Ditemukan : 4220 Record
kegondokan
perihal (keadaan) gondok
kegopohan
perihal terburu-buru (tergesa-gesa)
kegoyahan
keadaan atau hal goyah: ~ sosial yg meletus selepas Perang Dunia II.
kegoyangan
perihal goyang, kegoncangan
kegramatisan
perihal gramatis, sifat gramatis, kepatuhan kpd atau ketepatan dgn tatabahasa: asas bahasa Melayu tinggi ditentukan oleh ayat-ayat yg dihasilkan oleh pengguna bahasa.
kegugupan
perihal gugup, kebingungan;
keguguran
1. mengalami gugurnya (daun dll): pokok ceri yg sedang ~ daun; 2. melahirkan anak sebelum cukup bulan (dgn tidak sengaja): isterinya ~;
kegunaan
1. faedah, guna: undang-undang itu dibuat utk ~ seluruh rakyat; 2. yg digunakan: semua kertas ~nya dapat dibeli; segala alat ~ menebas pd zaman itu dibuat drpd batu;
kegundah-gulanaan
keadaan atau sifat gundah-gulana, kedukalaraan: ini merupakan gambaran betapa ~ orang Melayu yg melihat kuasa asing sbg penceroboh.
kegundahan
perihal gundah
keguruan
Yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas, kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur;
kegusaran
perihal gusar, kemarahan: sepanjang minggu orientasi itu berjalan, penuntut-penuntut baru sering berada dlm keadaan ketakutan, ~ dan tidak tenteram.
kehabisan
mengalami kesulitan kerana sesuatu (yg diperlukan) telah habis (dgn tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi mempunyai (wang dll, kerana sudah dibelanjakan, digunakan, dsb semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis): belum hujung bulan dia telah ~ wang; dgn gerak yg lemah spt orang ~ tenaga ia berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela; keretanya ~ minyak di tengah jalan; ~ modaltidak tahu apa yg hendak dikatakan lagi (dlm perbualan, perbincangan, dll);
kehabukan
dipenuhi habuk, berhabuk, berdebu
kehadiran
perihal hadir (di sesuatu perjumpaan, mesyuarat, dsb), perihal berada (di sesuatu tempat dll), adanya, kedatangan: ~ golongan muda amat penting dlm perjumpaan itu; ~ kuasa besar boleh membawa kesan buruk kpd negara-negara Asia Tenggara; daftar ~ daftar nama orang yg hadir (di mesyuarat, kursus dll), daftar hadir
kehairanan
1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia tercengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihiraukan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila.
kehaiwanan
1. sifat (kelakuan) spt haiwan, kebinatangan: sifat kasar dan suka berbunuhan itu adalah sifat ~ yg merosakkan perikemanusiaan; 2. sesuatu urusan dll yg mengenai binatang: soal-soal ~ dlm negeri ini diurus oleh Jabatan Haiwan.
kehakikian
keadaan (sifat dsb) hakiki, keadaan yg sebenarnya: kritikan yg mampu memberi jawapan kpd soal-soal ~ hidup yg ketika itu terumbang-ambing oleh kekusutan;
kehakiman
segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadilan: jabatan ~; soal-soal ~;
kehalalan
perihal (sifat, taraf, dsb) halal: kalau hati masih waswas tentang ~nya, apa yg kita makan itu akan menjadi haram;
|