Ditemukan : 4220 Record
kedari
labi-labi; - dari II
kedasih
Jk sj burung kecil
kedatangan
1. perihal datang (mendatang), tibanya, sampainya: ~ orang-orang Minangkabau itu disambut dgn mesra; 2. diserang (musuh dsb), ditimpa (kemalangan dll), didatangi: ~ gerombolan penjahat; ~ musuh; ~ bencana; ~ bulan datang bulan (haid);
kedataran
keadaan (sifat dsb) datar, kerataan;
kedatuan
1. kerajaan, pemerintahan; 2. Mn tari-tarian
kedau ; mengedau
memekik (meminta tolong dll)
kedaulatan
kekuasaan yg tertinggi: ~ Raja-raja Melayu diakui oleh perlembagaan; ~ rakyat demokrasi;
kedaung
sj tumbuhan (pokok), beka, bereksa, boli, gedayang, gedayung, tulur, Paikia javanica
kedayaan
kebolehan membuat sesuatu;
kedayan
sl pengiring, hamba: Adipati dan segala ~nya berjalan di hadapan Raden Wira Nantaja.
kedayusan
perihal (sifat) dayus: yg kekal dlm masyarakat yg jahil itu ialah kebatilan, ~, kebodohan dan fitnah serta hasad dengki
kededek
(kedédék) = berkededek Kl berlebihan (kerana tidak habis dimakan atau dijual): makanan dan gulai di rumahnya ~.
kedegilan
perihal (sifat, sikap, dsb) berdegil, ketegaran, kekerasan hati: kerana ~ merekalah maka mereka menjadi mangsa kemalangan bom itu;
kedek
(kédék); kedek-kedek = terkedek-kedek;
mengedek-ngedek menggoyang-goyangkan tubuh ketika berjalan (spt itik);
terkedek-kedek (berjalan atau berlari) tergoyang-goyang (spt itik): anak itu menggelengkan kepalanya sungguh-sungguh dan cepat-cepat lari ~.
kedekadenan
kemerosotan (nilai, mutu, dsb) berbanding dgn keadaan sebelumnya (bkn tamadun, kesenian, dsb)
kedekai, kedekak, kedeki, kedekik
sj tumbuhan (pokok dan buahnya dibuat ubat), Terminalia chebula
kedekatan
perihal dekat, kedudukan (letak, keadaan, pertalian, dsb) yg dekat dgn, kehampiran: pd hakikatnya kesan itu adalah ~ suasana drama itu dgn realiti; ~ penggunaan bahasanya kpd bahasa sehari-hari;
kedeking
terlalu keras (kuih dll)
kedekut
sangat berkira-kira hendak membelanjakan wang, bakhil, kikir, lokek, pelit: ~ benar ayahnya, tidak mudah memberinya wang.
kedelai
1. = kacang ~ sj kacang (bijinya dibuat tempe atau kicap), kacang soya, Glycine max; 2. sj tumbuhan (pokok), jelai, Alphania paucijuga
|