Ditemukan : 4220 Record
keron
keroncang
kerajang
keroncong I
berkeroncong, berkeroncongan 1. berbunyi spt bunyi loceng kecil (giring-giring); 2. berbunyi dlm perut (kerana lapar): makanan masih belum dihidangkan dan perut masing-masing sudah berkeroncong.
keroncong II
l
agu atau irama lagu Melayu (rentak lama); berkeroncong memperdengarkan (menyanyikan) lagu keroncong: siapa yg ~ itu? Merdu benar suaranya.
keroncong III
gelang ~ gelang kaki yg padanya terlekat giring-giring (loceng-loceng kecil): penari-penari yg memakai gelang ~ sedang menari dgn rancaknya;
berkeroncong, memakai gelang keroncong
keroncong IV
ruang atau kurungan di sebelah dalam bubu (perangkap ikan); ikan dlm ~ prb sudah tertangkap atau terperangkap (tidak dapat ditolong lagi);
mengeroncongkan; ~ bibir memuncungkan bibir (spt orang sedang mengeluarkan asap rokok yg berkepul-kepul dr mulut)
keroncong V; keroncongan
sj tumbuhan (pokok), giring-giring, kacang kayu, kacang sekucuk, orok-orok, Crotalaria striata
keroncor
sj ketam jantan yg besar (yg betina disebut belangkas), Limulus moluccanus; spt ~ dgn belangkas prb sangat mesra atau kasih-mengasihi (bkn persahabatan atau percintaan)
kerong
(kérong); kerong-kerong 1. sj ikan laut, Plectorhyncus cuvieri (diagramma);2. sj ikan laut, Therapon jarbua (theraps); habis umpan ~ tak dapat prb usaha (perbuatan) yg mendatangkan kerugian
kerongakan
perihal rongak, kerumpangan
kerongkong
kerongkongan 1.b saluran pd leher yg melaluinya makanan masuk ke perut: makanan ditelan masuk ke dlm perut melalui ~; 2. halkum, lekum, tenggorok: belum basah ~ku belum minum seteguk air pun; berair ~ku ada rezeki untukku; kering ~ menasihati dia puas sudah menasihati dia; → rongkong I
kerongkongan, rongkongan
1. pembuluh nafas di leher; 2. halkum, lekum, tenggorokan; 3. saluran di leher (makanan masuk ke perut melaluinya): makanan itu masuk ke dlm ~ lalu ke perut;
kerongkongan, rongkongan
rongkongan mengadap hilir prb susah mendapat rezeki; rongkongan mengadap mudik prb Mn mudah mendapat rezeki; berair rongkongan prb Mn mendapat rezeki; pembuluh rongkongan prb a) orang yg mendatangkan untung; b) mata pencarian
kerongsang
sj perhiasan drpd emas dll yg disematkan pd dada baju;
berkerongsang memakai (tersemat dgn) kerongsang: <.i>gigi yg bersumbi emas, baju yg ~ berlian
kerongsong → kelongsong
kerontang
kering-~ kering-kelontang; → kering I
kerop
(kérop) Sb bulu mata palsu: ~ yg lebat, hitam, dan lentik dapat menambahkan kecantikan paras muka seseorang.
keropak
daun lontar yg bertulis (naskhah lama di Jawa dan Bali)
keropas
~-kerapis a) bermacam-macam barang kecil yg tidak ada nilainya; b) membuat kerja-kerja kecil (yg tidak berapa berguna)
keropeh
(keropéh) Kl sisa makanan
|