Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.089
Hari ini : 14.869
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 1135 Record
‹ First  < 34 35 36 37 38 >  Last ›
jergik

Ph kurus kering sehingga menampakkan tulang

jerging
Tr sangat kurus
jeri
bimbang, cemas, takut
jeriau

kayu (buluh dll) yg dipasang melintang di atas kasau (utk mengatap rumah) atau pd rasuk (utk memasang lantai);  

menjeriau memasang jeriau

jerih

lelah, payah; ~ lelah = ~ payah = ~ penat susah payah (bkn usaha); sakitnya ~payah, tenat; penyakit ~sesak nafas, lelah; ubat~ pelerai demam ki buah hati (anak yg dikasihi dll);  

~ menentang boleh, rugi menentang laba prb memberi pertolongan kerana ingin mendapat pertolongan (keuntungan dll) pula;

menjerihkan melelahkan, memayahkan;  

memperjerihkan mengusahakan dgn bersungguh-sungguh;  

kejerihan perihal jerih

jeriji I
jari
jeriji II
kisi-kisi, jeruji, terali
jerijit

Kl sj burung yg panjang paruhnya dan menghisap madu

jering
sj tumbuhan (pokok dan buahnya dijadikan ulam), Pithecellobium jiringa; ~ tupai sj tumbuhan (pokok), saga gajah, Pithecellobium ellipticum
jeringai → seringai
jeringing
seringai, meringis
jerit I = jeritan

1. panggilan atau teriakan yg kuat (kerana kesukaran, kesakitan, ketakutan, dll), teriakan, pekikan: diperintahnya anak itu dgn ~; 2. keluh-kesah (kerana menderita sesuatu yg berat spt kesakitan, kemiskinan, dll 

menjerit 1. berteriak kuat-kuat, memekik: pencuri itu mengugut hendak membunuhnya kalau ia ~; 2. mengeluh (kerana kesusahan, penderitaan, dll);

terjerit-jerit menjerit berulang kali dan dgn tidak menentu, terpekik-pekik: anak itu menangis ~;  

~ bagai kucing biang prb perempuan yg tiada malu bercakap dgn suara keras

jerit II
burung ~ sj burung berjambul, belatuk rimba, Platylophus galericulatus ardesicus
jerjak

1. kayu atau besi yg dipasang bersilang (berpalang) pd jendela dll, kisi-kisi, jeriji, jeruji: mereka melihat dr ~ dlm penjara; 2. bilah-bilah yg dipasang tegak pd bakul (keranjang dll); 3. tiang kecil-kecil tempat memasang dinding rumah; tulang ~ Mn tulang rusuk;  

berjerjak mempunyai jerjak, ada jerjaknya

jerjat → darjat
jerkah

ucapan yg kasar dgn suara yg keras (utk menakutkan atau mengejutkan), tengking, herdik, sergah;  

menjerkah mengucapkan sesuatu dgn kasar dan keras, menengking, mengherdik, membentak

jerkat
pinang ~ pinang muda yg dimakan dgn sirih
jerlai; terjerlai-jerlai
sl berjumbai-jumbai, berumbai-rumbai
jerlus; terjerlus
terperlus, terperosok (ke dlm lubang dll)
jermal
sl alat utk menangkap ikan (pagar yg merupakan bubu yg dipasang di tepi laut, di belakangnya terdapat pintu dgn jaring yg boleh diangkat-angkat) 
‹ First  < 34 35 36 37 38 >  Last ›