Minggu, 17 Mei 2026   |   Isnain, 30 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 127
Hari ini : 15.749
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 85 86 87 88 89 >  Last ›
kekaguman

ketakjuban, kehairanan; 

kekah (kékah) → akikah
kekah I
sj monyet yg hitam bulunya dan panjang tangannya, lotong ceneka, Presbytis femoralis; kerakah II
kekah II; mengekah

Kl, Tr menggigit (dgn membuka mulut lebar-lebar dan mengatupnya), mengerkah

kekah III
duduk ~ Mn duduk dgn mengangkangkan kaki (tidak bersila rapat)
kekaisaran
daerah kekuasaan kaisar
kekait

~ merah sj tumbuhan (pokok memanjat); kait II

kekakuan
perihal atau keadaan kaku, kekejuran, kecanggungan
kekal

tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~akhirat; 

~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; 

berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepanjang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu;  

berkekalkan sl = mengekalkan;  

mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlanjutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang;  

kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; 

pengekalan perihal (usaha dsb) mengekalkan, pemeliharaan (supaya berterusan)

kekalahan
perihal kalah, ketewasan (dlm peperangan, pertandingan, perdebatan, dll): pasukan itu mengalami ~ teruk dlm pertandingan olahraga baru-baru ini; ~ Jerman dan Jepun dlm Perang Dunia Kedua; ~nya dlm pilihan raya itu merupakan suatu pukulan yg hebat kpd parti tersebut.  
kekalapan
kebingungan
kekalu
Ph sj makanan spt emping yg dibuat drpd padi muda
kekalutan
kekacauan, kekusutan: ~ politik
kekam
buih (sampah dll) yg hanyut atau terapung-apung dlm air; mati ~ keadaan air ketika laut paling pasang atau paling surut, air (pasang) perbani; kekat
kekampungan
bersifat kampung (penghidupan, keadaan, adat resam, dll), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dsb) yg dipegang atau diikut penduduk kampung: ia mencemuh cara hidup kita yg dianggapnya ~; 
kekanak-kanakan
1. spt kanak-kanak (tingkah laku, fikiran, dll), keanak-anakan: berkelakuan ~; ketawa ~; 2. Id terbantut (terhenti) pertumbuhan bahagian tubuh atau kecerdasan
kekananan
kedudukan yg lebih tinggi berbanding dgn kedudukan orang atau jawatan lain (dlm struktur pentadbiran dsb): salah satu pertimbangan bagi pelantikan tersebut ialah ~ pegawai-pegawai yg memohon.  
kekandasan
perihal terkandas
kekandi
sl pundi-pundi, kantung; kandi I
kekang = kekangan

1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejaha        

mengekang 1. menarik tali kekang (utk memberhentikan kuda); 2. ki menyekat, menahan atau mencegah (hawa nafsu, kejahatan, dll), melarang, memberangus (surat khabar): seakan-akan ada sesuatu kekuasaan yg ~ kebebasannya; ~ hawa nafsu; ~ kemerdekaan akhbar;  

terkekang dihentikan (kuda yg berlari), terkendali, tertahan, tercegah (kejahatan, hawa nafsu, dll); 

pengekangan perihal atau perbuatan mengekang (hawa nafsu dll); kang II

‹ First  < 85 86 87 88 89 >  Last ›