Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 311
Hari ini : 9.792
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 24 25 26 27 28 >  Last ›
jemuduk

sj ikan laut, demuduk, Carangoides spp

jemuju
sj jintan atau mu(ng)si
jemur

1. perihal mengeringkan (di panas matahari); dihukum ~ dihukum dgn diletakkan di panas matahari; 2. Id mandi (memanaskan badan) dgn panas matahari; 3. Mn padi yg dijemur; membangkit ~ mengangkat padi yg sudah dijemur; ~ terkekar, ayam tiba prb baru sahaja dikeluarkan barang dagangan, sudah banyak orang datang membeli;  

berjemur mengeringkan (memanaskan) badan di panas matahari: dia ~ di atas pasir;

menjemur mengeringkan sesuatu di panas matahari: petani itu ~ padinya di tepi bendangnya; ~ dada ki berjalan membusungkan dada (sombong);  

~ sementara hari panas prb kesempatan yg baik itu janganlah dilepaskan; meski ke langit akan ~, kalau hari tak panas tak juga kering prb kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan beruntung juga;  

terjemur dijemur, kena jemur;  

jemuran 1. barang yg dijemur; 2. Kl serambi rumah;  

penjemuran tempat (alat dll) utk menjemur

jen (jén)
Id kep jeneral
jenahak
sj ikan laut, Lutjanus johni
jenahar
sj ikan laut, Lutjanus roseus
jenak I

waktu yg sangat pendek (tidak lama);  

sejenak sebentar, sejurus;  

~ panjang agak lama sedikit; ~ pendek sebentar sahaja, sesaat

jenak II

jenak II  ; menjenaki melihat

jenak III
nyenyak (tidur)
jenaka

1. perbuatan atau kata-kata yg menggelikan hati, lawak: ~nya membuatkan penonton-penonton tidak dapat menahan ketawa; 2. menggelikan hati, membangkitkan ketawa: lawak ~; cerita ~;  

berjenaka berbuat sesuatu perlakuan atau berkata-kata utk membuat orang ketawa, melawak, berkelakar: dlm perjalanan itu kami tidak putus-putus ~;  

kejenakaan 1. perihal jenaka; 2. kelucuan

jenakarama
jenaka yg diaksikan dgn pelbagai irama (tingkah, gaya, ragam, dll)
jenama

jenis barang yg memakai nama khas yg dikeluarkan oleh pengeluar (pembuat, pengilang) tertentu; 

berjenama mempunyai jenama, ada jenamanya (bkn barang); 

menjenamakan memberikan jenama kpd sesuatu; 

penjenamaan pemberian jenama (nama tertentu) kpd sesuatu barang yg dihasilkan: aspek pembungkusan dan ~.  

jenang I

1. tiang tempat dipasang pintu (jendela dll): ~ dinding; ~ jendela; ~ pintu; 2. = jejenang, penjenang sl orang yg mengawasi sesuatu, mandur; 3. = jejenang sl pengapit, pembantu; 4. = jejenang sj pangkat kepala daerah (di bawah batin); 5. = jejenang Mn orang yg mengatur dlm sesuatu jamuan, orang yg menjadi juara atau pelerai dlm upacara penyabungan ayam;  

menjenang, menjenangi mengawasi dan mengatur (pekerjaan dll)

jenang II
sejenang sebentar, sekejap, sejurus; jenak I
jenang III
Jw 1. bubur; 2. dodol
jenangau
pianggang; cenangau
jenawi
pedang ~ pedang yg lurus panjang yg digunakan dgn dua belah tangan (spt pedang samurai Jepun)
jenayah

= perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminal: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad;  

~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah;  

penjenayah orang yg melakukan jenayah

jenazah

Ar mayat (bagi orang Islam); kereta ~ kereta yg membawa jenazah;  

menjenazahkan menguburkan (jenazah)

jendal
~-jendul bengkak-bengkil, berbenggil-benggil, berbencol-bencol
‹ First  < 24 25 26 27 28 >  Last ›