Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 802
Hari ini : 15.552
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 174 175 176 177 178 >  Last ›
kertak

bunyi spt bunyi lantai papan dipijak atau bunyi dahan patah; ~-kertuk berbunyi kertak berkali-kali;

berkertak; ~ gigi menggeserkan atau tergeser gigi dgn gigi hingga menyebabkan bunyi kertak-kertuk

kertang II

bunyi spt tin kosong dipukul, bunyi tang;  

mengertang memukul tin kosong dll (hingga berbunyi tang);  

mengertangkan; ~ perisai menangkiskan perisai

kertang III
ikan ~ sj ikan laut, Epinephelus spp.; pertang
kertap

bunyi spt bunyi barang keras digigit atau daun pintu ditutup; ~-kertup, berbunyi kertap berkali-kali; 

berkertap berbunyi kertap: giginya ~

kertas I

1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi); 

~ bungkus = ~ pembungkus; dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembungkus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar † surat khabar; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ pembungkus kertas yg digunakan utk membungkus barang; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dikeluarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepentingan orang ramai); ~ rokok kertas utk menggulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain;  

mengertas; kertas-~ † perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi)

kertas II

bunyi spt kertas diramas-ramas (direnyuk-renyuk); kertus II

kertas III

bunga ~ sj pokok bunga (warna bunganya merah, kuning, dll), Bougainvillea spp

kertatuk

1. sj ikan laut, kertang, Ichthyoscopus lebeck (inermis), Uranoscopus lebeck; 2. sj ikan laut, Batrachus gangena

kertau

sj tumbuhan (pokok dan buahnya, yg daunnya dijadikan makanan ulat sutera), be(be)saran, tut, Morus alba (indica)

kertik
bunyi spt bunyi ranting kering dipijak (atau patah dipijak), bunyi detik jam
kerting

bunyi spt bunyi wang logam (duit syiling) jatuh ke batu

kertip

bunyi yg lebih lemah drpd kertap

kertuk
1. bunyi spt bunyi mengetuk dll; 2. sj loceng kayu (digantungkan pd leher lembu atau kerbau), kelentung(an), kerunting; 3. sj alat bunyi-bunyian yg dibuat drpd buluh dan tempurung
kertung

rotan ~ sj tumbuhan (rotan), rotan cincin, rotan semang, Daemonorhops grandis

kertup
~-kertapbunyi spt bunyi orang menutup pintu dan tingkap rumah (seakan-akan kertap); ~-kertip bunyi ketukan yg tidak kuat
kertus I
tabung kecil drpd tembaga dll yg mengandungi ubat bedil dan peluru, paterum; uncang ~ sj pundi-pundi tempat menyimpan kertus (paterum)
kertus II
bunyi spt bunyi kertas diramas-ramas atau direnyuk-renyuk, bunyi daun kering bergeseran; kertas II
keruan

ketahuan, tentu; ~ sahaja bp tentu sahaja; belum ~ belum dapat ditentukan (dipastikan), belum ketahuan (diketahui); sudah ~ tempatnya sudah ketahuan (diketahui) tempatnya; tidak (tak) ~ a) tidak berketentuan (beraturan), tidak tentu hujung pangkalnya, kacau, tidak tenteram atau tidak tenang (bkn fikiran, perasaan), tidak jelas (bkn percakapan dll): hati kakang tidak lagi ~ bagai orang mabuk cendawan;b) amat sangat, bukan kepalang, tidak dapat dikawal: panas hatinya di dlm membakar tidak ~; hatinya cemburu, cemburu tak ~; 

ketidakkeruanan keadaan tidak keruan; keadaan tidak tentu arah: ~ hidup manusia

kerubian, kerubin

suatu golongan malaikat

kerubung I; berkerubung

berkerumun;  

mengerubungi mengerumuni, mengerubuti, menghurungi (bkn agas, lalat, dll): bangkai kucing itu dikerubungi lalat. 

‹ First  < 174 175 176 177 178 >  Last ›