Kamis, 2 Juli 2026   |   Jum'ah, 16 Muharam 1448 H
Pengunjung Online : 205
Hari ini : 8.698
Kemarin : 24.405
Minggu kemarin : 251.743
Bulan kemarin : 7.211.288
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1622 Record
‹ First  < 43 44 45 46 47 >  Last ›
gentel (géntél)

pil (ubat), butir, until, gelintir;  

menggentel, menggenteli membulat-bulatkan (dgn hujung jari)

gentian

serat, serabut (pd sabut, daging manusia, dll);  

~ asli = ~ semula jadi gentian drpd bahan mineral (spt asbestos), tumbuhan (spt kapas) atau haiwan (spt sutera), lazimnya dibuat tenunan; ~ buatan = ~ sintetik gentian drpd bahan spt nilon, kaca, karbon, dan polimer yg berat molekulnya tinggi; ~ kaca (Fiz) gentian yg diperbuat drpd filamen kaca yg halus-halus (bergaris pusat antara 5 hingga 10 mikrometer); ~ karbon (Fiz) gentian drpd benang-benang tekstil (spt rayon) yg dibakar utk menghasilkan bahan yg lebih kukuh;~ rami serat rami; ~ saraf serat saraf. 

genting I

1. kecil (sempit) di tengah-tengah: pinggangnya ~; 2. = ~ tanah tanah yg sempit antara benua dan semenanjung dll; 3. = ~ bukit jalan di celah bukit: Kabul ada jalan raya melalui ~ Khyber yg menghubungkan bandar itu dgn Peshawar; 4. sudah halus hingga hampir putus (tali dll); 5. tegang, berbahaya (mungkin akan pecah perang dll), meruncing: perhubungan antara kedua-dua negara itu ~;  

~ menanti putus, biang menanti tembuk prb Mn perkara yg hampir selesai; ~ putus, biang tembuk prb Mn perkara yg telah putus dan tidak dapat diubah lagi;  

menggenting 1. menjadi genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menjadi genting (tegang), menegang: perhubungan mereka semakin ~;  

menggentingkan 1. menyebabkan genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menyebabkan genting (tegang), menegangkan; 

kegentingan perihal atau keadaan genting, ketegangan;  

pergentingan tempat yg genting, genting; manahan jerat di ~ prb mencari keuntungan drpd kesukaran orang; 

penggentingan perihal atau perbuatan menggentingkan

genting II
kepingan yg leper atau melengkung utk mengatapi rumah; atap ~ atap drpd genting; ~ kodok Id sj genting tebal
gentis; menggentis
memetik pucuk tanaman dll dgn hujung jari
genu
Kl 1. papan yg menutup hujung papan lantai dan dinding; 2. bahagian berhias atau berukir pd kepala katil
genus (génus)
kumpulan benda hidup spt haiwan atau tumbuhan yg terdiri drpd spesies yg mempunyai beberapa ciri yg serupa: ~nya perlu ditentukan terlebih dahulu; lalat tsetse adalah drpd ~ Glossina
genyeh (gényéh); menggenyeh
menggosok-gosok (mata dll supaya hilang gatal)
genyi
Pr tertahan nafsu utk makan (kerana kotor, melihat najis, dll), jijik, mual
genyit → kenyit
genyut
genyang-~ herot, tidak selari (baris dll), bengot
geodesi (géodési)
(Geo) cabang ilmu geologi yg mengkaji dan menentukan kedudukan sebenar, bentuk, dan saiz bumi
geofizik (géofizik)

cabang geologi yg menggunakan ilmu fizik utk mengkaji sifat-sifat bumi, termasuk meteorologi, oseanografi, dan seismologi

geografi (géografi)
sains tentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi, termasuk topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan, dan gerak balas manusia terhadapnya, ilmu alam
geokimia (géokimia)
sains yg mengkaji komposisi kerak bumi dan perubahan kimia yg dialaminya
geologi (géologi)
sains tentang asal usul, sejarah, struktur, dan komposisi bumi, kaji bumi 
geometri (géométri)
cabang matematik yg berkaitan dgn ukuran, sifat-sifat hubungan titik, garis, sudut, permukaan, dan bongkah
geopolitik (géopolitik)
kajian tentang kesan faktor-faktor geografi terhadap politik (terutama politik antarabangsa), geografi politik
geotropisme (géotropisme)
(Bio) gerak balas bahagian tumbuh-tumbuhan terhadap rangsangan graviti
gepeng (gépéng)

Jw pipih (kerana dipukul dll), penyek; bulat ~ bulat pipih;  

gepengan benda yg pipih

‹ First  < 43 44 45 46 47 >  Last ›