Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 2.355
Hari ini : 29.645
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 47 48 49 50 51 >  Last ›
jubal

 sj ikan laut, Polynemus tetradactylus

jubel
Id; berjubel, berjubel-jubel sangat penuh
jubin
kepingan (biasanya berbentuk segi empat) drpd tanah liat bakar utk menutupi dinding, lantai, dll
jublek
Jk; menjublek tercengang, tertegun
jubli
perayaan utk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa (hari perkahwinan, hari pertabalan raja, dll); ~ perak (emas, intan) perayaan memperingati ulang tahun yg kedua puluh lima (kelima puluh, keenam puluh)
jubung → jerubung
jubur → dubur
judas, judes
Jk 1. tajam mulut, suka memfitnah; 2. lekas marah, bengis
judi

permainan dgn memakai wang dll sbg taruhan (main ceki, main dadu, dll);  

~ karan sj permainan judi yg memakai kuasa elektrik (nombor ditunjukkan oleh bola yg mengenai keping-keping besi); ~ tikam ekor taruhan yg ditikam pd tiga (atau empat) angka terakhir drpd nombor loteri lumba kuda; ~ wawei sj permainan judi dgn menikam pd salah satu drpd tiga puluh enam jenis gambar binatang; main ~ = berjudi;  

berjudi bermain dgn memakai wang dll sbg taruhan: hampir tiap-tiap malam dia pergi ke kelab itu utk ~ ; menjudikan, memperjudikan 1. menggunakan wang dll sbg taruhan dlm permainan judi, mempertaruhkan: duit yg aku beri itu habis dijudikannya; 2. meletakkan dlm keadaan yg boleh menimbulkan bahaya atau mudarat, mempertaruhkan: ada golongan rakyat yg memperjudikan hidup mereka dan kewarganegaraan mereka dgn memperjuangkan ciri hidup asing dr luar; ~ nyawa;  

perjudian 1. hal atau perbuatan berjudi; 2. tempat berjudi; 

penjudian hal atau perbuatan menjudikan; 

penjudi orang yg suka main judi

judo (Jepun)
sj permainan spt gusti (utk mempertahankan diri)
judul

tajuk (karangan, majalah, buku, drama, dll): drpd ~ cerpennya sahaja sudah dapat kita menangkap isi yg hendak dikisahkannya;  

berjudul bertajuk: filem arahan Hussain Haniff yg terbaru ~ Kalung Kenangan;  

berjudulkan mempunyai sesuatu sbg judul; 

menjuduli menjadi judul kpd

juek (juék)
Mn; juek-juek; tali ~ tali-temali yg direntangkan di sawah utk menghalau burung yg hendak memakan padi; menegakkan ~ sesudah menyabit prb sesudah selesai melakukan sesuatu pekerjaan, baharu teringat tentang cara yg baik utk mengerjakannya
juga

1. (digunakan utk menyatakan keadaan yg sama atau serupa) pun: ada ~ orang yg tahu perkara itu; badannya tegap, adiknya ~ demikian; 2. (digunakan selepas kata sifat) agak: gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; 3. (digunakan utk menunjukkan perulangan) lagi: dulu saya yg menolongnya, sekarang saya ~ yg menolongnya; 4. (digunakan utk menunjukkan perbuatan terus-menerus) terus: walaupun dilarang dia masih ketawa ~; Chia telah mati di situ ~; 5. (digunakan utk menunjukkan tolak ansur) meskipun, walaupun: sesiapa ~ yg datang, saya mengalu-alukannya; 6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi atau atau utk menunjukkan tokokan): kamu bukan sahaja mesti belajar dgn tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama lain; 7. (digunakan bersama dgn pun sbg penegas): saya berpuasa, dia pun berpuasa ~; jua.

juih; menjuih, terjuih

(bkn bibir bahagian bawah dll) menganjur ke bawah: Si Angguk tersekat-sekat bersuara sambil mulutnya ~ menahan kesakitan;  

menjuihkan menjadikan terjuih, menganjurkan (bibir) ke bawah: dia ~ bibir.  

juita
1. nyawa, buah hati, kekasih: ~ku; 2. cantik, elok: emas ~ ; ratna ~
jujai; berjujai
sl tidak putus-putus, tidak berhenti-henti (hujan, orang yg pergi atau datang, dll)
jujat
sl fitnah, celaan, umpat
jujitsu
seni pertahanan diri orang Jepun dgn hanya menggunakan berat badan dan kekuatan musuh itu sendiri utk menundukkannya
juju; menjuju

menuju, menghala;  

menjujukan menujukan, menghalakan, membidikkan

jujuh I; berjujuh, menjujuh
mengalir dgn tidak putus-putus (hujan, air mata, dll)
‹ First  < 47 48 49 50 51 >  Last ›