Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.626
Hari ini : 22.819
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
 < 1 2 3 4 >  Last ›
kabinet I (kabinét)

1. badan eksekutif dan pembuat dasar sesebuah negara yg terdiri drpd para menteri kerajaan yg memerintah; jemaah menteri: satu sidang ~ dipercayai telah membincangkan mogok kereta api itu; 2. Id jabatan (terutama bagi presiden, perdana menteri dll): ~ Perdana Menteri;  

~ kerja = ~ keahlian Id kabinet yg menteri-menterinya terdiri drpd pakar-pakar dlm sesuatu urusan kenegaraan; ~ koalisi Id kabinet yg menteri-menterinya merupakan ahli atau pemimpin dr beberapa parti (politik); ~ nasional Id kabinet yg terdiri drpd menteri-menteri yg mewakili sebahagian besar drpd parti-parti (politik); ~ parlementer Id kabinet yg menteri-menterinya dikemukakan oleh parlimen

kabinet II (kabinét)
1. almari kecil yg bertingkat atau berlaci tempat menyimpan dokumen, surat dan barang-barang berharga, dsb: Saidin berdiri mengambil fail-fail dr dlm ~; 2. sj perabot (spt almari dsb) tempat menyimpan pinggan mangkuk dll
kabir I; mengabir
meraih, menarik, mengaut
kabir II
Ar besar; alam ~ alam yg besar
kabisat

Ar; tahun ~, sanah ~ tahun yg jumlah harinya sehari lebih drpd tahun biasa

kabit
penyeluk saku, tukang copet
kaboi
sj kumbang
kabriolet (kabriolét)

motokar penumpang yg boleh dibuka bumbungnya

kabu; kabu-kabu, kekabu
1. sesuatu yg lembut dan kelihatan spt kapas (biasanya digunakan sbg pengisi bantal, tilam, dsb), kapuk; 2. sj tumbuhan (pokok), randu, Ceiba pentandra; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), cengkering, kekabu jawa, membuluh, Zanthoxylum myriacanthum
kabui
Kd kumbang tanduk
kabul

1. = terkabul terlaksana, tercapai, tertunai: permintaannya ~; 2. = ~ akan mempersetujui, setuju dgn, meluluskan: ~lah ia akan kehendak hamba; 3. = ~ pd dipersetujui oleh, diluluskan oleh, diperkenankan oleh: Sultan Mansur Shah mohon kpd Batara Majapahit hendak kembali, maka ~lah pd Batara;  

mengabulkan memperkenankan (permohonan doa, kehendak, dsb), mempersetujui, meluluskan: moga-moga Tuhan akan ~ permohonanku ini;  

pengabulan perihal mengabulkan (permintaan dll)

kabuli
nasi ~ sj nasi yg bercampur dgn berbagai-bagai lauk dan rempah
kabung I = perkabungan

kain putih yg dililitkan pd kepala tanda berdukacita (kerana kemangkatan raja dll); 

berkabung 1. memakai kabung (tanda berdukacita): setelah baginda dikebumikan, maka mereka itu sekaliannya pun ~lah empat puluh hari; 2. memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita (kerana kematian seseorang dll): dia memakai pakaian hitam kerana katanya dia sedang ~ kerana kematian suaminya;  

perkabungan 1. pakaian (kabung dll) yg dipakai semasa berkabung; 2. perihal, perbuatan atau keadaan berkabung: hari ini ialah hari ~ orang Melayu amnya kerana kejatuhan kerajaan Melayu Melaka.  

kabung II
ukuran panjang yg sama dgn 4 hasta (kira-kira satu depa)
kabung III
sj tumbuhan (palma), enau, Arenga pinta (saccharifera): gula ~. 
kabung IV

Mn kerat, penggal; ~ tiga kerat tiga;  

mengabung, mengabung-ngabung mengerat(-ngerat), memotong (-motong), memenggal (-menggal)

kabupaten (kabupatén)
Id 1. daerah yg dikepalai oleh seorang bupati; 2. pejabat (rumah) bupati
kabur I

1. tidak dapat melihat dgn terang atau nyata (bkn mata), kurang terang (bkn penglihatan), pudar: ayahanda orang tua, ~ mata, pekak telinga; 2. kurang jernih (bkn kaca dll), tidak terang atau jelas (bkn corak atau warna sesuatu, tulisan, dll), tidak cerah, pudar: tikar mengkuang putih yg telah ~; tulisan yg ~; nasibnya sudah mulai ~ nasibnya tidak terang atau cerah lagi (sudah mulai buruk); 3. tidak atau kurang jelas (maksudnya, kandungannya, dsb), tidak nyata, samar-samar: definisi novel spt di atas sangat ~; semua kenangan yg indah itu menjadi ~ dan samar-samar;  

mengabur menjadi kabur (kurang terang, jernih, nyata, dll), menjadi pudar: ia melihat ke hadapannya kembali kpd Yusuf dan Maria yg ~ di atas kerusi di bawah pohon mangga yg rimbun itu; fikirannya ~; 

mengaburi menjadikan kabur; tanda tanya terus ~ fikiran Burad;  

mengaburkan menyebabkan jadi kabur: ~ pandangan seseorang terhadap soal-soal masyarakat; ~ mata rakyat mengelirukan rakyat (menipu rakyat); 

kekaburan perihal atau keadaan kabur: dgn menggunakan kaca mata, ~ matanya hilang; Amir sudah pulih drpd ~ fikirannya; dlm buku-buku Greek yg terdahulu, terdapat terlalu banyak ~;  

kekabur-kaburan agak kabur, agak pudar

kabur II
Kl sj kumbang kelapa
kabur III
Jk lari, melarikan diri
 < 1 2 3 4 >  Last ›