Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 27
Hari ini : 13.883
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 87 88 89 90 91 >  Last ›
kekayaan
1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah subhanahu wataala;  
kekayuhan
perahu yg dikayuh; bidar ~ sj sampan; 
kekebalan
perihal kebal: ~ seorang pendekar; ~ diplomatik; ~ dr segi undang-undang.  
kekecamukan
keadaan atau perihal berkecamuk: ~ fikiran dan perasaan.
kekecewaan
perihal kecewa, perasaan kecewa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~.
kekecilan
1. keadaan tidak besar (saiznya, luasnya, dsb, bilangan atau jumlahnya dll); 2. keadaan tidak penting (bkn kedudukan dll): semakin terasa ~ dan kelemahan dirinya sbg hamba Tuhan; 3. Jk terlalu kecil;
kekecilan hati

1. tersinggungnya perasaan, perasaan kecil hati; 2. hilang keberaniannya, ketakutan

kekecohan

perihal kecoh (heboh, bising), keriuhan: Nahidah tidak mahu ~ berlaku.  

kekecualian, kecualian
sesuatu yg menyimpang (berlainan, terasing) drpd yg umum dll; sesuatu yg dibebaskan (terkeluar, terasing) drpd sesuatu peraturan (ketentuan dsb); 
kekecundangan
keadaan kecundang: semoga hari-hari esok yg bakal kulalui dapat menebus ketewasan dan ~ hari ini.
kekecutan
perihal kecut; 
kekeh; terkekeh-kekeh (kékéh)

ketawa berdekah-dekah, tergelak-gelak, terbahak-bahak: para hadirin ~ segirang hati; Udin ~ kesukaan;  

kekehan bunyi (suara) terkekeh-kekeh: ~nya memecah kesepian malam itu.  

kekejaman
perihal (perbuatan, sifat) kejam, kebengisan, keganasan, kezaliman: lebih baik mati di medan perjuangan drpd hidup menderita ~ musuh.
kekejangan
1. = kejangan sj penyakit pd kaki (menyebabkan urat betis terasa spt ditarik-tarik), sakit ular-ularan: ~ otot di bahagian betisnya mengakibatkan rasa sakit; 2. keadaan kejang (kaku), kekakuan
kekejian
sifat (perbuatan) yg keji, keburukan, kehinaan
kekejutan
1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul;  
kekek I; terkekek-kekek

(kékék) tertawa nyaring, terkekeh-kekeh; 

mengekek ketawa terkekek-kekek, menggelekek; 

kekekan bunyi gelak ketawa yg berlebihan: terdengar ~ ketawanya.  

kekek II (kékék)
burung ~ 1. sj burung, pekaka, raja udang, Halycyon chloris; 2. sj burung, burung gatal birah, burung kelengking, Anthracoceros malayanus.  
kekek III (kékék)
sj ikan laut, Leiognathus spp.; ~ gedabang sj ikan laut Leiognathus equulus; ~ jalur a) sj ikan laut, Leiognathus daura; b) sj ikan laut, Secutor insidiator; c) = ~ jara sj ikan laut, Leiognathus daura; ~ labu a) sj ikan laut, Gazza minuta; b) sj ikan laut, Leiognathus splendens
kekek IV
(kékék) = ~ baju bahagian ketiak baju kurung
‹ First  < 87 88 89 90 91 >  Last ›