Ditemukan : 4220 Record
keperajuritan
perihal perajurit, kepahlawanan, ketenteraan
keperakan, keperak-perakan
warna putih kekelabuan yg terang atau berkilau: biru ~. warna putih kekelabuan yg terang atau berkilau: biru ~.
keperancak
sj bunga
keperang-perangan
agak perang
keperantisan
latihan dan kerja sbg perantis: dia berjaya menamatkan ~ selama enam tahun.
keperawanan
perihal perawan, kegadisan, kesucian: kalau terlalu bebas bergaul dgn lelaki orang akan meragukan ~nya.
kepercayaan
1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;
keperempuanan
perihal sifat perempuan: kelakuan Rahimah sehari-hari memberi gambaran yg nyata tentang isi hati ~nya.
kepergian
perihal pergi, keberangkatan: yg lebih menyedihkan lagi ialah ~ anaknya yg sedemikian lama itu tidak pernah berpisah dengannya;
kepergok
Jw † (tiba-tiba) terjumpa, terserempak, tersua → pergok
keperibadian
perihal peribadi, sifat (watak, ciri-ciri, dsb) yg khusus terdapat pd seseorang, bangsa, dsb: keistimewaan cerpen-cerpen ini terletak pd kejayaan pengarang mencipta watak-watak yg diberi ~ orang Melayu kampung; faham komunis hendak membuat manusia hidup sbg mesin yg tidak mempunyai ~; ~ bangsa; ~ Islam;
keperibumian
sifat bangga kerana menjadi anggota peribumi sesebuah negara, yg terpancar (biasanya dlm sesebuah organisasi) melalui penonjolan ciri-ciri peribumi: semangat ~; institusi itu bercorak ~.
keperihalan
kisah, keterangan, huraian: ~ sejarah yg terkhusus;
keperihan
1. kepedihan, kesakitan: setitik air sabun yg masuk ke matanya menyebabkan ~; 2. ki perasaan tidak senang (tidak gembira dll), kepahitan, kepedihan (perasaan): dia sendiri dapat berasa ~ yg mencengkam hatinya itu.
keperisaan
kesedapan, keenakan: nikmatilah ~ buah-buahan sejati.
keperitan
perihal perit, kepedihan, kesusahan, kesukaran: ia menghadapi segala ~ hidup dgn sabar.
keperkasaan
1. perihal perkasa, keberanian, kegagahan: dia tahu benar ~ Iskandar Muda dgn armadanya yg besar menyerang Melaka; 2. kekuasaan, kekuatan, kekerasan
keperluan
1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja.
kepermaian
perihal permai, keindahan, kecantikan, keelokan: pengarang gemar melukiskan kecantikan seorang puteri atau sebuah ~ istana.
kepersisan
perihal (keadaan) persis, ketepatan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai.
|