Ditemukan : 1622 Record
geraguk I → geragau II
geraguk II
panggilan utk orang keturunan Feringgi
gerah I
Jw berasa panas badan (kerana hari hendak hujan)
gerah II
Kl kemalangan, kecelakaan, nahas
gerahak
sj ikan darat, bergahak, Belodonticythys dinema
geraham
gigi kisar yg bulat atau rata permukaannya yg terletak di belakang gigi kacip dan gigi taring;
~ besar geraham yg terletak di belakang sekali; ~ bongsu geraham yg tumbuh akhir sekali; ~ kecil geraham yg di depan geraham besar
gerai (gérai)
Mn; tergerai terurai (rambut)
gerai I
1. sl pelamin (tempat mempelai bersanding); 2. balai-balai (tempat duduk atau tidur), bangku; 3. bangku (meja) tempat menjual barang, kedai (kecil): ~ surat khabar dan buku-buku.
gerai II; menggerai
menggali, mengorek;
penggerai sj penggerek, gerudi
gerak
1. perpindahan tempat, lwn diam: dgn ~ yg lemah spt orang kehabisan tenaga ia berjalan perlahan-lahan; 2. denyut, kenyat-kenyut: ~ nadinya berhenti dgn tiba-tiba, dia telah menghembus nafas terakhir; 3. alamat, petanda, gelagat (denyut pd mata dll): janganlah tuanku bersusah hati, jikalau adinda hendak berputera datanglah ~ kpd patik; 4. = ~ batin = ~ hati dorongan hati, perasaan hati; 5. kehendak (Allah): entah hilang anakanda di laut lepas, ~ Allah siapa tahu; ~ badan Id olahraga, sukan; ~ gempa a) goyang gempa, gempa bumi; b) sj cucuk sanggul yg bergerak-gerak; ~-gerayu bergetar (pd hujung); ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak (badan); b) = ~ langkah = ~ laku tingkah laku; ~ jalan Id latihan berjalan bersama-sama sbg sukan; pasukan ~ cepat Id pasukan tentera yg mudah dipindah-pindahkan;
segerak (Fiz) berlaku pd masa yg sama;
menyegerakkan (Fiz) menjadikan dua atau lebih peranti, alat, dll berfungsi atau bergerak pd masa yg sama;
penyegerakan proses menyegerakkan alat, peranti, dll.
bergerak 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu;
menggerakkan 1. menjadikan atau mengakibatkan bergerak (bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dsb); ~ kepala menggoyangkan kepala; 2. menjadikan aktif (dapat bergerak atau bertindak, hidup dan berfungsi, dsb), menjadikan mampu mencapai kejayaan atau perkembangan: tiap-tiap peristiwa yg ada itu, berperanan tegas utk ~ cerita; ia amat percaya bahawa seni mempunyai tugas penting utk ~ tenaga masyarakat; 3. membangunkan (drpd tidur);
~ enjin menjalankan enjin; ~ hati membangkitkan hati, membuat hati (orang) kurang senang; ~ minat menambah minat; ~ pasukan memindahkan (memajukan dll) pasukan; ~ rakyat menaikkan semangat rakyat;
tergerak bergerak dgn tiba-tiba, telah digerakkan;
~ hatinya timbul perasaan atau keinginan; ~ di hati = ~ dlm hati timbul perasaan dlm hati;
gerakan 1. hasil bergerak, perbuatan bergerak: ~ bumi; ~ tentera; 2. usaha, kegiatan: ~ hendak menghapuskan buta huruf; bilik ~ bilik tempat mengendalikan sesuatu usaha (kegiatan dll); ~ bawah tanah gerakan sulit utk menjatuhkan kerajaan dll; 3. = pergerakan;
pergerakan kebangkitan (utk memperjuangkan sesuatu): ~ kaum ibu;
penggerakan perihal (perbuatan dsb) menggerakkan;
penggerak galakan (tenaga dll) utk menggerakkan, faktor (unsur, individu, dll) yg menggerakkan: jelas kpd kita bahawa Islam telah memainkan peranan yg penting sbg ~ kpd manusia utk mencapai kemajuan; Abdul Aziz H.M. seorang ~ teater.
gerak balas (Bio)
sesuatu yg berlaku (spt gerakan) akibat pendedahan kpd sesuatu rangsangan: perubahan arah daun itu menunjukkan ~ positiftumbuhan hijau terhadap matahari; ~ cahaya (matahari) gerak balas yg rangsangannya ialah cahaya (matahari);
bergerak balas bertindak balas secara positif: pesakit ~ terhadap rawatan.
gerakak
Kl ketawa kanak-kanak yg masih kecil.
geram
1. marah, panas hati, sakit hati: ia menjadi semakin ~ mendengar anaknya berani menjawab; 2. suka atau cinta (tetapi seakan-akan benci), gemas: amboi, bijaknya budak itu, ~ aku menengoknya; turut hati yg ~, hilang takut timbul berani prb kerana marah hilang takut;
menggeram 1. menjadi geram; 2. menyukai atau mencintai (tetapi seakan-akan benci): ia menciumi budak itu di mana-mana sahaja yg digeramnya; 3. berbunyi menderum (harimau dll), menderam: orang kampung berasa takut apabila mendengar harimau ~ pd waktu malam;
menggeramkan menyebabkan geram, membangkitkan geram;
kegeraman 1. perihal geram; 2. berasa (menjadi) geram: kakaknya terjerit-jerit ~.
geraman
Mn geraham
geramang
terperanjat, gamang, gugup, gamam
gerambel (gerambél)
Tr banyak
geramsut, geramut
sl sj kain yg dibuat baju sadariah
geramung
sj tumbuhan (pokok), akar belalang puak, Pittosporum ferrugineum
geran
surat hak milik tanah;
~ besar geran bagi tanah dlm bandar atau tanah di luar bandar yg lebih drpd 4 hektar luasnya; ~ hidup geran bagi tanah yg dimiliki utk jangka yg tertentu; ~ kecil geran utk tanah di luar bandar yg lebih kecil drpd 4 hektar dan dimiliki selama-lamanya; ~ merah geran bagi tanah dlm kawasan simpanan Melayu;
~ putih geran bagi tanah di luar kawasan simpanan melayu
gerang I
sl agaknya, rupanya: maka pd hatinya, sebab orang muda ini ~ padi kita berbuahkan emas; → gerangan
|