Ditemukan : 4220 Record
kepriayian
sifat-sifat priayi
keprihatinan
1. kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian berat pd seseorang atau sesuatu: ~ terhadap kebajikan sosial dan kepentingan awam; ~ negara-negara Islam terhadap Bosnia-Herzegovina.; atas rasa ~ dan tuntutan memenuhi cita-cita bahasa, bangsa, dan negara; 2. perasaan sedih (dukacita) yg amat sangat: lalu diberikan berbagai-bagai alasan dan saranan dgn rasa ~ yg mendalam terhadap peranan yg sudah terabai
keprofesionalan
kemampuan yg khusus (sbg seorang profesional), keupayaan seorang profesional: usaha utk menumpukan perhatian pd aspek meningkatkan ~ guru bahasa dan sastera Melayu.
kepruk I
Jw; tukang ~ tukang pukul;
mengepruk memukul hingga pecah atau cedera parah: ~ kepala.
mengepukkan melekukkan
kepruk II, keprok
Jw; jeruk ~ sj limau manis, Citrus nobilis
kepuakan
yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran;
kepuasan
perihal puas, kelegaan, kenikmatan, kesenangan: mencari ~ dan ketenteraman jiwa;
kepucatan
agak pucat; kuning ~ kuning yg agak keputihan (tidak kuning sungguh)
kepudang
sj burung, burung kunyit, Oriolus maculatus
kepudaran
keadaan atau hal pudar: biru ~
kepuh I; mengepuh
menggelembung (kerana berisi angin), melembung, mengembang tegang (bkn layar)
kepuh II
Kd reban ayam
kepuisian
berkaitan dgn puisi, yg menunjukkan ciri-ciri dlm puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca;
kepuitisan
keadaan puitis: ~ bahasanya dapat dilihat melalui banyaknya pilihan kata yg mempunyai pertalian bunyi.
kepujanggaan
perihal pujangga (karang-mengarang kesusasteraan), sifat-sifat pujangga
kepujian
1. yg dipuji, sangat terpuji: ~ dlm ilmu hisab dan sains; pangkat ~ pangkat yg sangat terpuji; 2. = pujian; mendapat (menerima) ~ mendapat (menerima) pujian;
kepuk I
1. tempat menyimpan padi, kapuk, rengkiang padi, lumbung padi: kenapa ~ di ladang, kalau tidak berisi padi; 2. sj bakul drpd kulit kayu (tempat diisi nasi, beras, dll); 3. sj bakul (tempat diisi ikan), kembu, kepis
kepuk II; kepuk-kepuk, kekepuk
kolar (leher baju) yg tinggi
kepuk III
lekuk;
kepul I
gumpalan asap atau awan yg tebal: ~-~ asap keluar dr corong asap kapal itu;
berkepul, berkepul-kepulbergumpal-gumpal tebal (bkn asap yg naik ke udara atau awan yg terapung-apung di udara): berkepul-kepul asap dr sampah-sarap yg dibakar itu naik ke celah-celah daun manggis;
mengepul menjadi bergumpal-gumpal (bkn asap, awan), keluar berkepul-kepul (bkn asap dll): asap rokok itu ~-ngepul naik ke atas dan menghilang dlm kegelapan malam yg hitam pekat itu;
mengepulkan menghembuskan asap rokok dll menjadi berkepul-kepul (bergumpal-gumpal): ia duduk termenung sambil ~ asap rokoknya;
kepulan gumpalan (asap dll): ~ asap hitam kelihatan menuju ke udara.
|