Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.376
Hari ini : 22.875
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
 < 1 2 3 4 >  Last ›
jabir I; berjabir-jabir
 1. cobak-cabik, bercabiran, koyak-koyak; 2. Id longgar terkulai-kulai (bkn baju yg longgar)
jabir II
Kl tempat mengisi barang-barang (dibuat drpd kain, mengkuang, plastik), raga, bakul
jabu I
Kd; berjabuberkepul (abu, asap)
jabu II

jabu II   Kl bulu;  

berjabu berbulu, berserabut

jabun
1. belukar, semak; 2. daun pokok (yg lebat)
jabung I
sj perekat yg dibuat drpd gambir dan damar (digunakan utk melekatkan keris pd hulunya), gala-gala, pakal
jabung II → jebung
jadah
haram ~ a) anak yg lahir drpd ibu dan bapa yg tidak berkahwin, anak haram, anak luar nikah; b) bp kata makian (selalunya utk menunjukkan kemarahan): apa ~nya yg dia menyibuk itu? c) kata makian
jadam I
sj ubat berwarna hitam yg digunakan utk perut (dibuat drpd kayu gaharu atau daun lidah buaya)
jadam II
campuran logam yg berwarna biru tua atau hitam (digunakan utk melekatkan atau melapiskan perak)
jadar I
Kl merempuh, menyerbu
jadar II
sj tumbuhan (pokok besar), mempari, Melletia hemsleyana
jadi I

1. (sebenarnya) berlaku, sebenarnya (benar-benar) melakukan sesuatu, berlangsung: Ali ~ pergi ke Ipoh; 2. berhasil, berjaya: akhirnya ~ juga pekerjaan itu; 3. selesai (dikerjakan); tidak ~ gagal, tidak berhasil; 4. lahir, dilahirkan; hari ~ a) hari dilahirkan; b) Id hari natal (Krismas); sejalan ~ saudara seibu; semula ~ sejak lahir (bkn bakat dll); 5. = jadinya kerananya, kerana itu: ibunya sakit, ~ terpaksalah dia pulang; 6. = jadilah (ber)setuju: dia ~ hendak membeli tanah itu dgn harga yg ditetapkan; kalau begitu, ~; 7. bertukar kpd: sepatutnya boleh sampai ke rumah dlm masa setengah jam, tetapi sekarang sudah ~ dua jam; 8. sudah siap (dibuat), sudah selesai: baju yg sudah ~ ;  

boleh ~ mungkin, barangkali;  

~ alas cakap = ~ pelapik kaki prb hadiah (sagu hati) yg diberi kpd seseorang yg telah berjasa; ~ air mandi prb perkara yg sudah menjadi kebiasaan; ~ bapa kuda prb orang lelaki yg suka berkahwin di sana sini dan bersenang-senang tanpa membuat sesuatu pekerjaan; ~ bumi langit prb orang yg sangat diharapkan; ~ dinding tasak peti manian prb orang yg menjadi harapan raja; ~ kuda beban prb orang suruhan; ~ penghubung kaki tangan = ~ penghubung mata telinga prb tempat harapan yg selalu memberi pertolongan; ~ penghubung hujung lidah (mulut) prb orang yg menyampaikan pesanan seseorang; ~ teluk olakan air prb perdebatan yg hanya berkisar pd satu masalah; lubuk ~ pantai, pantai ~ lubuk prb nasib manusia itu tidak tetap, adakalanya senang, adakalanya susah;  

sejadinya asalnya (semula jadi): akal manusia dgn keadaan ~ mengandungi sebahagian drpd makrifat semula jadi;  

sejadi-jadi, sejadi-jadinya sekuat-kuatnya, sekeras-kerasnya: berteriak ~ ;  

menjadi 1. utk dikenali (diiktiraf, dianggap, dll) sbg, utk memegang jawatan (peranan dll) sbg: dia terpilih ~ ratu kebaya; dilantik ~ pengerusi jawatankuasa; 2. bekerja (berlaku, bertindak, memegang jawatan, dll) sbg: dialah yg ~ ketua dlm kumpulan itu; 3. bertukar atau beralih kpd sesuatu keadaan (bentuk dll): tempat yg kesibukan itu ~ lengang selepas pergaduhan itu; air yg tadinya jernih, kini ~ keruh; 4. berjaya spt yg diharap-harapkan: dia begitu bangga sekarang kerana anak-anaknya semuanya ~, dua orang menjadi doktor, dua orang guru, seorang peguam, dan seorang lagi pengurus bank; 5. menjelma sbg;  

menjadi-jadi, berjadi-jadi bertambah-tambah (banyak, besar, hebat, keras, dll): setelah kena hujan demamnya ~;  

menjadikan 1. membuat: mereka bersorak-sorak, ~ suasana hingar-bingar; 2. menyebabkan: kelakuan beginilah yg selalu ~ orang tua kamu susah; 3. menimbulkan: kelewatan penyanyi itu telah ~ keadaan huru-hara; 4. mencipta, mewujudkan: Tuhanlah yg ~ alam semesta ini; 5. mengangkat (memilih) sbg: majikannya telah ~nya pengawas perusahaan itu;  

terjadi (sudah) berlaku (dibuat, dijadikan, dll): kebakaran itu ~ disebabkan oleh kerosakan elektrik; ~ drpd Id terdiri (terbentuk) drpd: bahan itu ~ drpd beberapa unsur;  

jadi-jadian, jadian 1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (terutamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~;  

kejadian 1. perkara yg berlaku, peristiwa: polis telah menyiasat ~ itu; 2. perihal terjadinya atau dijadikan, kelahiran: ~ langit dan bumi; ilmu ~pengetahuan utk mengenal tumbuh-tumbuhan dan hidup-hidupan; 3. Id (sudah) berlaku, terjadi: hal itu boleh ~ pd setiap orang; hal-hal yg ~ di merata tempat;  

penjadian perihal (proses) menjadikan, penciptaan, pewujudan;  

penjadi † orang dll yg membuat (menjadikan) sesuatu

jadi II

bintang ~ gugusan bintang yg kesepuluh (Capricornus) dlm zodiak (bintang dua belas); garisan ~ garisan yg terletak 231/2° di sebelah selatan dan selari dgn khatulistiwa

jadi-jadian, jadian
1. manusia yg boleh mengubah dirinya menjadi binatang (terutamanya harimau): harimau ~; ilmu ~ ilmu yg membolehkan seseorang itu mengubah diri menjadi binatang dll; 2. nampak tidak spt yg sebenarnya: bunga ~. 
jadual

  1. daftar atau senarai fakta (keterangan dll) yg tersusun biasanya dlm bentuk lajur; 2. susunan acara atau perkara-perkara yg diatur mengikut masa yg ditentukan: menurut ~, persidangan itu akan diadakan pd pertengahan bulan November ini;

~ berkala (Kim) susunan unsur-unsur mengikut tertib pertambahan nombor atom, dgn unsur yg mempunyai sifat kimia yg serupa ditempatkan dlm kumpulan yg sama (ada lapan belas kumpulan mengikut susunan menegak dan tujuh kala mengikut susunan mendatar); ~ waktu susunan perkara-perkara (mata pelajaran di sekolah dll) mengikut waktu (jam dan hari);  

berjadual berperancangan (dr segi tempoh melaksanakan sesuatu): sukar bagi kita mengawal pelaksanaan kerja yg tidak ~;

menjadualkan 1. membuat jadual (waktu dll); 2. menentukan waktu (utk mengerjakan sesuatu): kursus itu dijadualkan bermula pd minggu depan;

penjadualan perbuatan (kerja, tindakan) menjadualkan (membuat jadual); 

penjadual 1. orang yg menyediakan jadual; 2. alat pd mesin taip yg digunakan utk menyusun data dlm lajur. 

jae (jaé)

Id halia, Zingiber officinale

jag

bekas (biasanya bertangkai dan berbibir) utk mengisi air dsb

jaga

1. dlm keadaan tidak tidur atau sudah bangun (drpd tidur): kanak-kanak itu masih ~; semalam suntuk saya ~; 2. kawal, awasi (supaya sesuatu tidak hilang dll): Ali, engkau ~ baik-baik barang itu! ~ malam berkawal (pd waktu malam); rumah ~rumah tempat orang berkawal; wang ~ Id wang cadangan (wang yg disimpan utk digunakan apabila kekurangan wang dsb); 3. orang yg berkawal (mengawas): seorang ~ tercegat di depan bank itu; ~ kereta bp atendan letak kereta; 

berjaga 1. tidak tidur (kerana sesuatu hal, sakit, dsb): Ahmad ~ hingga ke pagi; 2. berawas: pihak polis sedang ~ di kawasan perompakan itu;  

berjaga-jaga 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (perkahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengahwinkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu;  

menjaga 1. mengawal, mengawas: Parlimen ~ dan mengawal bagaimana wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; tembok itu dibina utk ~ bahaya bah; 2. memelihara, membela, mengasuh: dia ~ ketiga-tiga orang anaknya; 3. memberi perhatian kpd, memelihara: tiap-tiap orang patut ~ kesihatan dirinya sendiri; 4. berikhtiar atau berusaha (supaya): kita mestilah ~ bersungguh-sungguh supaya perkara spt itu tidak akan berlaku lagi;  

menjagakan membangunkan (drpd tidur), menggerakkan: ibu ~nya pd pukul enam pagi;  

terjaga 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur katanya ~ ;  

jagaan 1. pengawasan, kawalan: orang itu masih dlm ~ polis; 2. peliharaan, belaan: budak itu di bawah ~nya;  

kejaga-jagaan tidak dapat tidur semalam suntuk; 

penjagaan hal atau perbuatan menjaga; 

penjaga 1. orang yg mengawas (mengawal, memberi perlindungan, dll): sekolah itu sudah dibuka oleh ~nya; 2. penunggu, hantu (atau makhluk halus) yg menunggu sesuatu tempat (spt pohon, batu, sungai, dll): orang kampung itu percaya bahawa pohon besar itu ada ~nya; 3. orang yg sangat cermat (berhati-hati); 4. † wang jaga-jaga

jagabaya

Jw † pegawai keamanan kampung

 < 1 2 3 4 >  Last ›