Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 5.732
Kemarin : 24.405
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 32 33 34 35 36 >  Last ›
gelogok I; menggelogok
1. menggelegak; 2. minum banyak-banyak dan terus masuk ke kerongkong hingga berbunyi, menggogok; 3. melimpah, tertuang banyak-banyak (melimpah-limpah)
gelogok II

Mn ancaman, ugutan; salah ~ membuat sesuatu dgn terburu-buru; salah ~ hulu malang, pandai bertenggang hulu baik prb hati-hatilah membuat pekerjaan kalau menginginkan keuntungan. 

gelohok; tergelohok
terbuka luas; kelohok
gelohong
Tr terbuka (pintu rumah dll). 
gelojak

nyala api yg berkobar-kobar;  

bergelojak, menggelojak menyala-nyala, berkobar-kobar; gejolak

gelojoh

1. lahap, rakus: terlalu ~ pd makanan; 2. gopoh dan kasar, tidak cermat: janganlah engkau buat sesuatu kerja itu dgn ~ dan gopoh;  

kegelojohan keadaan (sifat) gelojoh: ~ manusia menghapuskan keindahan alam di bumi Semerak amat dikesali oleh Pak Tua.  

gelokak
Terkelupas (kulit kayu dll), tidak melekat (kapur, cat, dll). 
gelombang

1. ombak laut yg bergulung-gulung panjang, ombak besar: laut mengganas dgn ~; ~nya membukit berlapis-lapis; ~ dua belas Mn sj tarian pedang; 2. = riak ~ Id aliran getaran yg bergerak dlm satu perantaraan (eter dll): radio Malaysia disiarkan melalui ~ pendek 49 meter; 3. gerakan (tindakan dsb) yg dilakukan berturut-turut (serangan tentera, tunjuk perasaan, dll): ~ pertama kapal-kapal terbang pengebom sudah berangkat; 4. gerakan atau aliran (manusia dll) dlm kumpulan yg besar, dan meliputi kawasan yg luas: ~ pertama manusia yg dipanggil oleh Heine Gelden, seorang ahli prasejarah sbg `Proto Malaya`; ~ elektromagnet (Fiz) gelombang tenaga yg dirambat dlm medan elektromagnet;  

bagai ~ dua belas prb hebat (pendekar apabila menarikan pedang); sama naik bak ~, sama turun bak ke pencong prb dua hal atau kejadian yg sama keadaannya;  

bergelombang 1. = menggelombang berombak panjang-panjang, mengombak; 2. berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan, dll): serangan-serangan itu datang ~-gelombang.  

gelomor; menggelomor
mengotorkan, mencemari
gelompar; menggelompar
melompat, meloncat (cepat)
gelondeng
(gelondéng) Tr melekat kuat
geloneng

(gelonéng) sj gong kecil dlm permainan gamelan

gelong
Kd 1. (barisan dll) yg tidak betul; 2. tidak waras (bagi manusia)
gelonggang

tali leher (utk anjing dll), kalung

gelonggong
Kl 1. = bergelonggong berlubang (spt nyiur yg ditebuk tupai dll); 2. lubang tempat ikan tinggal (dlm sungai dll); 3. bukan perawan lagi (perempuan)
gelongsong → kelongsong
gelongsor

cerun licin drpd kayu dsb, tempat seseorang atau sesuatu meluncur turun; 

menggelongsor menggeluncur (di atas lantai licin dll), meluncur turun (dr pohon, tiang, dll), menggelincir

gelontor; menggelontor
1. menyimbah dgn banyak air (supaya hanyut); 2. bk minum banyak-banyak
gelopak; menggelopak
Terkelopak, terkelupas, terlelas (kulit kayu dll.)
gelora

1. ombak yg melambung hebat, air laut yg bergelora dgn hebat, banjir besar; 2. = musim ~ musim hujan dan badai, musim air bah; 3. perasaan yg bergolak (tidak tenang); ~ hati perasaan hati yg bergolak-golak;  

bergelora, menggelora 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~;  

menggelorakan membangkitkan, mengobarkan (semangat dll), menaikkan perasaan

‹ First  < 32 33 34 35 36 >  Last ›