Ditemukan : 4220 Record
kepustakaan
orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan, ahli perpustakaan
keputeraan
anakanda, putera
keputih-putihan
Pr nama timang-timangan utk anak lelaki dan perempuan yg keenam atau ketujuh, teh
keputihan
agak putih, kelihatan putih
keputusan
~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan (wang dll);
mempunyai keputusan (kesudahan dsb); tidak ~ tidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir;
keputusasaan
sl peputut
kepuyu
sj ikan; → puyu II
kepuyuh → puyuh
kepuyuk
Mn lipas, kacoa
keqadiman
keadaan atau perihal qadim, keabdian: ~ alam
kera I
1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas;
~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat mengerjakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacanprb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari-lari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai
kera II
burung ~ sj burung, burung sanuk, Rhopodytes tristis longicaudatus
kerabat I
Ar 1. sanak-saudara, saudara-mara, keluarga: ia menjadi tabib bagi ~ diraja; kaum ~ saudara-mara; 2. dekat (rapat) dlm perhubungan kekeluargaan;
berkerabat ada hubungan kekeluargaan, bersaudara: aku memang sedia menolong orang yg ~ dgn aku;
kekerabatan yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan: jelaslah kpd kita bahawa sesuatu masyarakat itu tersusun drpd hubungan dan ikatan ~;
perkerabatan perhubungan (pertalian) kekeluargaan, persaudaraan
kerabat II
Kl, Kd, Tr panjat
kerabik
rabik, robek, sobek; → kerabit
kerabin
sj senapang; → karabin
kerabit
robek, rabik, sobek;
mengerabit, mengerabitkan merabik-rabik, menyobek-nyobek; kerabik, kerebok, kerobek
kerabu I
Mn sj rojak (dibuat drpd campuran hirisan mentimun, bawang, lombok, garam dll);
mengerabu membuat kerabu
kerabu II
sj perhiasan yg dipakai di telinga, subang (nipis drpd emas);
berkerabu memakai kerabu
kerabu III
1. sj tumbuhan (pokok), Lophopetalum fimbriatum; 2. sj tumbuhan (pokok), pokok telur buaya, senayan api, Xanthophyllum
|