Ditemukan : 4220 Record
kemesak
1. sj tumbuhan (pokok), cenderai, ceret budak, semangkuk, Croton argyratum; 2. sj tumbuhan (pokok), calang paya, kayu meroyan, lidah api, Croton griffithii
kemesit
Kd kering, kecut (buah dll)
kemesraan
perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~.
kemestian
1. sesuatu yg dimestikan, kewajipan; 2. ketentuan, ketetapan
kemesuman
1. perihal mesum, kekotoran, kekolotan; 2. perbuatan dll yg tidak senonoh: dlm sendiwara ini, ia mengecam kemewahan dan ~ kehidupan kaum yg memerintah pd masa itu.
kemetot
(kemétot) kerdil, terencat (bangunnya), tergencat
kemewahan
perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~ hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri.
kemi
sj ikan laut, Echineis naucrates; → gemi
kemih
air seni, kencing;
berkemih buang air kecil, buang air seni, kencing
kemik
1. lekuk (spt pd tin yg jatuh atau terpukul sesuatu), kepik, penyuk: bertaburan tong sampah yg ~ dan berkarat; 2. penyek, penyet (hidung); hidung ~ hidung penyek;
terkemik menjadi kemik (kerana jatuh, terpukul sesuatu dsb)
kemilap → gemilap
kemilau → kilau
kemili I
NS memilin (memintal) tali kembar empat
kemili II → kembili
kemimikan
(Bio) keadaan sifat, ciri, dll sesuatu haiwan yg menyerupai sifat, ciri, dll haiwan lain
kemin I
Pr kemas atau rapi buatannya (kerusi, meja, dll)
kemin II
Kd menggulung atau memintal (rokok, misai)
keminting
kemirau
masih mentah dan keras (bkn buah), kirau
kemiri
sj tumbuhan (pokok dan buahnya), buah keras, Aleurites moluccana; ~ jatuh ke pangkalnya prb mendapat tempat yg sewajarnya, kembali ke tempat asalnya; kembiri II
|