Kamis, 14 Mei 2026   |   Jum'ah, 27 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 1.625
Hari ini : 22.818
Kemarin : 35.104
Minggu kemarin : 209.627
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
 < 1 2 3 4 5 >  Last ›
kabus

1. wap air yg kelihatan spt asap yg berada dekat muka bumi (biasanya pd waktu pagi): ~ di puncak bukit kian menipis; 2. tidak nyata kelihatan, tidak terang (seolah-olah ditutupi kabus) kabur, kelam: gambar yg ~; hilang ~ teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita; 

berkabus dilindungi atau dilitupi kabus; 

mengabusi membuat supaya berkabus

kabut I

1. kabus tebal; 2. kabur, kelam, tidak nyata; kelam-~ = kalang-~ a) gelap, tidak nyata; b) kacau-bilau, tidak keruan; 

jangan disesar gunung berlari, hilang ~ tampaklah dia prb tidak usah tergesa-gesa mengerjakan sesuatu pekerjaan yg telah pasti jadi; terang ~ , teduh hujan prb merasa kesenangan selepas menderita; 

berkabut 1. dilindungi (dikelubungi) kabut, tidak jelas (nyata dll), agak gelap; 2. ki sedih, suram; 

kekabutan keadaan kabut

kabut II mengabutkan
mengebaskan (pakaian dll); kebut II
kaca I

1. bahan yg lut sinar atau lut cahaya biasanya keras dan rapuh, dibentuk dgn melakurkan pasir silika, oksida logam dan bahan-bahan lain, digunakan utk membuat tingkap, cermin, dll: cermin muka dibuat drpd ~; 2. = ~ muka cermin (muka); 3. ki cermin, contoh, teladan: keteguhan imannya boleh menjadi ~ bagi bangsanya;  

~ benggala cermin yg tebal (besar); ~ berliang kaca yg mengandungi liang halus yg digunakan dlm turas dll; ~ borosilikat sj kaca yg tahan haba yg digunakan utk membuat barangan kaca makmal; ~ keselamatan kaca yg diolah supaya tidak pecah atau berkecai semasa terkena hentaman (mis kaca utk cermin kereta); ~ mata a) cermin mata; b) penglihatan, (sudut) pandangan; dr ~ mata seniman; ~ pembakar kanta cembung yg menumpukan sinar matahari utk membakar; ~ pembesar(an) kanta kaca utk membuat benda yg dilihat kelihatan besar; bagai ~ terhempas ke batuprb sangat sedih atau kecewa;

kaca I berkaca

1. menggunakan (memakai) kaca: tingkap-tingkap itu ~; ~ mata memakai kaca mata, bercermin mata; 2. = mengaca melihat muka (diri sendiri) dlm cermin, bercermin: bersolek sambil ~;3. = berkaca-kaca bersinar, berkilauan (bkn mata, air dll): matanya ~ kembali;  

memperkaca menyaksikan (menentukan, meyakinkan, melihat) sendiri

kaca II
muka surat, halaman (buku dll)
kacak I

1. kelihatan gagah, segak, tampan: seorang pemuda yg ~; 2. angkuh, bongkak; bulang sali ~ sama, tinggal lagi mujur malang prb sama kuat dlm pertandingan dll dan kalah menangnya terpulang pd nasib; 

mengacakkan menyebabkan seseorang menjadi kacak: pakaian Melayunya yg lengkap yg garang warna merahnya, ~ lagi rupa parasnya; 

kekacakan keadaan atau sifat kacak: Tuhan juga menganugerahkan ~ kpd kaum Adam. 


kacak II
Pr; berkacak berpijak, berdiri: panglima kecil madu suara, Awang kecil akal melela, yg ~ di awan-awan, yg bergantung di angin lalu.  
kacak III

Mn; berkacak; ~ pinggang bercekak pinggang; 

mengacak memegang (mengangkat) utk mengetahui berat sesuatu;  

~ galas  a) mengangkat galas; b) ki berdagang; ~ lengan mengangkat lengan (hendak berkelahi); 

dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan prb perihal orang yg merasa dirinya sudah cukup dlm segala hal (tidak memerlukan bantuan orang lain)

kacam

sj tumbuhan (pokok memanjat), asam kumbang, Embelia rugosa

kacan
Kl; mengacan mengangkat (benda-benda yg berat): dikacannya rumah itu dgn besi
kacang I

 sj tumbuhan dan buahnya;  

~ arab = ~ bendi = ~ lendir sj tumbuhan (herba), Hibiscus esculentus; ~ belimbing = ~ botor = ~ kelisah = ~ kotor sj tumbuhan (pokok memanjat), Psophocarpus tetragonolobus; ~ buncis = ~ pendek sj tumbuhan (herba), Phaseolus vulgaris; ~ cina sj tumbuhan (herba), Phaseolus lunatus; ~ goreng = ~ cina = ~ jawa = ~ tanah sj tumbuhan (herba), Arachis hypogaea; ~ hantua) = ~ parang = ~ polong sj tumbuhan (pokok memanjat), Canavalia ensiformis; b) orang jahat; ~ hijau = ~ cindai = ~ padisj tumbuhan (pokok renek), Phaseolus aureus; ~ kara = ~ sepat sj tumbuhan (pokok), Dolichos lablab; ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok renek), Cajanus indicus; b) = ~ riang-riang = ~ sekucuk sj tumbuhan (pokok), giring-giring, Crotalaria striata; ~ kelor sj tumbuhan (pokok) emunggai, Moringga oleifera; ~ kotasj tumbuhan (pokok), ketepeng hutan, Cassia occidentalis; ~ laut a) sj tumbuhan (herba), Vigna marina; b) sj tumbuhan (pokok menjalar), Canavalia rosea; ~ miang a) sj kacang yg gatal; b) orang yg suka menghasut; ~ panjang = ~ merah = ~ perut ayam sj tumbuhan (pokok), Vigna sinensis; ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Pisum sativum; ~ soyasj tumbuhan (herba), Glycine max; ~ sepalit = ~ puyuh sj tumbuhan (herba), Phaseolus calcaratus; kuih ~ kuih kasturi, rengas; 

~ lupakan kulitnya = panas hari, lupa ~ akan kulitnya prb orang yg lupa akan asalnya (orang yg telah menolongnya dll) setelah menikmati kesenangan dll; bagai ~ direbus satu prb meloncat-loncat kerana kesukaan; bagai ~ tengah dua bulan prb Mn sangat subur tubuh badannya (bkn kanak-kanak); 

kacang-kacang a) sj tumbuhan (pokok renek), teruntum, Aegiceras corniculatum; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), kacang hijau hutan, Pueraria phaseoloides; akar ~ a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar pah kuda, akar sarang punai, akar tegun pontianak, Dichapetalum deflexifolium; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar nyamuk, Agelaea vestita;  

mengacang 1. membahagi-bahagi (barang yg diperoleh dll); 2. berbuat sesuka hati atau semahu-mahunya (atas hak milik orang lain); 

memperkacang menghabiskan (memboroskan) harta atau wang orang

Mn; kacang-kacang penabur (peluru); baru ~nya baru pendahuluannya (belum ramai lagi dsb)

kacang III

~ lopek sj ikan laut, Sphyraena obtusata;  

kacang-kacang, kekacang sj ikan laut, alu-alu, tenak, Sphyraena spp;

kacang-kacangan sj ikan, Hemiramphus spp

kacang IV

Kl; mengacang menumbuk, mengasak, menginjak-injak; 

terkacang; ~ pinggang sakit seluruh badan

kacapiring

sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga cina, bunga susu, bunga susun kelapa, Gardenia augusta

kacapuri
1. ibu rumah yg letaknya di bahagian tengah; 2. bahagian istana yg letaknya di sebelah dalam, pusat istana; durian ~ durian yg isinya di tengahnya sahaja yg boleh dimakan
kacar I

kail ~ = pancing ~sj kail yg biasanya memakai bulu dsb (tidak menggunakan kawat yg tajam) utk menangkap cumi-cumi; 

mengacar memancing cumi-cumi dll

kacar III; mengacar
1. Kl mengaduk-aduk; 2. Mn menggagau, meraba-raba atau mencari-cari (ikan dll); 3. membongkar, menggeledah, meraba-raba (utk mencari sesuatu yg tersembunyi pd diri seseorang)
kacat
Kd, Pr; pinang ~ pinang muda (pinang jerkat)
kacau I

1. tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk: susunan kad itu ~;2. kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak tenteram: fikirannya ~; 3. huru-hara, tidak aman, tidak tenteram: pemimpin-pemimpin Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura; 4. = berkacau;  

berkacau 1. bercampur baur, bergaul betul: tunggu sampai cat itu sudah ~ benar; 2. bercampur aduk (dgn hal-hal lain), berkecamuk, tidak kemas dan teratur: suasana pd masa itu ~ dgn soal perkauman; fikirannya ~; 

mengacau 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; kacau daun melakukan sesuatu utk merosakkan perhubungan antara orang lain (mengganggu ketenangan sesuatu keadaan, keselesaan seseorang, dsb); 

mengacaukan 1. menjadikan bercampur (bergaul) betul; 2. menjadikan berkacau dgn hal-hal lain; 3. mengacau, menimbulkan keadaan yg kacau: satu pembaikan yg agak luas mempengaruhi sistem ejaan baru ini ialah dr segi keselarasan vokal yg dahulunya hal ini amat ~; 

memperkacaukan menjadikan berkacau; 

kacauan (sesuatu) yg bercampur aduk: bahasa Melayu pasar ialah bahasa ~; 

kekacauan keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosakkan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja;  

pengacauan perihal mengacau;

pengacau 1. (orang) yg mengacau, perusuh; 2. alat utk mengacau


 < 1 2 3 4 5 >  Last ›