Ditemukan : 1135 Record
jeram III; jeram-jeram
sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan gula serta digoreng dgn minyak
jeramah; berjeramah
pegang-memegang, tangkap-menangkap (orang berkelahi dll);
menjeramah memegang dgn kuat, mencengkam: dijeramahnya akan dayung itu, rebah terlentang.
jeramak
Ph sj alat menangkap ikan yg serupa dgn jala (tetapi ukurannya lebih kecil)
jerambah
sambungan lantai rumah yg tidak beratap (tempat mencuci pinggan mangkuk, tempat mandi, dll), pelantaran;
menjerambah 1. menggunakan (memperlakukan, menganggap) sbg jerambah; 2. ki memperlakukan orang perempuan spt perempuan lacur
jerambai; berjerambai
berumbai-rumbai, bergantungan, berjumbai-jumbai; → jerabai
jerambang
cahaya api yg timbul dgn tiba-tiba drpd rawa-rawa (dianggap sbg hantu)
jerami
1. batang padi yg sudah kering yg padinya sudah dituai; 2. urat yg terdapat di celah-celah isi nangka
jeran
jera, serik;
menjerankan menjerakan, menyerikkan
jerang; menjerang
1. menjerangkan = meletakkan (periuk dll) di atas api utk memasak: oleh perempuan itu dijerangkannya periuk di atas dapur; 2. memasak: ~ nasi;
terjerang terletak di atas api (periuk dll), dimasak;
jerangan tempat meletakkan periuk dll utk memasak (terdiri drpd tiga kaki)
jerangau
sj tumbuhan (herba yg akarnya dibuat ubat), Acorus calamus; ~ padang sj tumbuhan (herba), rumput bagan, Xyris indica
jerangkah → ceranggah
jerangkak
menjerangkak merangkak
jerangkang, berjerangkang, berjerangkangan
1. berceranggah, terpancang-pancang; 2. terlentang dgn kedua-dua kaki ke atas: dia jatuh ~;
menjerangkang berbaring dgn kaki (tangan) ke atas;
terjerangkang jatuh terlentang (dgn kaki ke atas)
jerangkung
Jw rangka (tulang kerangka) manusia dll; hantu ~ hantu orang mati
jerap, menjerap
melekat atau merekat kerana sesuatu proses: gelombang rasa indah ~ lagi masuk ke dalam tubuhnya;
penjerapan, jerapan pelekatan molekul atau organisma seni pd sesuatu permukaan pepejal atau cecair
jerat I
melekat atau merekat kerana sesuatu proses: gelombang rasa indah ~ lagi masuk ke dalam tubuhnya;
penjerapan, jerapan pelekatan molekul atau organisma seni pd sesuatu permukaan pepejal atau cecair
jerat I 1. tali pencerut (tali yg disimpulkan) utk menangkap binatang dll; jenis-jenisnya: ~ bidas, ~ bingkas, ~ embat, ~ tanjul; menahan ~ memasang jerat; 2. ki tipu muslihat utk menyusahkan (merugikan dll) orang; → jirat II
~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; ~ semata bonda kandung prb anak tunggal yg sangat dimanjakan; ~ serupa jerami prb tipu muslihat yg tersembunyi dlm kesukaan; bagai menjenguk ~ sial prb benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa melakukannya juga; menahan ~ di tempat genting prb mencari keuntungan drpd kesusahan (penderitaan) orang lain; terpasang ~ halus prb dikenakan tipu muslihat; tahan ~ sorong kepala prb hendak mencelakakan orang lain, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka;
sejerat Mn seikat, seberkas;
menjerat 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. melakukan tipu muslihat, menyusahkan (mencelakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu;
terjerat tertangkap dgn jerat, tertipu;
penjerat 1. orang yg menjerat; 2. alat utk menjerat
jerat II → jirat I
jerau
jeraus
pantas, tangkas, sigap;
menjerauskan menangkaskan
jerawat
bisul kecil pd muka; ~ batu jerawat yg agak besar serta keras; ~ nasi jerawat yg kecil (apabila dipicit, keluar benda putih spt nasi);
berjerawat = jerawatan Jk ditumbuhi jerawat pd muka
|