Ditemukan : 4220 Record
kelengkeng I
(keléngkéng) = jari ~ jari tangan yg terkecil; ~ kaki jari kaki yg terkecil; telunjuk lurus ~ berkait prb pd zahirnya baik tetapi hatinya jahat
kelengkapan
1. perihal lengkap, kegenapan: pengetahuan bahasa Inggeris ialah satu ~ hidup di bawah kerajaan Inggeris; 2. sesuatu yg telah dilengkapkan (angkatan tentera dll): maka tukang kesaktian itu pun lalu mengadap tuanku Malim Deman laki isteri persembahan sudah siap ~ itu sekaliannya; 3. = ~ kapal sl angkatan laut; 4. peralatan, perkakas: ~ memasak; ~ rumah;
kelengkang → kelangkang
(keléngkang) sj gelang tempat digantungkan (dicucukkan) kunci dll.
kelenggara
mengelenggarakan menyelenggarakan, menguruskan
kelengar
Jk pengsan; ~ matahari pengsan disebabkan panas matahari
kelengangan
perihal lengang (sunyi, sepi), kesepian, kesunyian: hanya suara keridik dan belalang daun sahaja yg kedengaran mendesing memecahkan ~ itu.
kelengaian
keadaan lengai: ~ gas itu
kelengahan
1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur);
keleneng
(kelénéng) 1. bunyi loceng besar (di gereja dll); 2. bp sj loceng kecil (spt yg dipasang pd leher lembu, gelang kaki, dll)
kelendara
lingkaran-lingkaran (drpd rotan dll) pd tiang kapal (utk diikatkan andang-andang pd tiang)
kelencong II; terkelencong
(keléncong) terkeluar atau beralih dr hala atau tujuan asal
kelencong I
(keléncong) sekeping kayu berlubang dua (utk dicucukkan tali perahu)
kelenaan
1. (dlm) keadaan yg lena; 2. Id tidak awas-awas, kurang hati-hati
kelemut
kemik-kemik (bkn tin dll), kerumuk atau renyuk (bkn kertas dll)
kelemunting → kemunting
kelemumur
berkelemumur terdapat atau ada kelemumur (pd kulit kepala)
kelemumur
kulit mati yg berkeping-keping halus pd kulit kepala, ketombe;
kelemuak
Kd lumpur yg terdapat di dlm air
kelempung
sj tumbuhan (pokok), kelumpung, Ficus obpyramidata
kelemping
bergayut, terkulai, terkelepai (spt susu perempuan tua)
|