Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 234
Kemarin : 30.160
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 106 107 108 109 110 >  Last ›
kelihaian

perihal lihai, kepintaran: ~nya dapat dibuktikan melalui peranannya di kampung itu. 

kelihatan
1. dapat dilihat, tampak: hari itu redup dan muram, matahari belum ~ sejak empat jam tadi; 2. = kelihatannya nampaknya, pd lahirnya, rupanya: Datuk Empat Ujang ~ termenung; 3. diketahui, jelas, ternyata: ~ benar apa tujuannya;
kelik I kelok, liku;
mengelik mengalihkan (menggerakkan, mengelakkan) sedikit tubuh (utk mengelakkan tikaman, pukulan, dll): sebaik-baik sahaja Ali menikam, Kassim pun ~; mengelikkan mengelakkan atau menghindarkan (tikaman, pukulan, dll) dgn mengelik
kelik II; kelik-kelik

Mn sj semut yg berbisa;  

~ dlm baju, musuh dlm selimut prb musuh berhampiran dgn kita yg boleh menyusahkan (merosakkan) kita

kelik III; terkelik
menggerodak, berbunyi (perut) sebab lapar
kelik IV
Kl balik, pulang
kelikah, kelikat
tabiat; khalikah
kelikatan
perihal likat (cecair dll)
kelikih, keliki
Mn buah betik, kepaya
kelikir I
1. gelung-gelung rotan, lingkaran-lingkaran (drpd rotan dll) pd kemudi atau tiang kapal; ~ dayung gelung yg mengikat dayung pd keliti atau pemegangnya; 2. gelung (drpd rotan dll) yg dipasangkan (dicucukkan) pd hidung kerbau, kili-kili; kena ~ ki berada di bawah kuasa seseorang, terbelenggu (dikuasai orang); putus ~ rompong hidung prb sengketa yg tidak dapat diselesaikan (diperdamaikan) lagi
kelikir II
batu ~ batu kecil-kecil (digunakan utk membuat jalan raya); intan disangkakan batu ~ prb tidak tahu menghargai sesuatu; kerikil
keliling

1. lingkungan di sekitar sesuatu (benda, tempat, dll); di ~ di kawasan (tempat-tempat dll) yg melingkungi atau melingkari sesuatu, di sekitar: dibubuhnya baja di ~ pokok itu; hutan di ~ kampung itu menghasilkan kayu yg banyak; 2. garis sempadan yg melingkari sesuatu bidang (kawasan dsb): ~ tanah itu kira-kira seribu meter ukurannya; 3. bp = berkeliling;  

~-kelalang terlalu asyik dgn sesuatu (lawak dll) sehingga kurang dapat mengawal telatah diri: mak pandai melawak, orang ~ geli hati dibuatnya; pertanyaan ~ pertanyaan-pertanyaan yg dikemukakan setelah selesai sesuatu rapat umum; tujuh ~ sj penyakit kepala (menyebabkan kepala sangat pening);  

sekeliling segalanya di sekitar sesuatu, di merata tempat (setiap arah) di sekitar sesuatu, sekitar: keadaan ~ senyap sunyi; udara ~ sangat sejuk; di ~ di merata tempat (di setiap arah), di sekitar sesuatu, di sekitar (seluruhnya): segala apa yg berlaku di ~nya tidak menarik hatinya;  

~ pinggang (bkn hutang dll) sangat banyak;  

berkeliling 1. bergerak melingkari atau di sekitar sesuatu (tempat, benda, dll): baginda pun beraraklah tujuh kali ~ kota; 2. berjalan berpusing-pusing (ke merata arah dan tempat), berjalan dsb merata tempat: maka Laksamana pun ~ mencari, tiada juga bertemu;  

mengelilingi 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia;  

mengelilingkan membawa berkeliling (dr suatu tempat ke suatu tempat lain atau dr seorang ke seorang hingga berbalik semula ke tempat asal), mengedarkan: seorang pelayan pejabat sedang ~ surat rayuan kutipan derma itu;  

pekeliling; jalan ~ jalan yg (mengikut haluan yg) berpusing atau beredar; surat ~ surat rasmi tentang sesuatu perkara yg diedarkan utk pengetahuan umum (atau utk tindakan pihak-pihak tertentu): ~ Perkhidmatan

kelilip

Jw benda yg termasuk ke dlm mata (spt debu, pasir, dll);  

kelilipan termasuk ke dlm mata (debu, pasir, dll)

kelilipan

termasuk ke dlm mata (debu, pasir, dll)

kelim I

lipatan pd tepi kain yg dijahit; ~ Betawi kelim dua kali (digunakan pd kain yg halus); ~ lapis sj kelim yg digunakan pd kain kasar; ~ papan sj kelim yg pipih (bagi kain benang yg halus); ~ sambung sj kelim yg digunakan apabila menyambung dua bahagian badan baju; ~ tindih kasih kelim yg di dalamnya dilapik dgn pita;  

berkelim ada kelimnya, berlipatan (yg dijahitkan);  

mengelim menjahit kelim: kain ini cantik rupanya, senang menjahitnya dan ~ tepinya;  

pengelim alat utk mengelim (pd mesin jahit)

kelim II
pintalan (pilinan) pd tepi kulit karipap dsb yg telah dicantumkan utk mengejapkan cantumannya (supaya tidak dimasuki minyak dsb)
kelima

~ paya sj tumbuhan (herba), kesum, kesuma, tebuk seludang, tuba seluang, Polygonum pubescens (fiaccidum)

kelima

kelima-lima
lima-lima sekali, lima semuanya; 
kelimpahan

1. perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak: agak seketika didengarnya bunyi air ~ ; 2. diberi (dikurniakan dll) banyak-banyak, menerima (kurnia dll) banyak-banyak; 3. = kelimpah-mewahan keadaan yg mewah atau berlebih-lebihan, kemewahan;

kelimpanan
Mn kelilip
‹ First  < 106 107 108 109 110 >  Last ›