Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 0
Hari ini : 107
Kemarin : 31.324
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 160 161 162 163 164 >  Last ›
kereket
(kerékét); berkereket berbunyi spt lantai buluh atau papan dipijak-pijak
kerekot I
(kérékot) 1. bengkok-bengkok (bkn jari dll); 2. berkerut-kerut (tidak rata dan licin), menjadi kerukut (bkn lantai)
kerekot II
(kérékot) sangat kedekut (bakhil)
kerekot III; mengerekot
(kérékot) berbaring dgn merapatkan tangan dan kaki ke tubuh (kerana sakit atau kesejukan): Bujal ~ macam udang; pd malam yg sejuk itu dia tidur ~ dgn berselimutkan sehelai kain biasa;  
kerekot IV; mengerekot
mengerekotkan merapatkan tangan dan kaki rapat ke tubuh (kerana sakit atau kesejukan)
kerekup → kerukup
kerelaan

keikhlasan (hati), keizinan, kesudian, perkenanan, persetujuan: mencari ~ Allah; reda

kerelatifan
perihal (keadaan dsb) relatif
kerem → keram
keremajaan
perihal (keadaan) remaja: seorang gadis yg sedang dlm ~; 
keremak

sj tumbuhan (rumpai), kermak, kermak bukit, bayam pasir (tanah), daun serapati, kelama hijau, kerak nasi paya, kernau, ketung pulut, rumput kulang pulut, Alternanthera triandra (sessilis); ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (rumpai), ari(ng)-aring, rumput kuning putih, urang-uring, Eclipta alba; ~ rusa sj tumbuhan (herba), lutut ayam, Mygrophila quadrivalvis; ~ susu sj tumbuhan (herba) ara tanah, gelang susu, Euphorbia hirta; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kangkung laut, akar lanar, keledek hutan, Ipomea digitata

keremangan
suasana (keadaan) yg remang (kelam, kabur): mereka bertolak-tolakan dlm ~; pinggir pantai yg diserkup ~ senja.  
keremangka

sj tumbuhan (pokok), cakmau, caman, camau, cemah, pati belalang, sejuang hutan, Dracaena maingayi

keremehan
perihal remeh (kecil, tidak berharga, tidak penting, dll): seorang rahib dr Najran berkhutbah-khutbah memperkatakan ~ hidup dunia serta kebesaran hidup akhirat.  
keremi

cacing kerawit

keremot
(kerémot) keremut
kerempagi

sj pisau cukur, pisau lipat

kerempung
perut bahagian bawah
keremunting → kemunting
keremut
berkedut-kedut (muka), berkerut-kerut
‹ First  < 160 161 162 163 164 >  Last ›