Ditemukan : 4220 Record
keperwiraan
1. sl keberanian, kegagahan, kepahlawanan: riuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~; 2. perihal perwira
kepahlawanan
kepesatan
perihal pesat, kemajuan yg pesat: ~ penubuhan dan pembinaan syarikat-syarikat perusahaan dan kilang akan meringankan masalah pengangguran.
kepesonaan
perihal (keadaan) pesona: pengetahuan jenis ini lahir dan berkembang dgn penuh keghairahan dan ~ sehingga sukar disekat;
kepet I
(képét) tidak beristinjak (bercebok)
kepet II
(képét) Jk sirip
kepetahan
perihal petah, kefasihan, kepetesan
kepetang
Mn kelmarin
kepetangan
mengalami (menempuh) petang, kena petang;
kepetanian
kedudukan (taraf) petani;
kepialu I
pening (sakit) kepala; demam ~ demam serta pening kepala (ada berbagai-bagai jenis);
~ berlat demam yg menyebabkan kepala berasa sakit dan panas; ~ disumbat demam yg menyebabkan peluh tidak keluar; ~ kelabu kambing demam yg menyebabkan badan berasa sejuk; ~ kemudian demam kerana kena panas; ~ kura demam yg keras dan berlanjutan (menyebabkan mulut terasa pahit); ~ radang demam yg menyebabkan tubuh menjadi panas dan orang yg menghidapinya meracau
kepialu II
akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar cenderai, akar sekapu, akar sempelas, lidah kucing, Grewia umbellata; daun ~ daun pokok lakum (Vitis trifolia) yg dijadikan ubat (utk penyakit demam)
kepiat I
hampas kelapa, kelapa parut yg telah diperah santannya
kepiat II
sj ikan darat, lampan, Puntius schwanefeldii; kepayat
kepiatuan
sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri
kepiawaian
kecekapan, kepintaran: lalu hilang pulalah ~nya sbg perjaka perkasa;
kepicikan
perihal picik (tempat, fikiran, wang, dll): pd masa ~ wang ia akan menanti di lorong-lorong yg gelap utk merompak.
kepik I
sj kumbang kecil (yg berbau busuk)
kepik II
lekuk kecil (pd benda), kemik, penyek, pipih
kepil
berdamping(an), berdampil, berhampiran, berdekatan, rapat;
mengepil berdampingan (berdampil) dgn, berdekatan (berhampiran) dgn; berjalan ~ ibunya berjalan berdampingan dgn ibunya; belayar ~ pantai belayar menyusur (berhampiran dgn) pantai;
mengepilkan 1. menjadikan (menyebabkan) rapat atau berdekatan, mendampingkan, merapatkan, menambatkan (perahu, gajah, dll): maka Peringgi pun mudiklah menyongsong, dikepilkannya segala perahunya di Kota Kara; maka gajah pun dikepilkan di balairung; 2. menyertakan (bersama sesuatu): bil yg berkenaan dikepilkan bersama surat ini; terkepil terletak bersaingan (berdampingan, berdekatan, rapat) dgn: maka usungan pun ~lah di astaka, maka raja pun naik ke atas usungan lalu berangkat ke masjid.
kepiluan
1. perihal pilu, kesedihan; 2. = kepilu-piluan berasa pilu (hiba, sedih, dll)
|