Sabtu, 16 Mei 2026   |   Ahad, 29 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 211
Hari ini : 15.459
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 127 128 129 130 131 >  Last ›
kempas I
sj tumbuhan (pokok), Koompassia malaccensis; ~ roman sj tumbuhan (pokok), babi kurus, beberas, beras-beras, kasir, kedondong matahari, kijai, pauh kijang, Trigonochlamys griffithii
kempas II
~-kempis turun naik (dadanya), mengah-mengah (nafasnya), kembang
kempeitai

(kémpéitai) (anggota) polis tentera Jepun yg dibenci dan ditakuti kerana kekejamannya (semasa pemerintahan di negara yg diduduki)

kempek (kempék)
Jk sj bekas drpd anyaman dll digunakan sbg tempat sirih (wang dll)
kempelang; mengempelang

menampar, menempeleng, meninju (memukul) kepala dgn kuat;  

kempelangan pukulan yg kuat

kempen (kémpén)

segala usaha (kegiatan dan tindakan) yg dirancangkan dan dilaksanakan dgn menggunakan penerangan (rayuan dll) utk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu (matlamat dll): jabatan tersebut akan memperhebat ~nya utk menyedarkan pekebun-pekebun kecil tentang pentingnya penanaman semula getah; ~ pilihan raya kempen utk mendapatkan sokongan pengundi bagi calon (parti politik) yg bertanding dlm sesuatu pilihan raya;  

berkempen melancarkan (menjalankan) kempen: pegawai penerangan parti itu sedang giat ~ membidas dasar-dasar ekonomi parti yg memerintah.  

kempening
sj tumbuhan mempening
kemperas
sj ikan air tawar, Cyclocheilichthys spp
kempiluh, kempilur
sj bekas (bakul) yg bertutup dibuat drpd anyaman
kempis I

menjadi pipih atau kendur (kerana kurang atau tiada lagi isinya), tidak kembung atau melembung lagi: tayar kereta ini ~ kerana kurang anginnya; perutnya ~ dan pipinya cengkung;  

mengempis menjadi kempis: tayar keretanya semakin ~;  

mengempiskan menyebabkan (menjadikan) kempis: ia ~ tayar kereta dgn mengeluarkan anginnya.  

kempis II
Jk sj botol yg dibalut dgn anyaman rotan (utk diisi air minum)
kempit
sj buyung
kempu

sj kotak yg bulat dan bertutup utk menyimpan pakaian (barang kecil-kecil dll)

Mn empuk (makanan), masak (bkn sesuatu yg dimasak, dipanggang, dll), ranum (bkn buah-buahan), busuk atau rosak

kempul I

Jw sj alat bunyi-bunyian (seakan-akan canang besar)

kempul II; berkempul-kempul

mengah-mengah (nafas), sesak nafas;  

terkempul-kempul terengah-engah, termengah-mengah

kempun; terkempun-kempun
terkepit (spt kain ketat di antara kedua-dua belah paha)
kempunan
1. ingin benar (akan), selalu ingat (akan): ia ~ hendak mengetahui rahsia itu; 2. berasa kecewa (hampa) kerana tidak tercapai sesuatu keinginan atau idaman: dicarikannya juga buah yg dipesan oleh ayahnya itu kerana takutkan ayahnya ~ nanti; 3. dlm kesukaran (kebimbangan), dlm keadaan serba salah atau kebingungan, berasa sungguh malang (kerana sangat kecewa dll): lepas dr ~; menanggung ~. 
kempung I
lekuk atau termasuk ke dalam (kerana kurang berisi, bkn pipi), cekung (pipi), caung atau kempis (pipi): pipinya ~ dan matanya cengkung.  
kempung II

1. Jw bahagian bawah perut; 2. = kempungan Jk gelembungan

kemput

Jk 1. kempung, cekung, caung (pipi); 2. ki kosong, habis harta benda

‹ First  < 127 128 129 130 131 >  Last ›