Ditemukan : 4220 Record
keren
(kerén) Jk tampak berani serta tangkas, garang dan suka melawan, lekas marah, lekas berlari dgn pantas (bkn kuda dll)
kerenah
(kerénah) ragam, tingkah laku, kemahuan: banyak benar ~nya budak ini
kerenam
sj tumbuhan (pokok), kenidai, punai, sebasah (bukit), Antidesma cuspidatum
kerenan
1. = ~ makan sj tumbuhan (pokok renek), cenderai gajah, kenidai babi, kenidai samak jambu, Bridelia stipularis; 2. sj tumbuhan (pokok), kenidai (jantan), Bridelia monoica
kerencaman
perihal rencam (terdiri drpd pelbagai macam), kepelbagaian: ~ dan kepelbagaian corak bahan cerita rakyat.
kerencang
bunyi spt bunyi besi (rantai, wang logam) berhantukan atau bersentuhan
kerencat
terencat → rencat
kerencatan
perihal (keadaan dsb) terencat (terbantut dsb), kebantutan: kanak-kanak itu biasanya dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami ~ pertumbuhan;
kerencing → kerencang
kerencung I
sj tumbuhan (herba), daun sejuk, ganti batang, rajah bangun, teres, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum (calycium)
kerencung II
bunyi seakan-akan bunyi kerencang
kerendahan
1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi kehinaan, kenistaan; 3. direndahkan oleh: dia pantang ~;
kerendahan hati
sifat rendah hati (tidak sombong)
kereng
Jw keras hukumnya atau perintahnya (terhadap anak dll), garang, pemarah
kerengga
sj semut yg besar dan merah, Oecophylla smaragdina
kerenggamunggu
buah pokok kepulaga (yg dijadikan rempah), buah pelaga, buah pulaga
kerenggangan
perihal renggang: aku mengerti kenapa antara dua teman itu timbul ~ dan ketegangan;
kerenggehan
keadaan renggeh: yg terpampang jelas hanya ~.
kerengkam
sj lumut laut
kerengkek
(keréngkék) sj ikan darat, pata puling, Puntioplites fasciatus
|