Ditemukan : 1135 Record
jemerelang
sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, timbarayung (Sabah), Peltophorum spp
jemerlang → cemerlang
jemertas
si ~ sj rumput
jemeruk
Kl 1. berturut-turut (bkn jamuan, peristiwa, dll); 2. berlaku pd masa yg sama
jemerung I
sj ikan darat, Lobochelius spp
jemerung II
Tr sejenis rumput: kalau hendak menanam padi, ~ hendaklah ditebas dahulu.
jempalik Jw → jempalit
jempalit
Jk tonggang-langgang, berguling berbalik-balik (sedang berjalan, bergantung, berguling, dll); → jengkolet
jempana
sl sj tandu, usungan
jemparing
Jw, sl anak panah
jempol
Id 1. ibu jari; 2. = jempolan yg terbaik, johan;
cap ~ cap ibu jari (sbg ganti tandatangan); isapan ~ rekaan sendiri (bkn khabar dll), omong kosong;
kejempolan bp kehandalan, keunggulan
jempul
1. sj ikan laut, Liza tude; 2. sj ikan laut, Mugil planiceps; jumpul
jempung
sj ikan laut; → jambung
jemput I; sejemput
sebanyak yg dapat diambil dgn hujung jari: dia mengambil ~ tembakau;
jemput-jemput 1. sj kuih (drpd adunan tepung, pisang, dan gula yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); 2. sj kuih (drpd adunan tepung, bawang, garam, dll yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng);
menjemput 1. mencekut dgn hujung jari: ~ garam; 2. mengambil: ia ~ air di pancuran; 3. ki memetik, mengutip: kisah ini dijemput drpd Sejarah Melayu;
jemputan hasil drpd menjemput (mencekut)
jemput II; berjemput
disambut, dialu-alu, disongsong: datang tak ~;
menjemput 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian; 3. Mn mengambil seseorang utk dijadikan menantu:
jemputan 1. = orang ~ orang yg dijemput (utk menghadiri majlis perkahwinan dll): Ramlan sibuk sekali melayan para ~ itu; 2. ajakan, undangan; 3. permintaan (kpd orang laki-laki) utk dijadikan menantu;
perjemputan perihal menjemput
jemput-jemput
1. sj kuih (drpd adunan tepung, pisang, dan gula yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); 2. sj kuih (drpd adunan tepung, bawang, garam, dll yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng);
jemputan hasil drpd menjemput (mencekut)
jemu
sudah tidak suka lagi (melihat, makan, dll), bosan, jelak, muak: saya dah ~ dgn masakan itu; ~ menanti; ~ hidup tidak suka hidup lagi (kerana kecewa dll); ~ jelak sangat jemu; tidak ~nya suka (akan sesuatu);
menjemukan mendatangkan rasa jemu, membosankan, menjelakkan, memuakkan: syarahannya panjang dan sungguh ~ ;
kejemuan perihal jemu: mukanya menampakkan ~nya.
jemuan
Kd jahat sangat (kanak-kanak dll)
jemuas
berlumuran (bergelumang) dgn kotoran (pd muka, tangan, dll)
jemudi
juru mudi
|