Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.708
Hari ini : 24.880
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 4 5 6 7 8 >  Last ›
jalad II

Id hawa sejuk yg boleh membekukan air

jalak I
1. sj burung (termasuk jenis burung tiung, tetapi agak kecil sedikit), Sturnupostor jalla; 2. = ayam ~ ayam jantan yg berani (digunakan utk bersabung); 3. ki orang yg berani
jalak II
sj perahu layar (bertiang satu atau dua) yg digunakan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia
jalal
Ar kebebasan, kemuliaan, keluhuran
jalan

1. tempat lalu lintas (utk orang, kenderaan, dll): belanja membuat ~; 2. tempat yg harus dilalui atau dilintasi supaya sampai ke tempat (ruang) tertentu, laluan: tolong tunjukkan ~ ke rumah datuk penghulu; ~ laut laluan yg diikuti di laut utk pergi ke sesuatu tempat; 3. gerakan (kereta, enjin, dll): kereta itu sangat laju ~nya; jam itu cepat ~nya; 4. perkembangan sesuatu peristiwa (cerita, perundingan, dll): ~ cerita; 5. cara, ikhtiar, usaha: semua ~ utk mencapai perdamaian telah pun difikirkan; itulah ~ yg baik sekali utk kamu; mencari ~ berikhtiar, berusaha; 6. bp dapat diterima (atau dipakai), laku, berhasil: temberang engkau itu tak ~ di sini; 7. Id perangai, tingkah laku; 8. bp berangkat, pergi (meninggalkan sesuatu tempat): selamat ~; 

~ bahasa cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa; ~ belakang bp a) jalan masuk melalui pintu belakang; b) cara melakukan sesuatu dgn tidak mengikut peraturan yg telah ditentukan; ~ buntu a) jalan yg tidak bersambung lagi; b) = menemui ~ buntu terhenti (mesyuarat dll) kerana tidak ada kata sepakat, kandas; ~ cagak (tiga, empat, dll) jalan yg bercabang (tiga, empat, dll); ~ damai cara (ikhtiar) mencapai perdamaian; ~ enam tahun belum genap enam tahun; ~ fikiran cara pemikiran; ~ jajahan Id jalan kecil, lorong; ~ keluar a) jalan utk keluar (dr sesuatu tempat); b) cara utk menyelesaikan sesuatu perkara (masalah dll); ~ masuk jalan utk masuk ke sesuatu tempat atau kawasan; ~ kereta api landasan kereta api; ~ mati jalan yg tidak digunakan lagi; ~ memintas = ~ rentas jalan potong (yg lebih pendek) yg merentasi atau memintas sesuatu kawasan; ~ nafas rongga tempat nafas keluar masuk; ~ pengajaran cara menyusun dan memberikan pelajaran; ~ rayajalan besar; ~ samping a) jalan kecil yg selari dgn jalan besar; b) jalan di tepi rumah; ~ sehala jalan yg boleh dilalui kenderaan yg bergerak satu hala sahaja; ~ serap jalan kecil yg hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui); ~ serong a) jalan bengkok; b) niat jahat; c) perbuatan yg tidak baik; ~ simpang tiga (empat) jalan yg bersimpang tiga (empat); ~ simpangan jalan yg menyimpang dr jalan besar; ~ tengah a) jalan yg terletak di tengah; b) keputusan (pendapat) yg diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yg berbeza; ~ tikus jalan yg kecil (yg terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan); ~ umum jalan utk semua orang dan kenderaan;  

~ diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas prb adat istiadat dlm suatu negeri diubah oleh orang asing yg menempat di situ (suatu keaiban); ~ di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak prb kalau merantau di negeri orang hendaklah bersopan santun; ~ mati lagi dicuba, inikan pula ~ binasa prb orang yg berani itu tidak membilang lawan atau memilih perbuatan; ~ raya titian batu prb adat atau aturan yg telah lazim dr dahulu dan belum berubah-ubah; ~ spt orang berak di tengah ~ prb sindiran kpd orang yg pemalu; sedepa ~ ke muka, setelempang ~ ke belakang prb hal orang yg maju ke muka utk mencapai cita-citanya; seiring bertukar ~prb mempunyai haluan (tujuan) yg berbeza; sekali ~ terkena, dua kali ~ tahu prb seorang hanya boleh ditipu sekali sahaja; sesat di hujung ~ balik ke pangkal ~ prb kalau berbuat salah pd peringkat akhir hendaklah disusul kembali kpd asalnya;  

sejalan 1. sama arah (tujuan, pemikiran, dll): hujah mereka ~ dgn hujah kami; 2. bkn garisan selari, sejajar; dua garisan ~ dua garisan yg sejajar; saudara ~ jadisaudara seibu;  

berjalan 1. bergerak (ke depan dll) dgn kaki: setelah diberi isyarat kanak-kanak itu pun mulai ~; 2. bergerak dr satu tempat ke tempat lain: kereta api itu ~ dgn lajunya menuju ke pelabuhan; 3. berangkat, pergi (menuju) ke: ... baiklah engkau bawa sedikit bekalan sebab engkau hendak ~ jauh; 4. berlangsung, berlaku, terjadi: persidangan itu ~ dgn lancarnya; peraduan itu akan ~ selama tiga bulan;  

~ darat pergi ikut jalan darat (tidak ikut jalan laut atau udara); ~ kaki berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan dll; ~ serong (bersikap) tidak jujur; ~ dr pintu belakangprb tidak mengikut peraturan yg ditentukan, tidak jujur; ~ jauh banyak dilihat prb orang yg banyak merantau akan mendapat banyak pengalaman; ~ peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah = ~ selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan prb dlm melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah senantiasa berhati-hati; ~ sampai ke batas, belayar sampai ke pulau prb hendaklah mengerjakan sesuatu pekerjaan itu hingga selesai;  

berjalan-jalan 1. bersiar-siar makan angin dgn berjalan kaki: Ali pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; 2. melancong: setiap musim cuti, mereka pergi ~ ;  

menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan;  

menjalankan 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu tetapi tidak berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~ perusahaan itu; 2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak Leman tidak berasa susah atau berat utk ~ tugasnya sbg seorang penarik beca;  

terjalan dapat berjalan: dia keletihan dan tidak ~ lagi;  

jalanan bp 1. jalan, lorong; 2. dlm perjalanan;  

perjalanan 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~ koperasi; 2. = kejalanan † perihal berpergian (kepergian): ibunya meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran menghalang ~ minyak itu;  

penjalan †(orang) yg menjalankan (kereta, perintah, dll): ~ kereta kuda itu ialah seorang tua yg berjanggut; orang yg suka berjalan; 

pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki (di jalan raya dsb): masih banyak ~ kaki yg tidak mematuhi peraturan ketika menyeberangi jalan.  

jalang I

tidak mempunyai tempat tinggal yg tetap, liar; kerbau ~kerbau yg tidak dipelihara orang, kerbau liar; perempuan ~ perempuan jahat, pelacur;  

menjalang menjadi buas, menjadi liar: dia ke kota dan ~ di sana;  

kejalangan perihal jalang, (kebuasan, keliaran): di daerah terpencil itu ~ masih berleluasa.  

jalang II
rumput ~ sj tumbuhan (herba), rumput tahi ayam, tahi anjing, Ageratum conyzoides
jalang III Mn → jelang II
jalangkah
jalan raya yg berupa jambatan yg melintasi jalan raya yg lain
jalangkung

† sj permainan yg dimainkan dgn memanggil orang halus

jalar

ubi ~ ubi yg pokoknya melata;  

berjalaran, berjalar-jalar merayap, melata (bkn pokok dll), bergerak (perlahan), merayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, dsb): cacing ~ ke sana ke mari di dlm bekas itu; akar ~ sj tumbuhan, akar gegerit besi;  

menjalar 1. bergerak perlahan(-lahan), merayap: ulat itu ~ ke arahnya; 2. (tumbuh) melata (bkn tumbuh-tumbuhan spt pokok labu, kacang panjang, dll): tumbuh-tumbuhan yg ~; 3. merebak (api dll); 4. merebak, menular (bkn penyakit dll): wabak taun telah ~ ke daerah selatan pulau itu; 5. meluas, berkembang merebak (meluas): gerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di Vietnam Selatan; perkembangan ini kemudiannya ~ ke luar Eropah;  

menjalari 1. menjalar di: ular-ular ~ peti-peti kaca itu; rumpai telah ~ timbunan kayu itu; 2. merebak (melarat) ke: api telah ~ keseluruhan kawasan itu; 3. menulari, merebak ke, menjangkiti: demam selesema ~ ramai pelajar;  

menjalarkan 1. menjadikan (membiarkan) menjalar; 2. menjangkitkan, merebakkan, meluaskan;  

terjalar seakan-akan (spt) menjalar; jatuh ~ jatuh terlungkup;  

jalaran tempat menjalar (tumbuh-tumbuhan dll);  

penjalaran perihal menjalar (tumbuh-tumbuhan dll);  

penjalar (Bio) tumbuhan yg tumbuh melata di atas tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai

jalat
Kl berasa hendak muntah (kerana makan sesuatu)
jaleh

jaleh   (jaléh) Mn jelas

jali I

Ar jelas, nyata, terang;  

terjali menerima wahyu (ilham)

jali II
~ batu sj tumbuhan (pokok), banton, medang pupoi, meroyan batu, Vitex coriacea
jalia
† sj kapal perang pd masa dahulu
jalibut
sj perahu yg didayung
jalil
Ar tertinggi, mulia; al-~ Yg Maha Mulia, Allah
jalin

1. anyam, kepang; rambut ~ rambut yg berkepang; tikar ~ tikar rotan (tersusun); 2. rangkai;  

berjalin 1. beranyam, berkepang: bakul yg ~ ; 2. berangkai (benda panjang spt buluh, rotan, bilah, dll): bidai itu dibuat drpd bilah kayu ~ ; 3. = berjalinkan = ~ dgn terselip dgn: novel yg ~ sejarah;  

berjalin-jalin = berjalinan 1. beranyam-anyam, berkepang-kepang; 2. berangkai-rangkai, berkait-kait, bersambung-sambung;  

menjalin 1. menganyam (mengepang) rambut dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyusunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. menyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. mewujudkan, menjadikan ada: ~ persahabatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim;  

menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2. menyelipkan, memasukkan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm novelnya; 3. mewujudkan: ~ perhubungan; 4. mengeratkan; 

memperjalinkan menjadikan berjalin atau berangkai;  

terjalin 1. teranyam, terkepang; 2. terangkai; 3. terselip; 4. telah wujud, ada (persahabatan dll): kerjasama antara Amerika dan Kanada telah lama ~; 

jalinan sesuatu yg dijalin (terjalin); keterjalinan perihal (keadaan) terjalin: ~ antara unsur-unsur karya;  

penjalinan perbuatan menjalin (menjalinkan);  

penjalin 1. tali dll yg digunakan utk menjalin sesuatu: ayah sibuk meraut rotan ~ lukahnya; 2. Jw rotan; 3. orang yg menjalin sesuatu

jalir; menjalir, menjalirkan

jalir; menjalir, menjalirkan   mengalir(kan);  

penjaliran pengaliran

berjalu bersusuh

‹ First  < 4 5 6 7 8 >  Last ›