Ditemukan : 1135 Record
jalis
Ar kawan, sahabat
jaloi
sj ikan darat, Ophicephalus merulioides
jalu
susuh ayam jantan;
menjalu memukul (menikam, mencucuk) dgn jalu
jalur I
1. garis yg agak lebar dan lurus (pd kain dll), loreng yg lurus, belang; 2. ruang panjang yg terletak di antara dua garis (batas, deret, dll), lajur; 3. sesuatu yg nipis serta panjang; 4. kayu nipis dan panjang yg dipakai sbg lidah utk menyambung kayu; 5. (Komp) spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi; 6. (Komp) jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data;
~ asas (Komp) jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tersebut diproses; ~ lebar (Komp) jalur frekuensi saluran penghantaran yg mempunyai lebar jalur melebihi frekuensi suara 3000 hertz; ~ tenaga (Kim) jalur yg terbentuk drpd aras-aras tenaga yg selanjar dan sangat rapat dlm pepejal berhablur;
berjalur, berjalur-jalur 1. bergaris-garis yg lebarnya sama dan warnanya berlainan, berloreng lurus: bendera itu ~ putih merah; 2. mempunyai ruang panjang (di antara dua garis dll): kain itu dipotong ~ ;
jaluran 1. jalur: tikar mengkuang itu ada ~ merah; 2. perihal berjalur: saraf ~ .
jalur II
sj perahu (dibuat drpd sebatang kayu yg dikorek)
jalur III; jalur-jalur
jalur III; jalur-jalur sj ikan laut, Gymnocaesio spp
jam
1. sj alat utk menunjukkan (mengukur) waktu; 2. = satu ~ waktu yg lamanya 60 minit atau 1/24 hari; 3. tanda waktu, pukul: dia tiba di pejabat sebelum ~ lapan pagi; 4. ketika, saat, waktu: ~ orang hendak berangkat ~ itulah engkau hendak mandi;
~ bicara waktu yg ditetapkan utk menerima tetamu; ~ dalaman (Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan atau pembilangan dlm sistem komputer; ~ digital (Komp) 1. deretan isyarat berdenyut yg dijanakan dlm sistem digital sbg isyarat rujukan utk menyegerakkan sistem; 2. penyata waktu yg memaparkan nilai waktu dlm bentuk digital; ~ dinding sj jam yg digantungkan di dinding; ~ induk (komp) 1. sj peranti elektronik yg menjanakan isyarat masa utk digunakan sbg rujukan bagi semua pengendalian komputer yg segerak; 2. isyarat masa yg digunakan sbg rujukan utama bagi semua pengendalian komputer atau sistem segerak; ~ kawalan (Komp) jam elektronik dlm perkakasan sistem yg digunakan oleh sistem tersebut utk menentukan masa pengaliran suruhan dan data; ~ kerja masa yg ditentukan utk bekerja, waktu kerja; ~ kilowatt tenaga kerja seribu watt dlm masa satu jam (sukatan tenaga elektrik); ~ loceng jam berloceng yg boleh berbunyi pd waktu yg ditetapkan; ~ luaran (Komp) peranti atau isyarat denyut yg digunakan utk penyegerakan atau pembilangan di luar sistem utama komputer; ~ masa nyata (Komp) 1. peranti jam yg menjanakan masa yg nilainya sama dgn masa sebenar (berbanding dgn masa khayalan yg bermula apabila komputer dihidupkan atau berdasarkan masa yg ditentukan oleh atur cara); 2. isyarat jam yang ditentukan oleh masa sebenar; ~ pasir alat mengukur waktu dgn menggunakan pasir; ~ pelajaran waktu yg ditentukan utk memberi pelajaran; ~ penggera jam yg mempunyai peranti yg berbunyi apabila sampai pd waktu yg ditetapkan; ~ randik = ~ detik jam utk mengukur dgn detik; ~ saku sj jam yg diletakkan di dlm saku; ~ tangan sj jam yg dipakai di tangan; berjam-jam beberapa jam berturut-turut: ~ dia menunggu kawannya.
jama
jamadat
Ar † barang mati (tidak bernyawa)
jamadilakhir
bulan keenam dlm tahun Hijrah
jamadilawal
bulan kelima dlm tahun Hijrah
jamah-jamahan
sl hamba perempuan yg juga dijadikan gundik;
jamah; menjamah
1. menyentuh (dgn tangan dsb), memegang; 2. makan sedikit, merasa: seumur hidupnya dia belum pernah ~ makanan spt itu; 3. ki menyetubuhi, meniduri (perempuan): gadis yg sudah dijamah orang;
jamah-jamahan sl hamba perempuan yg juga dijadikan gundik;
jamahan ki sentuhan;
penjamahan 1. perbuatan menjamah; 2. † pegangan, pekerjaan (yg dipegang)
jamak I
1. sudah sememangnya; 2. biasa, lazim: sudah ~ nya;
sejamaknya 1. sememangnya, sewajarnya, sepatutnya; 2. selazimnya;
menjamakkan membuat menjadi biasa (lazim), melazimkan;
kejamakan hal yg biasa, lazim
jamak II
(Lin) lebih drpd satu, banyak;
jamang I
= jejamang sj perhiasan yg dibuat drpd emas atau perak dan dipakai di dahi atau di kepala.
jamang II
jamang II Mn; sejamang sebentar
jamba
sj tumbuhan (herba), Neuwiedia lindleyi
jambak I
1. karangan (bunga, kunci, dll), rangkai, berkas: se~ bunga; orang se~ orang yg seketurunan; 2. gombak (atau bulu) pd dahi kuda;
berjambak-jambak berkarang-karang, berangkai-rangkai: daun pokok itu tumbuh ~ spt rambut; di langit dilihatnya awan putih berarak ~.
jambak II; menjambak
menjambak Jw meragut rambut
|