Rabu, 1 Juli 2026   |   Khamis, 15 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 6.757
Kemarin : 24.405
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 34 35 36 37 38 >  Last ›
geluncuran
gerakan meluncur turun (pd permukaan yg curam dsb): tasik terbentuk melalui berbagai-bagai proses, antaranya melalui hakisan spt ~ air batu.  
gelundang
Tr cair
gelung I

1. lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal (rambut dll); sanggul ~ kondai, sanggul;  

bergelung melengkung, berlngkar: ular ~; dawai yg ~ itu mesti diluruskan sebelum dipakai;  

menggelung 1. melengkung hingga menjadi gelung (rotan dll); 2. membuat sanggul;  

menggelungkan melingkarkan, melengkungkan;  

tergelung-gelung terlingkar-lingkar; 

gelungan lingkaran (dawai, rotan, dll).  

gelung II
Kd kumpulan (orang jahat dll). 
gelung III
Kl 1. bendang (petak-petak); 2. lorong bencah, jalan sempit
gelung IV
Kl harapan, gamak (menjadi sesuatu dll). 
gelungan
lingkaran (dawai, rotan, dll).  
geluntur
cacing besar dan merah warnanya
gelup I; menggelup
gugur atau tanggal (gigi)
gelup II

bekas air spt mangkuk kecil, sangku

gelupar → gelupur
gelupas; menggelupas
terkelupas (kulit, cat, dll), terlelas
gelupur; menggelupur
bergerak-gerak sambil memukul-mukulkan sayap dll (ayam berlaga dll), menggelepar; gelupar, kelupur
gelusang
gelosok-~ memulas (menggosok) keras-keras; gelosok
gelut I

gomol, gulat, perkelahian pura-pura (budak-budak dll); adu ~ perlawanan bergomol;  

bergelut 1. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan (spt orang bergusti), bergomol, bergulat, bergusti (utk menunjukkan kekuatan seseorang dll); 2. berkelahi: ia luka kerana ~ dgn tiga orang perompak; 3. bertungkus-lumus atau bergiat dgn hebatnya (melakukan atau mencuba mengatasi sesuatu), bertarung (bertentangan, bersaingan, dsb): suatu fakta penting utk penghidupan dlm dunia yg ~ dan berlumba-lumba ini; ~ dgn maut; bagai tupai ~ prb perihal kehebatan langkah dll seorang pendekar;  

menggelut memeluk hendak menghempas (menggulingkan dll);  

pergelutan 1. perihal bergelut, perlawanan bergelut; 2. perkelahian; 3. usaha atau kegiatan bertungkus-lumus, pertarungan: mereka membawa pulang bukan sahaja oleh-oleh malah kegigihan yg ditimba drpd ~ menyara hidup.

gelut II
Pr giat mengerjakan sesuatu, sibuk
geluyur → keluyur
gem (gém)
tamat, selesai (permainan dll), menang
gema

1. bunyi yg berbalik, gaung, kumandang: kelawar tidak boleh melihat dlm gelap, tetapi ia membuat suara-suara, dan ~ suara-suara inilah yg menyebabkan ia tidak terlanggar pd apa-apa; 2. ki kejadian sbg akibat suatu kejadian lain: ~ drpd ceramah Profesor Teeuw tempoh hari masih belum habis lagi;  

bergema, menggema bergaung, berkumandang, bertalun: suara radio ~ di dlm ruangan itu;  

menggemai membuat gema pd: suara azan ~ seluruh daerah itu;  

menggemakan menjadikan bergema

gemai
Kd padi yg diketam, diikat-ikat, dan diirik
‹ First  < 34 35 36 37 38 >  Last ›