Ditemukan : 4220 Record
kelian III
pegawai desa di Bali
keliar; berkeliaran
berjalan (bergerak, bersiar-siar, dll) merata-rata atau ke sana sini, merayau, bertualang: mata-mata gelap ~ di bandar itu.
keliaran
perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda;
kelias → pelias
keliat; mengeliat
keliatan
perihal (keadaan dsb) liat: malah apabila mendengar ayam kampung, teringatkan hanya ~ dagingnya belaka; ~ air (Kim) perihal air yg tidak berbuih dgn sabun
kelibang
~-kelibut = berkelibangan berterbangan, terbang berpusing-pusing (bkn kelekatu dll)
kelibat I
pengayuh (dayung) yg berdaun pd kedua-dua hujungnya;
mengelibat mengayuh (berdayung) dgn kelibat; gelibat I
kelibat II
Jk terlibat, terbabit (dlm sesuatu perkara); → libat
kelibat III
rupa seseorang atau sesuatu yg kelihatan sepintas lalu sahaja, imbasan: usahkan dia, ~nya pun tak nampak; ia dapat melihat hanya ~ kereta abangnya membelok di jalan itu;
sekelibat = ~ mata seketika, sekelip mata, sepintas lalu, sekali imbas, selayang pandang: di dalam cahaya pelita kelihatan ~ lembaga Pak Imam;
terkelibat terbayang seketika atau sepintas lalu; kelebat
kelicap
sj burung;
~ bakau = ~ belancam sj burung, Leptocoma spp.; ~ belukar sj burung a) Anthreptes s. singalensis; b) burung cegar, Enicurus ruflcapillus; c) merbah sampah kuning, Macronus g. gularis; ~ berjambul sj burung, pipit anggerik, Yuhina zantholeuca interposita; ~ bunga kantan = ~ mas sj burung, Stachyris spp.; ~ gunung = ~ merah sj burung, Aethopyga spp.; ~ jantung = ~ pisang sj burung, Arachnothera spp.; ~ kunyit sj burung, Aegithina tiphia micromelaena; ~ mayang kelapa = ~ belukar = ~ kelabu = ~ rimba sj burung, Anthreptes spp.; ~ perepat sj burung, Gerygone sulphurea; ~ pucat pisang sj burung, kacici, Orthotomus a. atrogularis; ~ ranting sj burung, Muscicapa tickelliae sumatrensis
kelici I
sj tumbuhan (akar memanjat), Acacia pseudointsia; ~ rimba sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kuku lang, darah belut, gorek, kulang, maticang, mentiung, tampu, rengat, Mezoneuron sumatranum; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kacang betina, Rourepsis pubinervis
kelici II
1. buah yg bulat keras (dibuat mainan dll)<./b> guli, gundu, kelereng
kelicikan
kepintaran menipu, keculasan (hati)
kelicinan
1. perihal atau keadaan licin: (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): ~ jalan raya itu telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku; 2. perihal atau keadaan licin (sama rata, tidak menggerutu, dsb): ~ pipi yg empuk akan hilang apabila tua; 3. perihal (keadaan dsb) berjalan dgn licin (lancar), kelancaran: ~ pentadbiran kerajaan akan terganggu sekiranya sentimen politik dicampuradukkan dgn tugas sehari-hari; 4. kepintaran (menipu atau memperdaya orang lain), perihal licin (dlm perlakuan atau tindak-tanduknya): kecurangan Tuai Kancu yg menipu anak-anak buahnya melalui kekuasaan dan ~nya mendapatkan wang drpd jalan yg mudah;
kelicu → kicu
kelidai
sj kayu yg sangat keras; → kenidai
keliding
Ph alat utk membuat periuk belanga drpd tanah, gelinding
kelido
Sr senduk (drpd kayu), sudip
kelih
dapat melihat, celik (mata); tidak ~ mau tengok prb mahukan hasil (faedah) tetapi tidak mahu berikhtiar utk mendapatkannya;
mengelih melihat, menyaksikan, mengawasi
|