Jumat, 15 Mei 2026   |   Sabtu, 28 Dzulqaidah 1447 H
Pengunjung Online : 915
Hari ini : 15.421
Kemarin : 25.474
Minggu kemarin : 249.195
Bulan kemarin : 15.288.374
Anda pengunjung ke 105.216.314
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA
  • Belum ada data - dalam proses

 

KAMUS MELAYU

Kamus Melayu



Ditemukan : 4220 Record
‹ First  < 175 176 177 178 179 >  Last ›
kerubung II

Kd, Pr sj bekas tempat menyimpan padi (dibuat drpd tikar dan buluh)

kerubung III
~ padi sj tumbuhan (rumput), rumput mentebung, rumput pahit, rumput rotan beras, Cyrtococcum oxyphyllum
kerubut I
Jk; mengerubuti mendatangi beramai-ramai utk melihat (menyaksikan dll), mengerumuni
kerubut II
1. sj tumbuhan (pokok kecil), bunga semubut, geroboh, se(m)burut, telinga kelawar, Thottea grandiflora; 2. Id sj tumbuhan (benalu), Rafflesia arnoldi
kerucut

1. sj pembungkus atau kelongsong (drpd kertas, daun, dll) yg runjung bentuknya, digunakan utk mengisi kacang goreng dll; 2. kon;  

mengerucut 1. berbentuk spt kerucut (makin ke atas makin tirus), merunjung; 2. menguncup

kerudung

1. tudung (kepala, muka), cadar (penutup kepala, muka), kain tudung kepala (muka): sambil membetul-betulkan belitan ~nya, ibu meredakan ketegangan; 2. tudung lampu, terendak (lampu);  

mengerudungi menutup (kepala, muka) dgn kerudung, menudungi (kepala, lampu), membubuh terendak pd (lampu): ~ kepala; ~ lampu

kerudut
berkerut-kerut serta berlubang-lubang halus, kerotot
kerugian
1. mengalami (menanggung, menderita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah 100,000 ringgit; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan menimpa mereka.  
keruh I

1. tidak jernih (kerana mengandungi kotoran spt keladak, lumpur, dll), agak kotor (bkn air): lumpur dr lombong bijih itu menjadikan air sungai itu ~; 2. tidak menyenangkan atau menggembirakan (bkn kejadian, peristiwa, suasana, dsb), tidak cerah (bkn keadaan cuaca dll), agak muram (bkn air muka), agak kacau (kusut) atau tidak keruan (bkn perasaan dsb), tidak sopan atau tertib (bkn kata-kata dsb): Bidin terkenangkan peristiwa-peristiwa ~ yg telah berlaku pd dirinya; cuaca cerah dan udara tenang telah berubah menjadi ~ dan malap; air muka yg ~ dan sedih; bahasanya ~ bahasanya tidak sopan (tertib); jejaknya ~ Mn asal keturunannya atau perbuatannya yg sudah-sudah kurang baik; ~-~ kerak keruh sedikit (bkn air); buang yg ~ ambil yg jernih prb lupakan perkara atau peristiwa yg tidak baik dan ambil (ingatkan) yg baik-baik sahaja;  

mengeruh menjadi keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll);  

mengeruhkan menjadikan atau menyebabkan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti;  

kekeruhan keadaan atau sifat keruh, keadaan tidak jernih (tidak menyenangkan dll): ada sesuatu ~ dlm suasana rumah tangga Zarina; ~ air itu disebabkan oleh kotoran yg terkandung di dlmnya; ~ air mukanya menunjukkan ada sesuatu yg kurang baik telah berlaku.  

keruh II

dengkur, dengus;  

berkeruh, mengeruh berdengkur, mendengus: malam itu Bujal tidur dgn nyenyaknya sambil mengeruh keras. 

keruh III
~ bumi sl sj ukuran jarak jauh (kira-kira dua hingga tiga batu atau tiga hingga lima kilometer): kira-kira empat ~ bumi jauhnya berjalan, datanglah pd suatu sungai. 
keruh IV
daun ~ sj tumbuhan (palma), daun lat, daun payung, daun sang, daun sar, daun segaluh, daun selebar, Teysmannia altifrons
keruh V; keruh-keruh, kekeruh
sj agas, kekoroh, kekorok
keruing

sj tumbuhan (pokok), resak putih, Vatica scortechinii;  

~ bulu = ~ cair = ~ pekat sj tumbuhan (pokok), gombang, pokok damar obor, Dipterocarpus baudii; ~ cair = ~ dadih = ~ gombang = ~ keluang = ~ pekat = ~ suji sj tumbuhan (pokok), Dipterocarpus cornutus; ~ pekat sj tumbuhan (pokok) Dipterocarpus costulatus; ~ buluh = ~ balai = ~ cair = ~ gombang = ~ mempelas sj tumbuhan (pokok), Dipterocarpus crinitus; ~ beku = ~ didih = ~ gombang = ~ pekat sj tumbuhan (pokok), meranti sabut, resak, Vatica perakensis

keruit I; berkeruit-keruit

bergerak-gerak hujungnya (cacing, ekor binatang, dll);  

         mengeruit berkeruit-keruit, menguit-nguit

keruit II
cacing ~ cacing kerawit
keruk I

bunyi spt bunyi menggaruk (mengikis, mengerik, dsb); kapal ~ kapal korek;  

mengeruk 1. menggaruk atau mengerik dgn kuat (dgn tangan, penggaruk, dsb) utk mengambil sesuatu, mengikis, mengerik: ~ tanah dgn tempurung; ~ kerak nasi dgn senduk; 2. mengorek, menggali, mengeduk: ~ lumpur; 3. menggaruk dgn tangan; 4. menyelukkan tangan (memasukkan tangan ke dalam);  

mengerukkan; ~ tangan a) membuat tangan mengeruk (mengerik, mengorek) sesuatu; b) menyelukkan tangan;  

terkeruk-keruk tergaru-garu, tergaruk-garuk (kerana berasa gatal dsb): dia ~ kerana terkena miang rebung;  

pengerukan 1. perihal (perbuatan) mengeruk; 2. pengorekan

keruk II; keruk-keruk
sj agas; keruh V
kerukunan
 1. perihal hidup rukun, kesepakatan: ~ hidup dlm masyarakat; 2. perasaan rukun (bersatu hati)
kerukup
sj tumbuhan (pokok), kerekup, kelukub, kerkuh, akar temberak, Flacourtia jangomas
‹ First  < 175 176 177 178 179 >  Last ›