ikan darat, ikan kaloi, Osphromenus olfax
gurang
sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia malaccensis; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Helicia attenuata.
gurap
sl sj perahu: maka turunlah Sultan Abdul Jalil itu kpd ~ yg besarnya itu.
gurat = guratan
(Sunda) gores, coret;
~ batu tetap pendirian;
menggurat menggores, mencoret
gurau
percakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok: anakanda hendak mengusik ayahandakah dgn ~ jenaka anakanda ini?; ~ senda = senda ~ berbagai-bagai kelakar;
bergurau = ~ senda berbual secara bermain-main, bersenda, berjenaka, berkelakar: jangan ~ Aini, jangan berolok-olok;
memperguraukan mempermain-mainkan supaya ditertawakan orang, memperolok-olok: adakah anak sebesar kau diperguraukan orang?
gurauan, pergurauan senda, kelakar, jenaka
gurdan
ringgit ~ sj wang ringgit yg bergambar burung (dolar Mexico)
gurdi
gerudi, penggerek;
menggurdi menggerek (lubang dll) → gerudi
guri I
sj tempayan kecil (dipakai juga sebagai takar), buyung; ~ arak botol arak.
guri II
limbungan, galangan (kapal)
guri III
Kl, Tr membeli sebelum ada pembeli lain, menjual kpd pembeli yg pertama; → gori II
|