Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.572
Hari ini : 23.817
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 2 3 4 5 6 >  Last ›
jaharu
sl 1. (orang yg) hina: 2. penjahat
jahat

buruk lakunya, tidak baik (perangai, perbuatan, dll); orang ~ orang yg berkelakuan tidak baik; buat baik berpada-pada, buat ~ jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebih-lebihan, pekerjaan yg buruk hendaklah dihindarkan;  

sejahat-jahat bagaimana (betapa) jahat sekalipun: ~ harimau itu tidak akan sanggup memakan anaknya sendiri;  

berjahat melakukan perbuatan jahat: Ali dikatakan pernah ~ dgn Tipah;  

berjahatkan sl memfitnah, memburukkan: maka Laksamana berdatang sembah ~ Bendahara;

menjahati melakukan perbuatan jahat terhadap: kita dilarang ~ orang yg lemah;  

menjahatkan 1. menyebabkan jahat; 2. memfitnah, memburukkan;  

kejahatan kelakuan atau perbuatan yg jahat;

penjahat orang yg berbuat jahat (spt pencuri, penyamun, dll);  

~ perang a) orang yg menyebabkan (menimbulkan) peperangan; b) askar-askar musuh yg menganiaya tawanan atau penduduk negeri yg diduduki

jahid → zahid
jahil

1. Ar tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dll), bodoh: Dolah ~ dlm hal agama; 2. cetek pengetahuannya; ~ basit sangat bodoh; ~ murakab jahil yg berlipat ganda; ~ teropong Kl bodoh dan tidak mahu menerima ajaran-ajaran orang; ~ tukilKl terlalu jahil;  

kejahilan perihal jahil, kebodohan (dlm hal agama, sesuatu perkara, dll)

jahiliah
Ar gelaran kpd umat Arab (sebelum lahirnya Nabi Muhammad) yg tidak menerima kebenaran (ajaran para nabi dan rasul sebelum kedatangan Islam); zaman ~ zaman sebelum kedatangan Islam
jahit

menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang; jenis-jenisnya: ~ cengkam; ~ bunga padi;~ lubang; ~ sangkut; ~ silang pangkah; tukang ~ = penjahit;  

menjahit 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit; 2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya;  

jahit-menjahit pekerjaan menjahit (membuat pakaian dsb): dia membuka sebuah sekolah ~;  

menjahitkan 1. menjahit utk orang lain: Aminah ~ adiknya baju; 2. menjahit sesuatu dgn (sesuatu) yg lain: dia ~ lengan baju itu dgn bahagian badannya;  

jahitan 1. cara menjahit; 2. benda yg dijahit; 3. hasil menjahit;

penjahitan perbuatan (kerja) menjahit;  

penjahit 1. orang yg kerjanya membuat pakaian, tukang jahit; 2. jarum yg digunakan utk menjahit

jail I
tali ~ = penjail joran yg digunakan utk menangkap udang (punai dll)
jail II

Jk 1. dengki; 2. suka mengusik;  

menjaili 1. mendengki; 2. mengusik

jaing
sj tumbuhan (pokok), Rhodamnia trinervia
jais
tidak berbekas; kalis
jaiz

Ar apa yg diperbolehkan (menurut agama Islam) tetapi boleh juga tidak dikerjakan

jaja; berjaja

1. mencari rezeki (nafkah, pendapatan, dsb) dgn membawa barang dagangan berkeliling utk dijual: Yahya didenda kerana ~ tanpa lesen; 2. berjual: dia dilarang ~ di situ;  

menjajakan 1. menjual barang dagangan dgn membawanya berkeliling: riuh-rendah bunyi orang ~ barang dagangan masing-masing; 2. ki menyebarkan (menyatakan dsb) ke sana sini atau merata-rata: Menteri Pendidikan menasihatkan rakyat supaya tidak terperangkap dgn fikiran sempit golongan yg ~ pendapat mereka sbg sesuatu yg mutlak; ~ khabar;  

jajaan benda atau barang yg dijajakan;  

penjajaan perbuatan (kerja) menjajakan;  

penjaja orang yg berjaja: seorang ~ telah dikenakan denda sebanyak RM100.  

jajah; menjajah

1. pergi dr satu tempat ke tempat lain, menjelajah: kami telah ~ ke seluruh tempat itu; 2. menakluk dan memerintah sesuatu daerah: sebelum orang Portugis datang ~, kota Melaka merupakan pusat kebudayaan Melayu; 3. ki menakluki, menguasai: peristiwa semalam sedang ~ pemikiran Sagid;  

terjajah dlm keadaan dijajah: kita mesti membantu perjuangan rakyat yg masih ~;  

jajahan 1. kawasan yg termasuk dlm satu pentadbiran: negeri Johor dgn segala ~nya; 2. daerah atau kawasan (negeri dll) yg ditakluki: tanah ~ British; jalan ~ Id jalan kecil, lorong;  

penjajahan perihal atau perbuatan menjajah (sesebuah negeri atau kawasan lain): dia berjuang utk menamatkan ~ di negeri itu;  

penjajah bangsa (negeri) yg menjajah sesebuah negeri lain

jajak Jk; menjajak, menjajaki

jajak   Jk; menjajak, menjajaki menduga, mengajuk

jajal

jajal   Jk; menjajal mencuba 

jajan Jk = berjajan
membeli kuih dll, mengudap; wang ~ wang pembeli kuih dll
jajap; menjajap

menjelajah;  

penjajap sj kapal perang Bugis; spt ~ berpaling hendak hilirprb perempuan yg keluar dr rumahnya dan berjalan dgn hebatnya serta menarik

jajar I

banjar, baris, deret;  

sejajar 1. terletak sebaris, sederet, sebanjar: rumahnya ~ dgn rumah saya; 2. sama (tingkat, darjat, dll), setaraf: kedudukannya sekarang ~ dgn kedudukan orang-orang kaya; 3. selari, sama arah dan jarak di antaranya, searah: dua garisan yg ~;  

menyejajarkan 1. membuat supaya sebaris, sederet; 2. menyamakan kedudukan (tingkat, darjat), menyetarafkan;  

kesejajaran perihal (keadaan dsb) sejajar: sebuah drama yg baik apabila adanya ~ antara perkembangan plot dgn pembinaan perwatakan;  

penyejajaran 1. persamaan taraf (tingkat, darjat); 2. perselarian, persamaan arah dan jarak di antaranya;  

berjajar berderet, berbaris, berbanjar;  

berjajaran berderet-deret, berbaris-baris, berbanjar-banjar: pokok kelapa ~ di sepanjang jalan itu;  

menjajarkan 1. mengatur supaya berjajar (berderet, berbaris), menjadikan selaras; 2. menyamakan kedudukan (darjat dll), menyetarafkan;  

jajaran deretan, barisan, banjaran; ~ genjang Id segi empat selari; 

penjajaran perihal (perbuatan dsb) menjajarkan

jajar II

Mn = jajaran alur bekas ditenggala, parit;  

menjajar menenggala;  

menjajarkan mengheret, menyeret;  

terjajar terseret: pemuda itu ~ ke belakang

jajat I
mengejek, mengajuk, menggiat
‹ First  < 2 3 4 5 6 >  Last ›