Ditemukan : 1135 Record
julung II; julung-julung
ikan ~ 1. sj ikan laut, Hemiramphus spp.; 2. sj ikan darat, Xenentodon canciloides
julung IV; julung-julung → jenjulung
julung-julung
mula-mula, pertama-tama; buah ~ buah yg mula-mula; ~ kali = ~ sekali † pertama sekali, mula-mula sekali, buat pertama kali
julur I
~-jalar Id keluar masuk, pergi balik;
menjulur menganjur keluar (lidah dr mulut dll), belunjur (kaki dll): ular sawa itu ~ keluar dr lubang di bawah tangga itu;
menjulurkan mengeluarkan dgn menganjurkan ke hadapan: gadis itu ~ kepalanya di tingkap;
terjulur menjulur dgn tiba-tiba, sudah dijulurkan
julur II
Mn; menjulur menjalar, merayap
jum
Pn marilah: "~ kita tidur". Ayah menghulurkan tangannya
jumaat
Ar 1. hari keenam dlm seminggu, selepas hari Khamis; sembahyang ~ sembahyang beramai-ramai (tidak kurang drpd 40 orang) pd waktu zohor di masjid (surau dll) pd hari Jumaat; 2. minggu, pekan; dua ~ dua minggu;
berjumaat bersembahyang Jumaat
jumantan, jumanten
sl zamrud
jumantara
sl langit, udara, cakerawala
jumbai
rumbai;
berjumbai, berjumbai-jumbaiberumbai-rumbai, berjurai-jurai;
berjumbaian berumbaian, berjuraian;
ada ~ air dgn .. . prb Mn ada kena-mengena dgn ...;
terjumbai terjurai; jerumbai
jumbil
gelambir
jumbul; terjumbul-jumbul
terapung-apung, terkatung-katung
jumhur
Ar orang ramai; ~ ulama kebanyakan ulama
jumjumah
Ar, sl tengkorak
jumlah
1. campuran drpd beberapa bilangan menjadi satu bilangan besar: ~ kerosakan ditaksirkan lebih drpd lima ratus ribu ringgit; 2. banyaknya, bilangannya: ~ wang yg diberi itu tidak memadai;
sejumlah 1. sebanyak (yg dinyatakan): kerajaan telah membelanjakan ~ RM3 juta utk membina bangunan itu; 2. sebilangan (yg tidak dinyatakan jumlahnya): ~ besar penduduk negara ini beragama Islam;
berjumlah mempunyai jumlah: hutangnya di kedai itu ~ dua ratus ringgit;
menjumlah membuat kira-kira campur;
menjumlahkan mencampurkan bilangan-bilangan menjadi satu: jika dijumlahkan semuanya wang itu cukup utk membeli sebuah rumah;
terjumlah 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm bilangan, terhitung: keluarganya ~ dlm golongan orang yg berada;
terjumlahkan terkumpulkan, tercampurkan; tidak ~ tidak terkira (terhitung);
penjumlahan perihal atau perbuatan menjumlahkan
jumpa; berjumpa (pergi)
menemui seseorang (di suatu tempat): mereka hendak ~ dgn Guru Besar;
menjumpai berjumpa dgn: polis ~ sebilah parang di belakang rumah mangsa pembunuhan itu;
memperjumpakan mempertemukan;
terjumpa menjumpai sesuatu secara kebetulan (tidak sengaja): kalau ~ benda-benda ganjil, jangan sekali-kali engkau ambil;
jumpaan 1. perihal menjumpai, penemuan; 2. benda yg dijumpai: suatu isotop karbon dapat menentukan tarikh fosil dan ~ purba lain;
perjumpaan perihal berkumpul atau berhimpun (dlm mesyuarat, majlis keramaian, dsb), pertemuan: ~ itu diadakan dlm suasana ramah-tamah;
penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai, penemuan
jumpalit
Jk; berjumpalit, berjumpalitan berguling-guling dgn kepala di bawah
jumpelang
1. kayu melengkung tempat berdiri kaki kerusi (supaya kerusi dapat berayun ke hadapan dan ke belakang); 2. (Kej) besi yg melengkung yg terdapat dlm jentera dll
jumpul
Jw; ikan (belanak) ~ sj ikan laut, Mugil planiceps; jempul
jumput
Jk; menjumput menjemput, memungut, mengambil
|