Ditemukan : 4220 Record
kernyih
seringai, kerising;
mengernyih menyeringai, tersengih: Manap ~ lagi menampakkan giginya;
terkernyih mengernyih, tersengih
kernying; mengernying
menampakkan gigi (kerana marah), menengking
kernyit
berkerut dahi atau alis (kening);
mengernyit mengerutkan dahi atau alis (kening);
mengernyitkan; ~ alis mengerutkan kening, mengernyit
kernyut I
kedut, kerut;
berkernyut, berkernyutan berkedut, berkerut (kulit dll);
mengernyutkan mengernyitkan, mengerutkan (alis dll)
kernyut II; berkernyut
berdenyut(-denyut)
kernyut III
bunyi spt bunyi gigi bergeseran
kero I
(kéro) Id; tempat tidur ~ tempat tidur yg dibuat drpd besi yg bulat panjang
kero II
(kéro) Jw juling: matanya ~
kerobak
1. berlubang-lubang, cabik, carik, koyak; 2. berparut-parut, bopeng;
~-kerobek = ~-kerabik = ~-kerabit a) cabik-cabik, koyak-koyak; b) berparut-parut, bopeng
kerobek
(kerobék); mengerobek mencabik-cabikkan, mengoyak-ngoyak; → kerabit
kerobok
sj bakul (tempat diisi makanan)
kerocok
1. sj alat bunyi-bunyian spt orok-orok; 2. bunyi spt bunyi air (cecair) berkocak atau dikocakkan
kerodak
keladak
keroh
(kéroh) tidak jujur, curang, bersembunyi-sembunyi (tidak berterus terang); → kerang VI
kerohanian
perihal rohani, sifat-sifat rohani, rohaniah: kebatinan dan ~ juga harus masuk hitungan setiap penilaian.
keroi
sj tumbuhan (pokok), kerohi, rejang, Lophopetalum pallidum
kerok
Jw sj sikat (penggaruk) utk membersihkan bulu kuda;
mengerok membersihkan bulu kuda dgn kerok; → keruk I
keroket
(kerokét) IB sj penganan drpd kentang bercampur daging dll
kerokot I
Jw sj tumbuhan (herba), gelang (pasir), rumput beremi, segan jantan, Portulaca oleracea
kerokot II → kerukut
|