Rabu, 10 Juni 2026   |   Khamis, 24 Dzulhijah 1447 H
Pengunjung Online : 1.439
Hari ini : 19.773
Kemarin : 25.426
Minggu kemarin : 227.151
Bulan kemarin : 9.252.016
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 610 Record
‹ First  < 29 30 31
hurufiah
 harfiah
hurui
Kd; menghuruimenganginkan padi utk mengasingkan hampasnya
hurung I → urung
hurung II; berhurung

berkerumun, berkumpul  

ramai-ramai atau banyak-banyak;  

menghurung mengerubungi, mengerumuni: semut ~ manisan. 

hus, husy
bp, sr kata utk menyatakan rasa kesal dll
husar

 askar (pasukan, tentera) berkuda

huskot
sj gaun (pakaian di rumah bagi perempuan)
hutan

1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan;  

~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua;  

~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa gunanya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil manfaat daripadanya;  

menghutan menjadi hutan, ditumbuhi pokok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi;  

menghutankan menjadikan (daerah, kawasan, dll) hutan: tanah bekas ditanam tembakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali;

kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) berkenaan hutan; pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja yg berkaitan dgn hutan;  

hutanan peliharaan dll hutan;  

penghutanan usaha (kegiatan dsb) menanami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan. 

hutang

1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayarannya ditangguhkan; membayar ~ mengembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajipan (perasaan berkewajipan) membayar balik sesuatu yg diterima;

~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat pengakuan hutang;  

~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya;  

berhutang mempunyai hutang (kpd), meminjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang;  

~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (terselamat oleh pertolongan orang);  

menghutangkan, memperhutangkan meminjamkan wang atau benda kpd seseorang;  

terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas);  

hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id † orang yg berhutang;  

perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id † orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang);  

penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jaminan utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajipan atau gagal membayar kembali pinjamannya. 

huyung; terhuyung-hayang, terhuyung-huyung
bergerak-gerak (bergoyang-goyang dsb) ke kiri dan ke kanan (spt orang mabuk dsb): petinju itu ~ apabila kena tumbukan yg kuat drpd lawannya; berjalan ~ berjalan (tetapi) spt hendak rebah (tidak tegak tubuh).      
‹ First  < 29 30 31