Ditemukan : 610 Record
humanisme
1. sifat perikemanusiaan; 2. faham (pendirian, sistem, dsb) yg mengutamakan nilai-nilai, kepentingan, dan maruah manusia (dan tidak mementingkan nilai-nilai atau kekuasaan lain)
humanistik
bersifat kemanusiaan
humban I
= ~ tali = penghumban alat drpd tali utk melontarkan batu;
menghumban 1. melontarkan batu dgn humban; 2. melontar jauh-jauh, melempar: maka dihumban oleh gajah akan orang yg di atas kandang itu;
menghumbankan melontarkan, melemparkan: diambil pula batu berat sepikul dihumbankannya ke kepala Awang;
terhumban terjatuh dgn kuat, tercampak
humban II; menghumban
melarikan diri; → humbas
humbas; menghumbas
melarikan diri dgn cepat; dihumbasnya lari lari dgn cepat; humban II
humor
1. keadaan hati (gembira, sedih, marah senang, dll); 2. kebolehan menyatakan sesuatu yg menggelikan hati; 3. sesuatu yg menggelikan hati dlm cerita dll, kelucuan: ia hanya tahu tertawa dan menyaksikan ~ pd manusia
humus
bahan organik pd lapisan tanah atas berwarna hitam yg kaya dgn nutrien yg terhasil drpd tumbuhan dan haiwan yg reput: jika tanah itu dicampur dgn baja ~, maka semua tumbuhan akan menjadi subur;
berhumus ada humusnya: oleh sebab gemburnya tanah ~ ini, maka air yg kita siram itu tidak cepat turun.
hun
1. ukuran berat yg bersamaan dgn seperatus tahil (sepersepuluh ci atau 6.48 gm); 2. ukuran panjang yg bersamaan dgn seperlapan inci atau 3.1 milimeter
huna
(Sanskrit) rumah berhala, tokong
hungap; menghungap, terhungap, terhungap-hungap
bernafas dgn cepat dan kembang kempis, terengah-engah (selepas berlari dll)
hungas
Pr lari dgn kuat (kerana takut dsb), cabut lari
huni; berhuni
ada didiami orang, berpenduduk: kami tahu rumah itu ~ kerana adanya cahaya lampu;
menghuni 1. mendiami, menduduki: mengapa ia mesti ~ negara yg serba asing ini?; kalau ahli bait pergi kenduri atau ke rumah orang kematian, dialah yg disuruh ~ rumah; 2. = menghunikan mengawasi, menjaga, menunggui: betul saya lihat dia di sana, menghunikan dan menyapu-nyapu kedai induknya;
penghuni 1. orang dll yg mendiami (rumah dll): rumah itu berkunci, ~nya tidak ada; mereka menjadi ~ rimba dgn dada yg mengandungi bara; 2. hantu penunggu;
~ dunia manusia (binatang dll) yg mendiami dunia ini; ~ kampong penduduk kampung;
berpenghuni mempunyai penghuni: rumah itu tidak ~.
hunjam; menghunjam
1. terjun atau turun dgn kepala dahulu, menjunam, menukik: ada yg ~ dan ada pula terbang begitu sahaja; 2. menikam (menusuk, menancap) lurus dr atas ke bawah, masuk (menancap) lurus ke bawah: turus-turus pagar itu dihunjam kemas-kemas ke tanah; akar yg ~ ke dlm tanah; 3. ki telah meresap (ke dlm hati), telah mendalam benar (ke dlm hati): rasa kasih sayangnya sudah ~ benar ke dlm hati sanubarinya;
menghunjamkan 1. menjunamkan, menukikkan: ~ layang-layangnya menuju ke tanah; 2. menikamkan (menusukkan) lurus dr atas ke bawah, memancangkan (menancapkan) lurus ke dlm tanah dll: dihunjamkan lembingnya ke perut binatang itu; ~ galah ke dasar sungai; ~ lutut nan dua Mn berlutut;
terhunjam 1. (kepalanya dll) tertanam ke dlm tanah, terpacak, terpancang, tertancap (ke dlm tanah): akar umbinya ~ jauh ke dlm bumi; 2. (bkn perasaan) tertanam: kalau perasaan begini yg ~ di dlm hati sanubari, alamat dunia akan celaka;
hunjaman tusukan: teman-temannya bagai mahu menelanku dgn ~ pandangan mata yg menyala.
hunjang
Kl; menghunjang menancapkan, memancangkan (tiang dll) ke dlm tanah
hunjin
C wang yuran
hunus; menghunus
mencabut atau menarik keluar (keris, pedang, pisau, dll) dr sarungnya: ~ keris; ~ cincin mengeluarkan cincin dr jari;
terhunus telah sedia tercabut (dr sarungnya): memegang pedang yg ~.
hurai; menghurai
menjadi lepas terbuka (berjurai dsb), menjadi (berada dlm keadaan) tidak terikat (tersimpul, berjalinan, bertaut, dsb), mengurai: rambutnya yg berkilat dan panjang itu ~ ke hadapan;
menghuraikan 1. membuka simpul atau ikatan (tali, bungkusan, dsb), menguraikan: ketika ~ tali itu dia teringat hendak memberi minum lembu itu; maka Hang Jebat pun minta huraikan balut lukanya; 2. memisahkan (menceraikan) bahagian-bahagian sesuatu utk menjelaskannya dsb; ~ ayat mencerai-ceraikan bahagian ayat (mengikut fungsi kata-katanya, atau jenis kata-katanya); 3. membentangkan dan menerangkan (kedudukan, masalah, kebaikan, atau keburukan sesuatu) dgn panjang lebar dan teratur: Menteri Kewangan ~ kedudukan ekonomi negara; Profesor Hegesus terus ~ bahaya-bahaya drpd Rancangan Marshall; ~ hikmat ibadat puasa; 4. memecahkan (sesuatu masalah, persoalan, dsb) sbg usaha mencari penyelesaian: “Soal tanah dan kemiskinan tak dapat dihuraikan dgn undang-undang,” katanya;
terhurai 1. (berada dlm keadaan) tidak lagi terikat (tersimpul, berjalin, dsb), sudah lepas terbuka (berjurai dsb), sudah dihuraikan, terurai: seorang perempuan muda, rambutnya ~, tunduk ke tanah; ikatan itu ~; 2. sudah dibentangkan (dipaparkan) dan diterangkan dgn teratur (bkn sesuatu perkara, kedudukan, masalah, dll);
huraian 1. keterangan yg (agak) panjang lebar lagi teratur (utk menjelaskan sesuatu perkara, kedudukan, masalah, pendapat, dll): disediakan juga dlm buku ini ~ tentang cara menulis dan memahami karya sastera, baik sastera lama ataupun sastera moden; jawab soalan-soalan di bawah ini dgn ~ atau perbincangan yg mengandungi kira-kira 100 hingga 150 perkataan tiap-tiap satu; >b>2. hasil menghuraikan, hasil drpd yg dihuraikan, kesimpulan: kerana orang-orang yg melakukan kesalahan itu selalunya terlepas drpd dihukum oleh kekurangan keterangan, maka satu-satunya ~ ialah membunuh lanun-lanun itu pd masa kejadian;
penghuraian perihal (usaha dsb) menghuraikan: soal ini agak rumit dan hanya dapat dibuat suatu ~ secara ringkas dan umum; → urai.
hupo
sj burung, Upupa epops
huru-hara
1. dlm keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yg aman akan ~ akibat hasutan drpd anasir-anasir komunis; 2. dlm keadaan kelam-kabut (tidak keruan dsb): dia bimbang kalau diisytiharkan pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dgn tidak tentu tujuan: janganlah ~ ke sana ke mari dgn kawan-kawan pd waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dlm tahun 1990-an;
menghuru-harakan 1. menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan: gerila-gerila komunis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; 2. menyebabkan huru-hara, menjadikan (keadaan) kelam kabut: kekecohan itu telah ~ mereka;
kehuru-haraan keadaan yg huru-hara, kekacau-bilauan: ~ di negara itu telah menjejaskan kedudukan ekonominya.
huruf
lambang dlm sistem bunyi (bahasa) yg daripadanya sesuatu perkataan dlm tulisan dibentuk, lambang-lambang abjad, aksara; buta ~ tidak tahu membaca dan menulis; mata ~ huruf satu demi satu; tahu mata ~ = celik ~ tahu membaca dan menulis; menurut ~ (bkn terjemahan) kata demi kata, harfiah;
~ awal (pangkal) huruf yg pertama pd sesuatu perkataan; ~ balok Id huruf tegak yg tidak bersambung (spt huruf cetak); ~ benar konsonan; ~ besar huruf besar digunakan utk menulis pd permulaan perkataan (pd permulaan ayat, nama orang atau tempat, dll); ~ cap huruf tegak yg tidak bersambung; ~ cetak huruf yg biasa dipakai dlm buku, risalah, dsb yg dicetak; ~ hidup = ~ bunyi = ~ harakah = ~ saksi vokal; ~ jawi huruf Arab utk menulis kata-kata Melayu; ~ kawi = ~ wingi tulisan Jawa Kuno; ~ kecil huruf yg biasa dipakai (lwn huruf besar); ~ lepas huruf yg tidak disambungkan (dirangkai-rangkaikan); ~ mad Ar huruf-huruf (alif, wau, dan ya) sbg tanda bacaan yg panjang; ~ mati huruf benar; ~ miring huruf cetak yg ditulis miring; ~ ringkas kependekan (spt KL utk Kuala Lumpur); ~ Rumi (Rumawi) huruf spt yg digunakan dlm tulisan rumi bahasa Melayu (yakni A, B, C, D, dan seterusnya); ~ sambung huruf yg dirangkai-rangkaikan; ~ tebal huruf cetak yg tebal dakwatnya; ~ tulis huruf yg biasa dipakai dlm tulis-menulis;
berhuruf memakai huruf, yg ditulis dgn huruf: buku yg ~ Rumi;
penghurufan proses, perbuatan, seni, atau cara menulis huruf pd sesuatu
|