Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.573
Hari ini : 29.601
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 64 65 66 67 68 >  Last ›
kederasan
1. perihal deras, kelajuan, kecepatan: oleh sebab ~ Tun Hamzah mengamuk, lalu pecahlah perang orang-orang Pasai itu; 2. kadar pergerakan (dlm sesuatu jangka waktu), kelajuan, kecepatan: lori itu dipandunya dgn ~ 60 kilometer sejam; 
kederhakaan
hasil perbuatan menderhaka:para nabi diutuskan ke dunia ini kerana ~ dan penyelewengan ummah; 
kederiaan
peralatan tubuh yg berkaitan dgn fungsi organ deria, spt saluran kederiaan, saraf kederiaan: maklumat itu diperoleh dr dunia luar melalui berbagai-bagai saluran ~; 
kedermawanan
perihal dermawan, kemurahan (keikhlasan) hati, ketulusan (kebaikan) hati sesama manusia
kedesaan
spt orang desa (sifatnya, orangnya); 
kedewaan

1. (hal) mengenai dewa: agama Hindu telah memasukkan adat resam dan sistem ~ Hindu; 2. tempat (kediaman) dewa-dewa;      

kedewas

(kedéwas) = bawal ~ sj ikan laut, bawal hitam, Stromateus nigra

kedewasaan
perihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi mencapai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya; 
kedewataan

 kedewaan

kedewian
sifat spt dewi, tentang dewi: wajahnya menyerlahkan sifat kemanusiaan dan juga ~. 
kedi

1. orang yg spt laki-laki atau perempuan tetapi tidak sempurna sifat kelaki-lakian atau keperempuanannya, banci, pondan, papak; 2. perempuan yg tidak datang haid sama sekali

(kédi) orang yg membawa kayu golf dan peralatan lain utk pemain golf

kedian
bp kemudian
kedidi

sj burung, kepala besar, kepala rapang;  

~ besarsj burung, Pluvialis squatarola; ~ kelicap = ~ pasir, sj burung, Actitis hypoleucos; ~ padang sj burung, Glareola pranticola; ~ pantai sj burung, kaki dian, Charadrius alexandrinus; laksana ~, di mana pantai terjengget-jengget (tercunggit-cunggit) prb orang yg sentiasa tidak tetap kelakuannya; 

berkedidi = bersikedidi berjalan terjongket-jongket (terlompat-lompat); kudidi, sikedidi

kedih

tidak besar-besar atau lambat sungguh besarnya (bkn orang, tumbuhan, dll), terbantut, tergencat; 

mengedih menjadi kurang (penyakit), beransur pulih

kedik

lentik sedikit ke belakang (bkn bahu, badan) lwn bongkok; 

mengedik melentik sedikit ke belakang (bkn bahu, badan);  

mengedikkan melentikkan (badan) ke belakang; 

terkedik terlentik sedikit ke belakang (bkn badan, bahu)

kedikit
kedekut
kediktatoran

1. pemerintahan oleh diktator: pemerintahan ini mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau ~ tentera; 2. kuasa mutlak atau tertinggi

kedinamikan
keaadaan dinamik; dinamis
kedinginan
1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk melindungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu; 
kedip

kelip (bkn mata, lampu, dll), kedipan;

berkedip, terkediptertutup seketika (sesaat) sebelum terbuka semula (bkn mata), berkelip, terkelip; tidak ~ (agak lama) tidak tertutup walau sesaat pun (bkn mata); 

tidak terkedip terbuka sahaja agak lama (bkn mata); 

berkedip-kedip, terkedip-kedip seketika terbuka seketika tertutup (bkn mata), pejam celik dgn pantas (bkn mata), seketika terbuka (terang) seketika padam (bkn lampu), berkelip-kelip, terkelip-kelip: matanya ~ apabila disinari cahaya dr lampu suluh itu; lampu-lampu yg menghiasi kedai itu ~;

mengedipkan menutup (mata) seketika (dan membukanya semula), mengelipkan, mengejapkan (mata); 

kedipan perihal berkedip (mata, lampu), kelipan (mata dll): pondok kecil itu samar-samar juga menerima cahaya drpd ~ lemah pelita itu; kejip

‹ First  < 64 65 66 67 68 >  Last ›