Ditemukan : 4220 Record
keserumpunan
perihal atau keadaan tergolong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa;
keserupaan
kesamaan rupa: sebutan dua ~ dlm cara pembiakan ayam dan katak;
kesesakan
1. perihal sesak, kesempitan, kesukaran; 2. sangat sesak (sukar, sulit, dll): apabila Datuk Bendahara mendengar perkataan kapitan kapal itu, ~lah ia.
kesesalan
perihal sesal, kekesalan: utk membuktikan ~ saya itu, saya sudi bekerjasama dgn pemerintah;
kesesatan
1. perihal sesat (perjalanan dll): dlm ~ yg menyesakkan ini, aku masuki beberapa buah rumah dan menanyakan rumah keluarga Van Hogenstra; 2. ki kekeliruan (bkn fahaman, pegangan, dll), kesilapan: agama menunjukkan jalan yg benar dan menyelamatkan manusia drpd ~;
kesesuaian
perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan;
keset
(kesét) Jk = kesetan pengesat kaki; kesed; → kesat.
kesetanan
dirasuk (diganggu) setan;
kesetaraan
perihal (keadaan dsb) setara;
kesetiaan
perihal setia, keteguhan hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), ketaatan: Pahang yg dahulunya menjadi sebahagian drpd kerajaan Melaka, sekarang mengubah ~nya kpd Sultan Johor;
kesetiakawanan
sikap (pendirian, perasaan, dll) setia kawan: semangat kebangsaan dan ~ menjadi tenaga pendorong utk ketahanan dan kegigihan dlm persaingan yg hebat.
kesetiausahaan
(segala urusan) yg berkaitan dgn tugas atau profesion setiausaha: dia berjaya dipilih memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempunyai diploma ~; kerja-kerja ~.
kesetimbangan
1. perihal (keadaan) setimbang, keseimbangan; 2. ketenteraman (fikiran, perasaan, dll), kestabilan (keadaan): ~ keadaan politik dan ekonomi;
keseutuhan
kesatuan;
kesewenang-wenangan
perbuatan sewenang-wenang, kezaliman;
kesia-siaan
hal yg sia-sia: sudah ngeri hamba mengira-ngirakan ~ hamba.
kesiagaan
keadaan siap sedia: ~ orang Melayu utk menarik kerisnya dlm membela diri.
kesialan
perihal sial, kecelakaan: tetapi Bidin berasa takut kalau-kalau ~ wang loteri itu akan membuatkan kapal yg ditumpanginya jadi kacau.
kesian
bp kasihan.
kesiangan
terlewat (bangun drpd tidur dll) hingga siang: mereka semuanya ~ pagi itu kerana terlalu nyenyak tidur; spt bulan ~ hari prb muka yg pucat benar.
|